To Respect and To Love




Assalamualaikum

“Respect people who find time for you in their busy schedule, but love people who never look at their schedule when you need them”

“Hormatilah orang yang sanggup memperuntukan masa untuk kita disaat mereka sedang sibuk. Namun, sayangilah orang yang tidak pernah ‘berkira’ tentang masa yang mereka luangkan untuk kita di saat kita memerlukannya, tak kira di mana, pada bila masa”

Walaupun selalunya hari Rabu adalah ruangan tanpa kata, tapi sayang pulak nak biarkan ruangan ini kosong.

Pastinya kita akan menghargai sesiapa saja yang akan meluangkan masa untuk kita walaupun orang itu dalam keadaan sibuk. Contohnya berjumpa kawan, membuat appointment dengan orang penting atau mahu berjumpa sesiapa saja yang jadual hariannya sentiasa penuh.

Namun jangan pernah lupa juga pada orang yang tidak pernah ‘berkira’ dengan kita tentang ‘masanya’.

Pastinya golongan ini harus lebih dihargai dan disayangi.
Bayangkan, dalam keadaan apa sekali pun, golongan ini sentiasa ada untuk membantu, menjadi peneman, memberi sokongan serta menjadi pendengar setia. Dan segalanya dilakukan dengan ikhlas, tanpa mengharap balasan dan tanpa syarat….

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

39 thought on “To Respect and To Love”

  1. paridah says:

    MASA AMAT PENTING DIHARGAI TAPI JANGAN TERLALU BERKIRA SEKIRANYA MASA DIPERLUKAN UNTUK BERBUAT KEBAIKAN…XRUGIPUN…

    1. admin says:

      Betul tu Kak Paridah. Seeloknya tak perlu berkira sangat. Tapi mungkin juga akan tiba suatu keadaan yang tak begitu mengizinkan untuk kita meluangkan lebih masa. ..siapa tahu

  2. pentingnya jaga masa pada kita

    1. admin says:

      Setuju. Harus digunakan sebaiknya
      Thanks Raihanah 🙂

  3. Hero Borneo says:

    speechless saya dibuatnya ..kalau orang kampung macam saya nie hanya terlopong tak terkata untuk memahaminya..he..he..

    1. admin says:

      Haha..ok, saya tambah translation nya.
      Thanks HB 🙂

    2. Hero Borneo says:

      sekarang baru 'faham' kerana ada terjermahan yang hampir 100% kepada maksudnya

    3. admin says:

      Kalau 100% sama macam x best aje translationnya..
      Thanks HB 🙂

  4. tiga lalat says:

    mcm kata orang kampong wak, "a friend in need is a friend indeed," ;p

    1. admin says:

      Wakk..saya tak paham bahasa Inggeris 😀
      Terima kasih..hihi

    2. Jari Manis says:

      org kampung Wak EDUCATED…mesti ramai masuk Universiti nih

    3. admin says:

      Betul…betul..betul..:D

  5. Masa tak dpt di undur klu sdh berlalu…
    sentiasa hargai org2 yg ada di sekeliling kita ..yg selalu berkongsi susah senang..yg sudi meluangkan masa utk kita…

    1. admin says:

      Betul tu Atie. Sentiasa hargai yang sanggup bersusah senang dengan kita.
      Thanks Atie 🙂

  6. Ya, jangan merasa terganggu
    Jika seseorang luangkan waktu
    Untuk ingin bersamamu
    Walau terkadang tidak perlu…

    1. admin says:

      Sesiapa yang sudi luangkan waktu
      Pasti ku hargai selalu
      Seperti Mba Ayu
      Thank You 🙂

  7. SalbiahM says:

    hargai lah orang yang walaupun tak selalu contact kita, tapi bila kita perlukan dia, dia sanggup korban apa saja untuk kita…

    1. admin says:

      Hargai orang yang tak pernah berkira dengan kita dan sanggup bersama walau apa keadaannya.
      Thanks Sal 🙂

  8. Mizz Aiza says:

    setuju sangat dengan kata-kata tu.. kadangkala tanpa disedari kita melupakan pengorbanan dan perhatian mereka..

    1. admin says:

      Penghargaan untuk orang2 yang sentiasa menjadi peneman setia.
      Thanks Aiza 🙂

    2. Mizz Aiza says:

      Betul tu fidah..

  9. Dhicomp says:

    Mereka yang mau melakukan hal seperti itu adalah karena adanya rasa kasih antar sesama

    1. admin says:

      Setuju. Kerana kasih sayang antara sesama.
      Thanks Dhicomp 🙂

  10. Adakala kerana terbiasa, kita alpa menghargai..

    1. admin says:

      Kerana terbiasa, kebanyakan orang menganggapnya sebagai perkara rutin. Tapi bila sudah tiada barulah rasa kehilangan dan mungkin sudah terlalu lambat untuk menghargainya..
      Thanks SP 🙂

  11. hainom OKje says:

    Hormati org, nescaya kita akan dihormati, sayangi mereka nescaya mereka akan menyayangi kita, buat baik balas baik, buat jahat jangan sekali….eh….tetiba terperibahasa pulak mak kat sini hihi…

    1. admin says:

      Macam Karam Singh Walia la Mak…hihi 😀
      Moga sentiasa beroleh kebaikan..
      Thanks Okje 🙂

  12. Dunia Zumal says:

    Hargailah mereka yang menghargai kita…

    1. admin says:

      Setuju. Hargai mereka yang menghargai kita.
      Thanks Zumal 🙂

  13. nove hasanah says:

    memang waktu sangat berharga
    kadang-kadang meluangkannya untuk orang tersayang pun harus disediakan khusus agar tak terlupa
    dan terima kasih untuk orang-orang yang mau berbagi waktu mereka membaca entri blog kita ya mbak Fidah

    1. admin says:

      Terima kasih untuk orang2 yang tersayang..
      Thanks Mba Nove 🙂

    2. admin says:

      Terima kasih untuk orang2 yang tersayang..
      Thanks Mba Nove 🙂

  14. Khir Khalid says:

    Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yg berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 dengan sabar…
    Hargailah mereka yg memerlukan bantuan kita juga yg sudi membantu kita… ada kala kita disuratkan di dunia ini untuk mereka yg memerlukan. Usahalah untuk mereka kerana Allah walaupun tiada pihak atasan sudi menghulurkan pertolongan… in shaa Allah, rezeki kita tetap ada bersama mereka.. masalah kita selesai bersama mereka juga… subhanallah walhamdulillah… To respect ant to love.. respect and love will come to you… 🙂

    1. Khir Khalid says:

      … and… typo pulak huhu.. 😀

    2. admin says:

      May respect and love will come together…
      Thanks Khir 🙂

  15. Angkap topi untuk mereka,,,

Leave a Reply

Related Post