Uncategorized

Buaya Menangis Siapa Yang Tahu

Assalamualaikum

Entri ini bukanlah cerita tentang kisah buaya dan sang kancil yang mahu menyeberang sungai.
Jauh sekali untuk bercerita tentang spesis buaya darat..hoho 😀

Sebenarnya saya baru saja ‘mencuci mata’ melihat iklan beg tangan (baca : handbag). Memang terang-lah biji mata bila melihat beg tangan serba mewah yang dibuat dari kulit buaya keluaran jenama terkenal. Chantik Mak Jahh!!!
Bab harga jangan ceritalah, kerana berada di luar jangkauan dan termasuk dalam kategori tidak mampu milik. Kalau sebuah beg tangan harganya melebihi RM50,000…atau mahal lagi sampai beratus-ratus ribu…
Kau mampu???

Tapi, bukanlah suatu yang menghairankan kerana beg tangan yang sebegini (dan yang sewaktu dengannya) tetap mempunyai ‘demand’ dan ‘market’ nya yang tersendiri. Boleh laku kalau dijual jika kena pada ‘target market’ (baca: sasaran pasaran) yang betul.
Jangan tak tau…ada banyak orang ada-ada kat dalam dunia ni.

Bukan sahaja beg tangan, tapi ada banyak lagi produk yang berasaskan kulit buaya seperti wallet, tali pinggang, card holder, tali jam tangan dan sebagainya yang mendapat tempat di pasaran.

Tapi, kalau semua dah sibuk cari kulit buaya, di mana pula nak cari buayanya?
Pernah suatu ketika dulu tersebar tentang kisah penganiayaan terhadap buaya yang diseksa serta disiat kulitnya.
Mak aiihhh…Mesti sakit kan 🙁
Rasa tak sampai hati pulak nak beli barangan kulit buaya.

Kalau biasanya seekor buaya membunuh atau memakan manusia, pastinya buaya tersebut akan ditangkap dan dibunuh juga.
Tapi, bagaimana pula dengan buaya yang saban hari dibunuh untuk kepentingan manusia?

Walaupun ada program-program pemeliharaan dan pemuliharaan agar buaya yang ada tidak pupus, namun dengan adanya permintaan kulit buaya yang semakin tinggi, hidupan spesis ini tetap juga terancam.

Jangan pula sampai anak cucu kita nanti hanya dapat melihat replika buaya di muzium. Kesian kat kita dan kesian juga pada buaya.

Ibu yang sentiasa melindungi anak

Akak tak tahulah apa perasaan buaya  bila banyak kaum kerabat dia kena bunuh atau kena siksa, sebab Akak tak pernah jadi buaya.
Kau pernah???…hihi : D

Tapi dia pun mesti sedih bila melihat anak cucu dia kena bunuh. Kalau dulu ada lagu ‘Penyu Menangis’ mungkin pula selepas ini ada lagu ‘Air Mata Buaya’ atau ‘Buaya Menangis Siapa Yang Tahu’…isshhkkkkk

Sekian. Wassalam.
Gambar: google

38 thoughts on “Buaya Menangis Siapa Yang Tahu”

  1. jangankan 50k.. RM500 pun saya tak tergamak nak beli handbag.. Setakat RM100++ saya boleh beli lagi. Lebih dari tu memang tak la. rasa macam tak sanggup nak bayar. hahahaha… Banyak haiwan mula mengalami kepupusan akibat kerakusan manusia.. kalau haiwan tu tak di bunuh, habitat dia di musnahkan sehingga dia hilang tempat tinggal seterusnya mati & pupus… Manusia ni semua nak bolot. Tak pernah rasa puas

  2. Assalamualaikum Fidah Shah,
    Saya sangat obsessed dgn handbag tapi tak sampai hati guna barang kulit buaya or ular etc. Carilah material lain..

    Cian makin pupus haiwan2 tu.. Too much kann..

    1. Saya pun suka sangat handbag…hoho. Sebab tu gatai tangan gi belek2 instagram tengok promotion handbag :…eehhh
      Tapi tak adalah beli dari material kulit buaya atau ular…iisskkk seram pulak Mak 🙁
      Thanks LZ 🙂

  3. Seganas2 buaya ganas lagi akal manusia… selagi ada permintaan tiada apa yg dapat membendung walaupun pelbagai kempen kesedaran diadakan.. silap2 kempen kesedaran pun jadi sekadar retorik acara yg menguntungkan pihak yg lain… macam2 manusia ni… cian buaya.. 😀

    1. Kempen kesedaran ntah2 nak bagi untung pada pihak tertentu. Sabar aje lah. Tapi…cian kat buaya kannn….huhu 😀
      Thanks Khir 🙂

    1. Actually kalau maintain satu handbag lagi senang. Tak payah pening2 kepala nak pindah2 barang. Dan selalunya, ada aje barang yg tertinggal 🙁
      Thanks Nora 🙂

  4. kt kpg en suami sy byk buaya….yg baham orang pun ada…situ byk buaya ganas…kdg..bila air surut…leh nmpk diorg bersidai kt tebing sungai sambil nganga…ngeriiii

Leave a Reply