Uncategorized

Ada Berapa Dalam Sehari?

Assalamualaikum

Maaf, sudah beberapa hari tidak bersiaran. Sebenarnya masih sibuk mengemas rumah selepas berpindah. Di tambah lagi dengan cuti yang hanya tinggal sehari (yang saya akan habiskan pada 31 Disember nanti), tak dapatlah nak ‘full time’ mengemas rumah buat masa ni.

Berbalik pada tajuk. Ada berapa dalam sehari? Tajuk ini khusus untuk menceritakan tentang apakah pekerjaan atau jenis kerja yang kita lakukan dalam sehari.

Kalau saya, selain dari bekerja di pejabat (9 pagi hingga 6 petang), saya juga melakukan kerja-kerja lain. Adalah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk menjadi tukang masak, tukang cuci dan tukang kemas rumah. Selain itu, saya juga menjadi ‘pengusaha kedai dobi’ di rumah untuk melaksanakan tugas-tugas seperti mencuci, melipat dan menggosok pakaian. Kalau nak cerita, memang ada banyak kerja dan nasib baiklah saya mempunyai pembantu khas (suami dan anak-anak pastinya)…

Di samping itu, saya juga menjadi guru kepada anak-anak selain dari membantu mereka membuat kerja sekolah. Kadang-kadang saya juga menjadi pemandu (baca: driver) untuk menghantar mereka ke kelas tambahan atau ke kedai membeli jajan.

Itu belum lagi tugasan sebagai seorang isteri…

Kalau nak di kira hampir sepuluh jenis pekerjaan (aktiviti sebenarnya) yang harus dilakukan dalam sehari. Jam bekerja juga mestilah banyak kan

#bukan2kerja
#banyakkerja

Anda pula bagaimana? Ada berapa jenis pekerjaan yang dilakukan dalam sehari? 😀

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

23 thoughts on “Ada Berapa Dalam Sehari?”

  1. Pekerjaan seharimu banyak sangat
    Tapi dilakukan dengan nikmat
    Pasti selalu selesai tepat
    Masih punya waktu istirahat

    Pekerjaanku berat-berat
    Tapi masih sempat
    Merangkai kalimat
    Hilangkan penat…

  2. Zumal pun banyak kerja gak
    1. Chef
    2. Pengusaha dobi
    3. Veterinary assistant
    4. House keeping
    5. Business consultant
    6. Health consultant
    7. Promoter
    8. Delivery
    9. Blogger
    10. Tak tau dah

  3. kalau difikirkan memang tak cukup 24jam sehari bagi seorang ibu bekerja..tapi InshaaAllah, boleh manage semuanya..time mgmt..

Leave a Reply