Uncategorized

Tren Komuter

Kenapa orang memilih tren komuter?

  • Elak kesesakan jalan raya dan lalu lintas
  • Boleh sambung tidur sewaktu dalam perjalanan
  • Boleh up date blog sendiri atau intai2 blog orang (baca: tak boleh komen untuk mengelakkan efek double).
  • Boleh baca buku, majalah hiburan, main game atau berbelanja online
  • Dapat tengok pelbagai ragam dan jenis manusia. Ini termasuk juga menambah pengetahuan tentang fesyen pakaian dan tudung terkini untuk segenap lapisan umur.
  • Kalau jumpa kawan atau kenalan, dapat bergossip sepanjang perjalanan.
  • Dapat meningkatkan disiplin diri sambil belajar menepati masa kerana perjalanan ditentukan oleh jadual yang telah ditetapkan 😀
  • Kalau kena berdiri sepanjang perjalanan, dapat menguatkan otot-otot kaki dan melancarkan perjalanan darah. Badan juga terasa lebih langsing 😀
  • Membentuk perasaan bangga dan bersyukur dengan kemudahan dan kecanggihan sistem pengangkutan yang disediakan.
  • Mendidik hati supaya sentiasa bersabar sekiranya berlaku kerosakan pada tren (baca: you jump, i jump) atau perjalanan tidak dapat diteruskan ke destiasi kerana rail ditenggelami air (hanya berlaku jika ada banjir kilat)
  • Kos kenaikan tambang komuter lebih perlahan jika dibandingkan dengan kenaikan harga petrol dan tol….gitew..

“TAMBANG KOMUTER AKAN DINAIKKAN MULAI 2 DISEMBER 2015. KENAIKAN HARGA TAMBANG BARU ADALAH SEBANYAK 4 SEN BAGI SETIAP SATU KILOMETER”

Sekian. Wassalam.

17 thoughts on “Tren Komuter”

  1. Kalau turun KL @ Kajang memang sellau naik komuter je Fidah… senang nak elak jem.. tapi tulah ye tambang pun nak naik dah kan….ermm semua naik, ntah apa yg turun… huhu…

  2. Apa-apa sekarang serba naik harganya iya mba.. tapi naik jangan sampai kemahalan juga nanti yang ada masyarakat yang tidak mampu tidak bisa membayar biaya hidup 🙂

  3. kita duduk dekat jerman sini, mmg ni jelah medium transport… yelah foreigner kann, xmampu nk beli kete… tp betol, boleh didik diri tepati masa tuh mmg betol… sbb hidup kita based pada timing train kann… betul sgt 😀

Leave a Reply