Kerana Ucapan Assalamualaikum




Kisah seorang perempuan yang bekerja di kilang daging.  Pada suatu hari, semasa dia hendak
menyelesaikan tugas harian, dia masuk ke dalam bilik sejuk beku. Akan tetapi
nasibnya tidak baik, pintu bilik sejuk beku itu tertutup dan dia telah terkunci
dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya keluar.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada
seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah pun lama pulang
dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa 
di dalam bilik sejuk dari kawasan luar.
5 jam kemudian, sedang dia berada dalam nafas kematian,
seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk beku itu.
Nasibnya baik kerana dia terselamat dari ‘kematian’ pada hari itu. 
Perempuan itu bertanya pada security guard berkenaan,
bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk beku itu walaupun itu bukanlah
tugas hariannya.  
Pak Cik security guard
itu menjawab “Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun dan terdapat
ratusan pekerja yang keluar dan masuk ke dalam kilang setiap hari. Namun
kebanyakan mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud. 
Hari ini, sebagaimana awak masuk bekerja dan pada hari-hari
sebelumnya, awak akan menegur saya dengan ucapan ringkas ‘ASSALAMUALAIKUM’.
Tetapi malam ini, selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana tidak
mendengar sapaan  ‘ASSALAMUALAIKUM.  Jumpa Lagi esok’. Jadi saya merasakan yang
saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya mengharapkan ucapan ‘ASSALAMUALAIKUM’ dari
awak kerana awak mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak
mendengar ucapan selamat hari ini, saya dapat mengagak mungkin sesuatu telah
terjadi. Sebab itu, saya mencari awak di merata tempat.
Pengajaran untuk diri
  • Jadilah seorang individu yang merendah diri, penyayang dan
    hormat pada setiap individu di sekeliling
  • Cubalah untuk berbuat baik pada setiap orang tanpa mengira status kerana kita
    tidak tahu apakah yang akan terjadi pada diri kita di masa hadapan
  • Boleh jadi sapaan yang kita anggap ringkas memberi makna atau
    kesan pada individu yang lain.
  • Setiap kali kita memberi salam, bererti kita mendoakan agar orang (yang di beri salam) berada dalam keadaan sejahtera. In shaa Allah, orang tersebut juga akan mendoakan kita perkara yang sama dengan menjawab ‘Waalaikumsalam’ yang bermaksud ‘salam sejahtera juga ke atas kamu’

Moga cerita ini menjadi inspirasi untuk kita terus membuat
kebaikan.

Sekian. Wassalam.

Cerita asal : FB
Gambar: Google
Tags:

59 thought on “Kerana Ucapan Assalamualaikum”

  1. cerita yang meharukan mbak,.,?
    saya percaya sagat mbak kalo ucapan salam memang ada hikmah tersendiri,.,
    semoga saja dengan cerita di atas saya pribadi bisa mengambil hikmah nya,.?

    1. admin says:

      Saya juga ingin mengambil pengajaran dari kisah ini dan betapa hebatnya nilai ucapan salam itu.
      Thanks Siti Dzakirah 🙂

    2. semoga aja cerita tersebut menjadi insfirasi kita,.,

    3. admin says:

      In shaa Allah

  2. Eksa Studio says:

    Sipp mbak,,
    sering sering salam terhadap sesama membuat kita semakin akrab dan saling mendoakan 🙂

    1. admin says:

      Selalu selalulaj mengucapkan salam. Moga saling mendoakan.
      Thanks Eksa 🙂

  3. Hero Borneo says:

    cerita yang sangat mengujakan..kalau betul memang itu keajaiban daripada Allah SWT

    1. admin says:

      Kuasa Allah..apa2 saja boleh berlaku. Kalau hari ini kita memandang seseorang itu dalam keadaan hina dina, siapa tahu esok hari dia lah yang diutuskan untuk membantu kita dalam kesusahan..

    2. saya sagat setuju ni mbak,.,

    3. admin says:

      Peringatan utk saya juga

    4. Hero Borneo says:

      dan juga untuk saya juga…perkongsian yang terbaik

    5. admin says:

      Thanks HB 🙂

  4. Betul tu…kadangkala yang
    Mudah itulah yang payah orang nak buat

    1. admin says:

      Betul tu Yan. Kadang kala, yang mudah itulah yang susah nak buat.

  5. Bunda_nora says:

    Kisah yang kadang kita tak perasan pun..

    1. admin says:

      Betul tu Bunda. Nampak macam simple, tapi mungkin besar maknanya pada yang lain.

  6. Aiy Ayumna says:

    kisah yang inspiratif, mengingatkan kita untuk selalu ramah dan menghormati orang lain. Memang jika kita baik pada orang tentu kita akan mendapatkan kebaikan pula

    1. admin says:

      In shaa Allah. Bila buat baik akan dibalas dan akan juga di doakan yang baik-baik. Pokok pangkalnya, hidup jangan sombong dan menbeza-bezakan taraf.

  7. paridah says:

    besarnya hikmah salam n jangan kita abaikan melafaznya…

    1. admin says:

      Perkara yang mudah tapi besar hikmahnya…salam dan bersilaturrahim

  8. dear anies says:

    the power of salam

    1. admin says:

      Yup..the power of salam. Yang penting, hidup jangan sombong kerana kita juga bukan siapa2..

