Uncategorized

Bunga Api dan Sambutan Maal Hijrah

Assalamualaikum

Alangkah meriahnya sambutan tahun baru masihi. Dengan percikan bunga api yang bewarna warni, letupan mercun yang berdentum dentam didahului dengan konset yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Sungguh meriah dan mengasyikkan.
Sangat berbeza dengan sambutan Maal Hijrah.

Sambutan maal hijrah dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan disusuli dengan bacaan doa awal tahun. Acara yang sangat sederhana serta doa yang penuh pengharapan dan penyerahan kepada Sang Pencipta.

Bila bermula tahun baru, pastinya usia semakin bertambah dan ajal juga semakin hampir. Menurut Abu Hurairah :

Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umur ku, semakin dekat ajal ku, semakin tipis waktu pengampunan Allah terhadap ku dan semakin dekat hari perhitungan ku.

Berbalik pada cerita bunga api. Sepatutnya memang tak perlu untuk sambutan sebegini dan yang sewaktu dengannya. Meriah memang meriah. Tapi, perlukan disorak andai ajal semakin mendekati?….:(

Hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Salam Maal Hijrah 1437.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat.
Semoga ukhwah dan silaturrahim berkekalan serta maaf andai ada salah dan silap.

Sekian. Wassalam.
Gambar : google.

45 thoughts on “Bunga Api dan Sambutan Maal Hijrah”

    1. Betul tu Wak..dari bakar duit, baik derma aje duit tu..huhu

      Salam Maal Hijrah juga. Moga lebih suksess. Aamiin.
      Thanks Wak πŸ™‚

  1. Salam Maal Hijrah 1437..berbeza sambutan tahun baru Hijrah..lebih spiritual dan keagamaan..sbb kita ada peristiwa agong yang perlu dihayati..ada sirah dan ibrah..tidak pernah jemu mendengar kisah agong ini..

    1. Betul tu Kak. Moga pancaran indah bunga api yang berwarna warni itu sentiasa menyerikan hati kita..kata2 dari Kak Paridah ni memang selalunya best la..
      Thanks Kak Paridah. Salam Maal Hijrah πŸ™‚

  2. Memang seharusnya sebagai umat muslim, kita harus merayakan Tahun baru hijriah dengan meriah, Bukan cuma pada tahun baru masehi yang dirayakan… saya juga ikut berdoa awal tahun dan akhir tahun. semoga di awal tahun ini bisa lebih berkah…
    Happy New Year 1437 H

  3. Salam Maal Hijrah buat Fidah….tahun ni 1437H…syukur masih bernafas kan…semoga tahun ni bertambah baik dari tahun sebelumnya…cepat betul masa berlalu…

    1. Alhamdulillah. Syukur kita masih bernafas dan beroleh kesihatan. Masa..makin hari makin cepat lak rasanya.
      Thanks JM πŸ™‚

  4. Waw meriah kali,tpi kalau di tmpat saya hanya lantunan ayat2 suci,dan juge bersedih krna kabut asap yg tak kunjung hilang.
    Selamat tahun baru hijriah 1437H πŸ™‚

  5. Salam Maal Hijrah Fidah.. di mulai dgn doa akhir & awal tahun amat sayu, sebak…
    makin bertambah tahun maka bertambah lah usia kita..bersedia kah kita??
    moga tahun ini lebih mendekatkan kita pada Allah…aminn..

  6. Salam Maal Hijrah buat Fidah sekeluarga… semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya dgn sepenuh keberkatan dan kejayaan yg berterusan… aamiin.

  7. Di sini tidak ada bunga api menyambut tahun baru, walaupun ada carnival anak-anak sekolah.
    Selamat Tahun Baru 1437 H
    Semoga ke depannya, semua menjadi lebih baik. Amin.

  8. Amin….amin….ya robbal alamin…kekadang pelik kan kita ni FS, taunya umur tu semakin pendik, hampirnya kita dengan kematian tp ada masanya kita tetap lagho….huhu….

Leave a Reply