Uncategorized

Nasi Goreng Cili Hijau

Assalamualaikum

Nasi goreng pastinya sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Ada yang memilihnya untuk sarapan pagi atau makan malam. Malah ada juga yang menjadikannya hidangan tengah hari.

Yang pastinya hidangan nasi goreng adalah menu ringkas yang mudah disediakan. Bahan-bahan asasnya seperti bawang, cili dan ikan bilis juga amat mudah untuk dicari dan ada disekeliling kita. Jangan lupa juga kuali, sudip, minyak dan gas untuk memasak πŸ˜‰

Untuk hidangan malam ini dan kebetulan ada lebihan nasi tengah hari tadi, saya goreng ajelah nasi. Kebetulan ada kawan update pasal makan nasi goreng cabe ijo, tekak ni teringin lah pulak. Kalau ikut resipi, macam tak ada beza sangat dengan nasi goreng biasa, cuma ada tambahan cili hijau. Mungkin lagi pedas lagi ummmphh kot.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi
  • 4 biji bawang kecil dan 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili hijau dan 3 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Segengam ikan bilis  (separuh digoreng)
  • Sedikit fish cake (hiris dan goreng)
  • Sayuran ikut suka (carrot, kacang panjang , kubis – semua dihiris)
  • Sedikit mentega untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  • Tumbuk halus bawang, cili dan separuh daripada ikan bilis tadi. Panaskan mentega dan biarkan cair dan panas dalam kuali.
  • Masukkan semua bahan tumbuk dalam kuali dan biarkan garing sedikit. Masukkan sayuran.
  • Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan garam ikut citarasa masing-masing. Masukkan ikan bilis dan fish cake yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dan hias ikut suka.
Senang aja kan. Sambil-sambil tu dapat juga berjimat cermat. 
Sekian. Wassalam.

31 thoughts on “Nasi Goreng Cili Hijau”

  1. wew, enak ini mbak nasi gorengnya, apalagi saya belum sarapan ini pagi pagi, jadi laper mah πŸ™‚

  2. Presentation dah mcm nasi goreng hotel 5 bintang tau…
    Bolehlah bukak restoren depan rumah hihi…. Kat rumah ni kalau buat nasi goreng mesti kurang pedas FS sebab si bongsu tak tahan….

    1. Hehe..Mak, kembang kempis hidung kita baca nih.
      Memang kalau masak sy x buat pedas..sebab anak x berapa makan pedas macam emak dia org.

Leave a Reply