Hobby

Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum

Di sebabkan suka anak-anak suka sangat makan cheese, maka hari ini Mama dia orang buat operasi cheese cake.

Resipi cheese cake ini saya ambil dari blog Life is colorful. Resipi asal, sila lihat sini.
Saja nak tepek di blog picisan ini.  Esok-esok kalau teringin nak buat lagi, senang nak refer.

Bahannya tidak lah begitu susah nak cari. Tekniknya juga mudah, sebab orang yang tak pandai buat kek macam saya pun boleh faham dan ikut step by step.
Hasilnya?…
Alhamdulillah. Boleh dijadikan hidangan minum petang keluarga. Tapi boleh dicuba jaya lagi untuk memperbaiki apa yang kurang.

Jom tengok resipinya:

Bahan- bahan:
Bahan A

  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 60gm tepung kek
  • 20gm tepung jagung
  • 6 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perahan lemon
Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 140gm gula (saya guna gula pasir biasa aje)
  • 3/4 sudu kecil perahan lemon
Ada efek golden brown siket..huhu
Cara-cara:
  • Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan teknik double boiler. Bila sudah cair, sejukkan adunan cream cheese ini.
  • Asingkan telur kuning dan telur putih. Seboleh-bolehnya, jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih. Telur putih dimasukkan ke dalam mangkuk adunan yang lebih besar.
  • Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Kemudian, tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja)
  • Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Selepas itu, tambahkan gula dan pukul sampai bertanduk (soft peak). Sila pastikan ianya sampai bertanduk..kalau lama pun, tunggu aje lah. 
  • Campurkan adunan A ke dalam adunan B yang telah gebu. Kacau hingga sebati.
  • Bakar kek dalam oven selama 60 minit pada suhu 160c dengan cara au bain-marie (waterbath). Dalam bahasa yang lebih mudah, caranya adalah dengan menggunakan 2 loyang yang salah satunya mesti besar sedikit. Adunan kek dimasukkan ke dalam loyang yang lebih kecil. Manakala loyang yang lebih besar perlu dimasukkan air kurang separuh daripada isipadunya. Untuk kaedah lebih selamat (kot-kot lah takut air termasuk semasa proses pembakaran), bolehlah membalut loyang (yang berisi adunan) dengan aluminium foil.
  • Setelah masak, silalah sejukkan sebelum dipotong. Selepas itu, bolehlah di ngap untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Selamat mencuba.
Resipi-resipi kek lain:

Sekian. Wassalam.

51 thoughts on “Japanese Cotton Cheese Cake”

    1. Betul tu. Kalau buat sendiri boleh adjust rasa. Cuma saya kena bagi fluffy lagi kot..belajar lagilah nampaknya..huhu
      Thanks Nohas πŸ™‚

  1. Sedapnya.. Aiza suka makan tapi malas nak membuatnya.. Hehe..

    Lepas ni kalau afa masa boleh cuba resipi fidah ni.. Thanks sharing.. πŸ˜‰

  2. Japanese Cotton? ingatkan kain pasang…rupanya kek! nampak soft je kek tu kira menjadi lah kek ni…ishh..klau kita berjiran leh JM rasa heeee

    1. Jom try Deanna. Tak susah sangat rasanya. Saya yang hapah tak reti buat kek ni pun..alhamdulillah menjadi.
      Thanks Deanna πŸ™‚

Leave a Reply