Uncategorized

Pindah

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Hari ini dengan rasminya kami akan berpindah rumah. Tidaklah begitu jauh kerana masih berada dalam mukim Bangi.

Tengok barang, nampak macam sikit, tapi rupa-rupanya berpikul pikul jugak.
Masa ni jugalah baru tau yang rupa-rupanya ada banyak pakaian yang ‘tak terpakai’, buku-buku yang belum sempat nak baca dan entah apa-apa barang dan khazanah lagi.
Dari semalam, segala tulang empat kerat telah pun digunakan untuk mengemas, membalut dan mengangkat barang 😀

Moga segala proses berjalan dengan lancar dan diberikan kemudahan.
Tapi serius…. penat 🙁 🙁

Minta maaf juga kalau tak sempat ber bw dalam masa terdekat ni. Mak busy nak kemas rumah 🙂

Sekian. Wassalam.

Gambar: sumber.

20 thoughts on “Pindah”

  1. Bab pindah randah ni memang penatnyer berbulan2… mula2 nak simpan n pek barang, nak sapu n cuci rumah yang nak tinggal dan yang akan dimasuki….pastu nak angkut lori…pastu nak rombak balik…kemas dan atur balik… huh!…memang penat…

Leave a Reply