Uncategorized

Ada Apa Dengan 10 Sen?

Assalamualaikum

Ada apa dengan 10 sen?

Kalau dikaji, nilainya kecil. Cuba bandingkan dengan matawang negara lain.
 10 sen @ RM0.1 = $0.023 (USA)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Singapore)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Australia)
 10 sen @ RM0.1 = SAR0.085 (Arab Saudi)
 10 sen @ RM0.1 = IDR334.17 (Indonesia)

Atau kalau kita ke pasar dengan membawa hanya 10 sen. Apakah barangan yang dapat kita beli?..eerrrmm hampir tak ada kan.

Tapi, apakah kesannya jika harga minyak petrol naik 10 sen?
Mungkinkah ada berlaku kesan sampingan terhadap segala harga dan perkhidmatan (sebelum GST) yang ada di sekeliling kita?

  • Adakah harga teh tarik dan roti canai akan naik?
  • Adakah harga nasi lemak dan kopi o kegemaran saya akan naik?
  • Adakah harga ikan, ayam dan daging di pasar akan naik?
  • Adakah harga susu dan lampin pakai buang si kecil kita akan naik?
  • Adakah tambang bas sekolah anak-anak akan naik?
  • Adakah tambang kenderaan/ pengangkutan awam untuk kita berulang alik ke tempat kerja akan naik?
  • Adakah harga bag tangan (baca: handbag), kasut idaman dan make up berjenama pilihan saya akan naik…huhu?

Kalau nak disenaraikan semua nanti banyak sangat pulak.

Tapi itu semua hanya kemungkinan.

  • Boleh jadi, segala perancangan rapi tentang pengawalan dan pemantauan harga telah dibuat supaya kadar inflasi berada dalam keadaan terkawal. 
  • Boleh jadi, para peniaga pula telah pun diberi peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. 
  • Boleh jadi, esok lusa gaji kita semua akan naik supaya ‘kuasa membeli’ kita terus kekal terpelihara πŸ™‚
  • Boleh jadi…..

Sekian. Wassalam.

37 thoughts on “Ada Apa Dengan 10 Sen?”

  1. Kalau Bunda selalu cakap kat anak2 masa dorang kecik2 dulu… kalau takder 10 sen mana ada 20 sen… dari 10 sen bila simpan dikit2 lama2 jadi banyak…

    Itu pendapat Bunda tentang syiling 10 sen dengan anak2 dulu…

  2. 10 sen, nampak kecil..tapi kalau dah 10 kali dah jadi seringgit. kalau nak cakap pasal minyak pulak, memang boleh jadi faktor kenaikan harga barang lain

  3. ENTAHLAH FIDAH LA NI PANTANG ADA SBB SIKIT CEPAT JER KEPERLUAN KITA SEMUANYA NAIK…LBH LAGI KALAU MINYAK NAIK WALAU BERAPA SEN PUN.

    1. Dah ler nak tampung kos minyak yg naik…harga barang2 lain pun tumpang sekaki naik. Sabar aje lah πŸ™
      Thanks Suria πŸ™‚

    1. Betul..yg tersepitnya adalah pengguna akhir macam kita…sbb kat sapa lagi lah nak transfer kos…huhu
      Thanks Zumal πŸ™‚

  4. domino effect…kita sebagai pengguna selalu tertindas, mcm2 alasan utk menghalalkan kenaikan harga barang…entahlah, nk beli kt kedai 1Malaysia, kualiti cam tak best je..

  5. Okje dulu masa sekolah rendah, bawak duit belanja 15 sen tau FS…dapatlah kuih rasanya masa tu…..
    Sekarang kalau bawak 10 sen anak anak kita tengok kengkawan makan jelah gamaknya kan….

    1. Kat kantin sekolah saya dulu, kuih karipap harganya seposen. Air secawan seposen…(tak pun bawak bekal air). Jadi, cukup untuk buat belanja kalau bawak 20 sen.
      Thanks Okje πŸ™‚

  6. semoga kelesuan perekonomian di Malaysia dan Indonesia cepat berlalu dan masyarakat menjadi lebih sejahtera karena mempunyai daya beli yang baik. memang perekonomian cepat sekali terkena imbas jika menyangkut harga minyak yang dinaikkan. kalau di Indonesia, sudah sering demo menentang kenaikan harga minyak (pengurangan subsidi).

    1. Subsidi minyak di Malaysia sudah dimansuhkan. Sekarang menggunakan sistem 'harga terapung', harga ditentukan pasaran. Tapi, jika harga naik, rakyat jelata pasti terasa kesannya. Lebih2 lagi bila harga barang lain (sebelum gst) turut naik.
      Moga ekonomi di Malaysia dan juga di Indonesia segera pulih.
      Thanks Mbak Nove πŸ™‚

  7. Kenapa pula bila harga petrol turun 10sen :

    – teh tarik dan roti canai pak maidin yg pandai tebar tak turun2?

    – Harga ikan, daging dan sayur pon sama?

    sampai pak menteri cakap…kalo mahal masak sendiri, kalo malaysia semua mahal duduk dekat bulan, kalo rasa tol mahal, pergi kerja AWAL2 pagi…. πŸ˜€

Leave a Reply