Uncategorized

Ada Apa Dengan Motosikal

Assalamualaikum

Tahukah anda menaiki motosikal ada banyak kelebihannya:

  • Kos minyak petrol untuk motosikal lebih murah berbanding kereta, van atau lori.
  • Untuk lebih jimat dan senang kira, boleh amalkan ‘motor pool’ (baca: berkongsi motosikal) dengan rakan sepejabat.
  • Dapat merasakan udara yang segar dan nyaman terutamanya jika anda menaiki motor di waktu pagi. Dapat juga menikmati titisan-titisan embun malam sekiranya anda pulang lewat.
  • Tiada masalah mencari ‘parking’ berbanding dengan menaiki kereta.
  • Dapat meningkatkan kemahiran mengimbangkan badan terutamanya bila melalui selekoh-selekoh tajam.
  • Tidak perlu bimbang untuk mengekalkan kekemasan rambut di sepanjang perjalanan kerana anda menggunakan helmet. Juga dengan mudah dapat menunjukkan kepada dunia sekiranya anda memakai helmet baru.
  • Dapat menikmati panorama indah waktu hujan ketika menunggu di bawah terowong atau jejantas sementara menanti hujan reda.
  • Dapat duduk rapat-rapat dan menambahkan lagi kemesraan dengan pasangan (untuk suami isteri sahaja).
  • Mengurangkan masalah lewat ke pejabat kerana dapat mencilok cilok serta mencelah celah di antara kenderaan lain di jalan raya. Boleh bergerak dengan lancar dan pantas di waktu pemandu kereta dan bas duduk melopong kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
  • Dan yang paling penting, tak perlu bangun seawal 3 atau 4 pagi demi mencari jalan alternatif untuk elak bayar tol disamping memastikan anda sampai ke pejabat sebelum pukul 9 pagi.
Sekian. Wassalam.
Gambar: google

25 thoughts on “Ada Apa Dengan Motosikal”

  1. dengan motosikal juga dapat mempamerkan aksi berani mati seperti yang ditunjukkan oleh si rempit..silap hari bulan boleh membawa maut dan mati katak di jalan raya

    1. Itu lah silapnya. Dapat motosikal, di modified nyer sana sini. Lepas tu buat aksi yang membahayakan…superman ultraman bat man bagai.
      Kalau jadi apa2, bukan saja menyusahkan diri sendiri, orang lain pun susah sama 🙁

  2. Setakat ni, tak pernah lagi naik motosikal ke pejabat Kak..
    Hanya sekadar menggambarkan kesusahan orang untuk sampai tepat waktu ke pejabat sambil memikirkan apakah alternatif yang ada.. 🙁
    Thanks Kak Paridah 🙂

  3. Takut nak naik motor walaupun ada lesen.

    Memang betul tu FS….Kita yg duk KL ni mmg patut pun cari alternatif utk mengelak jem….kalau tak, tunggu jerlah surat dari HR hujung bulan hihi…

Leave a Reply