Uncategorized

Mengingati Mati

Assalamualaikum

Mati.
Sesiapa pun tidak akan terlepas dari kematian. Setiap yang hidup pasti akan mati, termasuklah kita semua πŸ™

Pernah terbaca tentang ‘mengingati mati’ dari Imam Ghazali, antaranya :

  • Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita. Malaikat Maut telah pun menjemput mereka, maka, bila pula giliran kita?
  • Ingat bagaimana cara mereka meninggal dunia. Ada yang disebabkan oleh penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, barah dan sebagainya. Adakah kita yang sihat hari ini akan sentiasa ‘kebal’ dari segala penyakit demikian. Ada juga yang meninggal dunia secara mengejut. Terselamatkan kita dari perkara-perkara sedemikian?
  • Ziarahi orang yang sedang sakit dan nazak. Kenangkanlah bagaimana keadaannya ketika menghadapi sakaratul maut. Moga ini juga akan mendatangkan keinsafan.

p/s : Al Fatihah untuk sabahat saya yang telah pulang ke Ramatullah semalam. Penyakit yang dikenal pasti adalah denggi berdarah. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah juga untuk keluarga beliau. Semoga tabah menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang dan moga segala urusan dipermudahkan. Aamiin.
Sekian. Wassalam.
Gambar: google

36 thoughts on “Mengingati Mati”

  1. dengan mengingat mati, tentu kita akan berusaha semaksimal mungkin dan sesegera mungkin berbuat kebajikan dan berbuat hal yang bermanfaat untuk masyarakat, agar kita di sayangi oleh-Nya, saat kematian menjelang

  2. innalillah…kematian itu pasti hanya masa menentukannya…salam takziah utk keluarga kwn fidah tu semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…

  3. Allahuakbar…

    Sedih + takut bercampur baur…

    Tatkala baring kt katil pun boleh buat sy terfikir…
    Aduhai selesa katilku… bagaimana nasib ku d kubur dan akhirat kelak…

    Allahuakbar…
    Moga Allah jemput kita pulang dlm keadaan kita bersedia dan ada tempat kita di syurga firdaus Nya… insya Allah…

    1. Moga beroleh pengakhiran yang baik. Selalu terfikir, nasib saya bagaimana pula.. Moga segala amalan diterima dan moga semuanya dipermudahkan..aamiin
      Thanks Huda πŸ™‚

    1. Al fatihah.
      Sebagai peringatan untuk diri saya juga. Boleh sentiasa beringat, keindahan dunia hanyalah sementara.
      Thanks Anies πŸ™‚

  4. Alfatihah utk sahabat FS…..
    Yang takutnya sebab rasa insaf tu kekadang sekejap je huhu….

    Terima kasih mengingatkan pada kematian FS… takutkan….

Leave a Reply