Uncategorized

Benarkah Putih Lambang Kesucian?

Assalamualaikum

Warna putih sering dikaitkan dengan kesucian dan keamanan. Ia merupakan lambang kedamaian, kesederhanaan, kesempurnaan dan kebersihan.

Warna putih juga dikatakan menjadi salah satu dari warna kegemaran Rasulullah SAW
“Pakailah pakaian yang berwarna putih kerana warna putih itu termasuk daripada sebaik-baik pakaian” – HR Abu Dawud dan Tarmidzi

Maka tidak hairan juga warna putih menjadi pilihan dan kebanggaan umat Islam. Contohnya warna telekung dan jubah biasanya adalah dari warna putih.

Keindahan warna putih memang sudah lama diakui. Bukan sahaja untuk pakaian, bahkan untuk rumah dan juga hiasan interior. Warna putih dikatakan dapat memberikan kesan yang lebih terang, lapang dan bersih. Ruang yang demensi ukurannya agak terbatas, akan kelihatan lebih besar dan luas dengan efek warna putih. Tapi masalahnya, dinding dan hiasan warna putih biasanya akan kelihatan cepat kotor dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

Sesiapa yang sukakan warna putih biasanya adalah seorang yang tenang dan mudah berkawan dengan sesiapa juga. Malah, ramai juga yang mengkagumi golongan ini kerana sifat anggunnya. Mereka dikatakan tidak sombong dan suka membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan.

Gambar : Google

Kalau wanita, pasti dikaitkan dengan bunga. Contohnya bunga mawar. Mawar putih adalah lambang kesetiaan dan ketulusan. Ia dikatakan lambang hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran…(eerrmm dalam makna tu). Dan pasti hati menjadi kembang berbunga-bunga sekiranya mendapat sejambak mawar putih dari orang-orang tersayang πŸ™‚

Kalau BARLI PUTIH? (baca : whitebarley)…itu nama blog akak. Blog picisan ini kadang kala di update dan kadang kala sepi, bergantung pada tahap kerajinan empunyanya…huhu

Kalau SELIMUT PUTIH?. Biasanya dikaitkan dengan kematian. Dengar lirik lagu pun sepatutnya insaf. ” Bila Izrail datang memanggil. Jasad terkubur di pembaringan”…. πŸ™

Sekian. Wassalam.

68 thoughts on “Benarkah Putih Lambang Kesucian?”

  1. saya sukak dengan warna putih mbak, karena manusia pertama dilahirkan ibarat kertas putih tanpa tanpa noda, artinya suci dari dosa πŸ™‚

    1. wah, memang sudah begitu ya mbak, lahir ibarat kertas putih begitu pergi juga, sampai di surga pasti pakaian putih juga πŸ™‚

  2. enak sih pakaian putih, gampang masukin ke warna yang lain. ya tapi kayak yang di bahas diatas, gampang kotor. initinya warna putih butuh perawatan lebih

  3. warna putih kalau dalam cerita seram jadi uniform hantu jer..hehehehehe. apapun putih ni boleh matching dengan semua warna mungkin juga penggemar putih boleh bergaul dengan sesiapa saja.. hehehehe

  4. Sekarang ni okje suka pulak warna putih FS….tengok jiran cat rumah dia dengan warna white barley ni mcm cantik pulak. Mmg betul nampak luas rumah jadinya. Tulah, tetiba teringin pulak nak cat rumah sendiri hihi….Tunggulah duit turun dari langit hihi…..

Leave a Reply