Uncategorized

Belanja dan Belanjawan

Assalamualaikum.

Hari Ahad atau hari minggu memang hari yang diperuntukan untuk membeli barang ‘basah’ dan barang keperluan yang lain. Meriah nampak pasar hari ni. Mungkin kerana ramai orang telah pun mendapat gaji.

Bila di fikir-fikirkan balik, kuasa membeli rakyat Malaysia memang tinggi rupanya. Walau harga barang telah naik, harga minyak petrol naik dan adanya GST, kita tetap terus membeli dan membeli.

Kalau dikira secara terperinci, kadar kenaikan barang tidaklah banyak. Contohnya kalau dulu nescafe O kegemaran saya harganya RM1.50 segelas, sekarang hanya RM1.80. Cuma naik 30 sen atau 20% sahaja. Mungkin tak terasa sangat pun perubahan harga tersebut apatah lagi untuk menyatakan ianya sejenis inflasi. Dan statistik juga telah membuktikan bahawa kadar inflasi negara kita berada diparas yang rendah iaitu di sekitar 3% sahaja.

Lagipun, orang di Malaysia ni sememangnya berduit. Menurut kajian, kadar kemiskinan tegar di Malaysia hampir ke paras sifar. Patutlah bila balik kampung, saya lihat  jiran tetangga semuanya sudah berkereta baru. Rumah yang dulunya kelihatan usang, kini sudah besar bertingkek tingkek πŸ™‚

Begitu juga dengan kadar pengangguran. Semakin hari semakin banyak peluang pekerjaan telah berjaya di sediakan. Sebagai buktinya, kita telah berjaya mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9% sahaja. Secara tidak langsung, ini membuktikan ekonomi Malaysia adalah stabil dan jauh sekali untuk mengatakan bahawa rakyatnya hidup dalam kesempitan.

Selepas ini, keadaan di pasar dan pasaraya pastinya akan lebih meriah. Maklumlah ada BR1M. Dapat juga menampung perbelanjaan asas dan keperluan yang lain. Usah bimbang tentang gst kerana ianya masih 6%. Malah, banyak lagi barangan yang dikenakan gst sifar, termasuk makanan kegemaran saya yang berasaskan kacang kuda.

Pastinya selepas ini kita boleh menarik nafas lega dengan penambahbaikan mutu pengangkutan awam khususnya LRT dan MRT menerusi projek-projek infrastruktur bertaraf mega. Walaupun kita terpaksa menanggung sedikit kenaikan harga tambang, tapi ianya amat berbaloi baloi dengan perkhidmatan yang dijangka lebih selesa, disamping merupakan alternatif terbaik dalam keadaan harga minyak dan tol yang semakin meningkat.

Sebahagian besar pembayar cukai juga pastinya rasa gembira kerana begitu banyak pelepasan cukai diberikan. Maka, dengan adanya wang lebihan, bolehlah kita terus berbelanja demi menjana ekonomi negara. Dan jangan lupa, rajin-rajinlah menjenguk ibu dan bapa di kampung.

Cuba renungkan, walaupun negara kita dilanda dengan pelbagai masalah seperti kejatuhan harga minyak dunia, penurunan nilai ringgit, penurunan harga komoditi utama (seperti harga sawit dan getah) dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan oleh negara-negara rakan dagangan, ekonomi negara kita tetap diberitakan stabil. Kita juga masih lagi dapat hidup aman damai serta dapat menikmati kekayan hasil negara.
Dan di sebalik itu semua, masih ada lagikah yang menyatakan negara kita berada di ambang muflis?..:(

Sekian. Wassalam.
p/s: sekadar pendapat peribadi

Gambar : google

36 thoughts on “Belanja dan Belanjawan”

  1. mudah2an negara kita sentiasa aman sentosan kaya raya …kalau negara muflis tentu susah kita…yang hairannya kenapa hutang negara terlalu tinggi dibuat xmampu bayar IMF pun sedia mengangakan mulutnya …memberi pinjaman dgn niat nk menelannya…

    1. Niat memang baik. Dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.
      Moga kita mempunyai pelan yang lebih terperinci untuk membebaskan negara dari belenggu hutang.

    1. Haha…tempat luah perasaan aje ni Padin.
      Thanks ya πŸ™‚
      Saya pernah ke blog sana, tapi tak nampak ruang komen nya…nanti cari lagi

  2. penulisan ini bernada positif dan saya amat mengkaguminya..memang benar ada golongan yang berduit dan kurang duit..yang kurang duit itu boleh dibuktikan juga kepada ramai yang sanggup pinjam duit pada ah long,sanak saudara dan bank-bank bergerak..kawan-kawan.

    1. Saya hanya ingin membuat perbandingan diantara apa yg kita diberitahu dan pernah dengar dengan realiti kehidupan masa kini πŸ™

  3. mungkin sebab masih banyak lagi golongan miskin yang melarat membuatkan ramai yang masih rasa negara kita gagal dalam mengurus harta dan pendapatan. Duit negara banyak masuk, tapi ke mana keluarnya? semoga pembangunan dapat dinikmati seadilnya..memang ramai yang makan spageti, tapi masih ramai yang makan megi. ha..ada gaya Karam Singh Walia tak?hihi

    1. Macam tu lah gaya nya. Ada juga orang kata, sales kat pasaraya besar dan kecik pun dah affected. Maklumlah, semua orang sedang berjimat cermat.

  4. Pandai awak menulis FS……awak ni mesti banyak membacakan…..

    Betul FS….kekadang pelik pun ada, katanya barang semua naik tp bila tengok shopping kompleks, restoren semuanya penuh dengan manusia….

  5. walau apa pun kita kena teruskan hidup dalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup sekarang.. rasa bersyukur kerana negara Malaysia masih aman jika dibandingkan dengan negara lain..

  6. sebenarnya rakyat malaysia masih berduit dan kuasa beli juga besar . cth plg mudah karnival . berloggok manusia berkeromon . lagi satu , pi bercuti . byk je yg pergi bercuti beberapa kali sethn … suka tgk keriangan org tua terima BR1M …

Leave a Reply