  9. Wida Zee says:

    Sebelum masuk dalam ruang atau masuk rumah siapa saja wajib ucapkan salam bagi umat islam tentunya ya mba 🙂

    1. admin says:

      Moga saling mendoakan..agar kita dan saudara-saudara kita selamat sejahtera semuanya.

  10. Aldino Sya says:

    Assalamu 'alaikum Kak Fidah..

    ucapan salam juga berarti tidak membedakan status sosial seseorg ya Kak..

    1. admin says:

      Waalaikum salam Mr Aldino.
      Moga kita hidup sentiasa merendah diri. Apakah 'kemenangan' yang boleh kita dapat dengan membeza-bezakan taraf orang.. 🙁

  11. Karena Assalamuallaikum
    Rasanya selalu harum
    Sehari tak lihat senyum
    Terselamat dari nasib hukum

    1. admin says:

      @Mba Ayu:
      Salam dihulurkan
      Moga saling menghormati sesama insan

    2. admin says:

      @Aiy Ayumna
      Pastinya menjadi puitis jika ada Mba Ayu

  12. Tanpa Nama says:

    Salam adalah salah satu dari ajaran agama Islam, jika diamalkan dengan baik akan menjadi bagian dari ibadah dan dzikir, selain itu ia dapat menjadi salah satu sarana perekat ukhuwah Islamiyah di antara kaum muslimin. 🙂 hehehe

    1. admin says:

      Moga salam dapat menjalin ikatan silaturrahim dan ukhwah..aamiin

  13. Tanpa Nama says:

    Ucapan assalamu’alaikum bukan sekedar sapaan basa-basi tapi ia merupakan do’a. Di dalam do’a itu terkandung harapan, cinta dan kasih sayang. Maka dengan ucapan salam itu berarti setiap muslim mendo’akan saudaranya kepada kebaikan, kesejahteraan. amiin

    1. admin says:

      Moga kita saling mendoakan kesejahteraan sesama umat Islam ya MM.
      Suatu ucapan yang tidak sukar…dan moga dengannya kita sentiasa menghargai 'kewujudan' orang-orang disekeliling kita.

  14. Dunia Zumal says:

    Subhanallah, nasib baik beliau selalu menyapa dan beri salam kepada guard tu…

    1. admin says:

      Nampak simple dan biasa2 aje..tapi siapa tahu ianya membawa makna yang besar pada orang lain.

    1. admin says:

      Esok pagi jangan lupa bagi salam pada security guard kat tempat wak potong rumput tu 😀

  15. Trik Pos says:

    Assamula alaykum , sepertinya saya tamu baru niih….Oky saya melihat aneka macam dan jawaban diatas saya jadi ngeri campur merinding, jika misalnya anda menyalami seseorang , tetapi anda tidak mendengar jawaban dari orang tersebut, bagaiman anda menyikapinya…. Silahkan
    …di jawab…..

    1. admin says:

      Waalaikumsalam
      Jika kita tidak mendengar jawapan dari orang itu, maka bersangka baik saja. Mungkin dia menjawab di dalam hati atau terlupa untuk menjawabnya 🙁
      Apa pun, kita telah membuat apa yang sepatutnya kita buat, iaitu mendoakan kesejahteraannya. Moga perbuatan yang baik akan mendapat balasan yang baik juga.

    2. Trik Pos says:

      Kok tahu sih…ngintip yaa?

    3. admin says:

      Sedang menunggu jawapan salam dari seseorang ya? 😀

  16. nohas says:

    tak rugi kan berbuat baik pada siapa saja…selain mengeratkan silaturrahim, memberi dan menjawab salam dapat pahala..sunnah ahli syurga..

    1. admin says:

      Indahnya salam dan bersilaturrahim…

  17. Saya merinding baca cerita ini. Sungguh luar biasa ucapan salam itu.

    1. admin says:

      Moga jadi pengajaran dan peringatan untuk kita. Terima kasih kunjungannya.
      Salam kenal 🙂

  18. Trik Pos says:

    Memang kita sebagai muslim hendaknya menjawab jika seseorang yg datang mengucapkan salam kepada kita walaupun dalam hati , karena amal yg di ucapkan dalam hati bersih bebas dari ria..

    1. admin says:

      In shaa Allah. Banyak hikmahnya denga memberi dalam ini.

  19. Jika ini kisah benar, seseungguhnya itulah kehebatan kalimah-kalimah Allah yang tidak mampu terjangkau dek akal manusia..

    1. admin says:

      Setiap perbuatan yang dituntut, pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Salam dan silaturrahin, pasti ada nilainya yg tersendiri.

  20. subhanallah banyak pengajaan dari kisah ini

    1. admin says:

      Moga kita hidup sentiasa merendah diri dan tidak sombong pada orang2 disekeliling.

  21. Mizz Aiza says:

    semoga kita mengambil pengajaran dari cerita ini..

    1. admin says:

      In shaa Allah..
      Thanks Aiza

  22. hainom OKje says:

    Rasa mcm dah baca tp belum komen rupanya. Hebatnya berkat perkataan tu ye FS….benda kecil tp kalau dijadikan amalan tak mustahil mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan

  23. Qaseh Vee says:

    tak rugi jadi org yg peramah …

  24. Atie Yusof says:

    Assalamualaikum Fidah 🙂
    sangat memberi pengajaran…

  25. Khir Khalid says:

    Perkongsian yg baik buat renungan kita semua. Semoga kita tidak tergolong dikalangan org2 yg sombong dan leka… nauzubillah…

Leave a Reply

Related Post