Uncategorized

Cahaya

Sabda Rasulullah SAW “Berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan untuk menuju ke masjid, mereka akan mendapatkan cahaya yang sempurna pada hari kiamat (HR Abu Dawud)

Cahaya adalah anugerah. Cahaya bagaikan satu petunjuk. Cahaya juga ibarat penyeri hidup.
Bayangkan jika kehidupan kita tanpa cahaya. Pasti segalanya gelap, kelam dan samar.

Dalam hidup kita, cahaya juga di datangkan dan juga dikiaskan dengan pelbagai bentuk. Ada cahaya suria, cahaya lampu, cahaya mata, cahaya keimanan dan banyak lagi.
Cahaya juga kadang kala dikaitkan dengan satu harapan baru. Ada sinar dihujung cahaya katanya…
Atau orang putih selalu kata “light at the end of tunnel” atau ada cahaya di hujung terowong πŸ™‚

Moga kita sentiasa diberikan cahaya harapan baru.
Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat cahaya yang diberikan.
Moga kita sentiasa dikurniakan cahaya yang dapat membuka mata dan hati kita ke arah kebaikan…

Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada penglihatan ku cahaya, pada pendengaran ku cahaya, dan di kanan ku cahaya, di kiri ku cahaya, di atas ku cahaya dan di bawah ku cahaya, di depan ku cahaya dan di belakang ku cahaya.

β€” Doa Mohon Cahaya (Sahih Al Bukhari)

Sekian. Wassalam.
p/s : Entri ini tiada kaitan dengan pesta cahaya Deepavali dan tidak juga ditaja oleh mana-mana syarikat lampu πŸ˜€

24 thoughts on “Cahaya”

  1. Hihi…..ingatkan entri khas sempena Deepavali ….

    Cahaya adalah Nur….. cahaya itu bergerak lurus…..Tetiba teringat belajo Sains dulu dulu….hihi

  2. benarlah, setiap kita membutuhkan cahaya.
    cahaya akan menuntuk kita dalam kegelapan, membuat kita dapat berjalan dengan arah yang tepat tanpa harus tersesat dan terjerembab.

Leave a Reply