Uncategorized

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Kalau cerita pasal tudung, macam-macam jenis tudung pun ada. Yang tiga segi, yang serkup, yang selendang, yang belit dan macam-macam fesyen lagi. Daripada pemerhatian saya, fesyen tudung ni mengikut musim.
Zaman saya mula-mula kerja dulu, tak banyak jenis tudung lagi rasanya. Kebanyakannya adalah tudung jenis bawal. Masa tu, part yang glamer adalah part sulam-sulam atau manik-manik yang ada di tepi tudung. Lagi banyak sulaman atau manik, lagi glamer.
Sekitar tahun 2008, dah mula keluar tudung jenis sarung ber-awning ala2 tudung Ariani. Dan selepas tu, memang popular lah tudung jenis ini dan yang sewaktu dengannya. Macam-macam inovasi di buat pada tudung. Materialnya pun macam-macam contohnya lycra, denim, shiffon dan lain-lain. Lebih kreatif, ada pula tudung yang dijahit bertingkat-tingkat…2 tingkat, 3 tingkat, 4 tingkat. Macam-macam gaya dan warna.
Lepas tu, orang memperkenalkan ‘tudung syria’. Entah mana dapat nama tudung tu, saya tak tau. Pernah cuba pakai tapi rasa tak sesuwaiiiiii….
Rasa kepala leper macam pinggan jek…haha..
Saya mula ‘berkenalan’ dengan tudung jenis belit pada tahun 2011. Masa tu pergi jalan-jalan kat KLCC. Jumpa satu kedai tudung. Asalnya cuma nak tengok-tengok macam mana cara nak pakai. Tapi customer servis kedai tu memang tip-top. Siap buat demo macam-macam style kat kepala akak. Disebabkan rasa bersalah kat adik yang buat demo tu (merangkap salesgirl), saya belilah jugak. Dan kerana kedai tu berada di KLCC harga pun macam KLCC jugak la kan..kan….eermmmm 
Dah letih belit-belit tudung kat kepala, orang keluarkan pula tudung jenis ‘instant shawl’. Senang juga sebenarnya nak pakai tudung jenis ni. Ringkas dan mudah.
Dan selepas ini, tak tau lah tudung jenis apa nak keluar. Orang sekarang, memang sangat kreatif dan inovatif. Tak lama lagi, mesti ada tudung fesyen baru.
Apa-apa pun, kita tunggu….
Tudung bawal:)
Walau ada berbagai jenis dan fesyen, tudung bawal tetap menjadi antara pilihan hingga kini.
Sekian. Wassalam.

28 thoughts on “Tudung Aidijuma Giveaway by Anies”

    1. Betul tu…wah expert pasal tudung ni. Tapi kalau masa tu, lagi banyak perhiasannya lagi mahal dsn glemer.
      Thanks Zumal πŸ™‚

  1. tudung aidijuma dengan giveaway nya sih emang sangat keren…sayangnya wajah cantik bu adminnya malah berubah jadi kipas angin…kenapa bisa begitu ya?

  2. sekarang memang perkembangan tudung dari sisi fashion memang luar biasa.
    tak berselang lama muncul lagi gaya yang baru
    ada yang cocok buat diikuti dan ditiru, ada yang kalau melihatpun geli karena tertawa.
    lebai dan berlebihan.
    tudung yang sederhana dan simpel cara pakainya saya lebih suka.

    1. Kalau melihat orang pakai hijab atau tudung, lebih elok kalau yang sederhana.
      Pernah juga melihat orang mahu sangat berfesyen, kelihatannya seperti sangat aneh..
      Thanks Mba Nove

  3. Sampai sudah okje tak de koleksi Bawal yg mahal tu FS….Takut nak beli sebab mahal haha…Betullah cepat betul pesen tudung ni ek….Dpd tudung sarung sampailah belit belit dan muncul balik tudung oattern bawal cuma jenis kain jer lain. Tak terikut pun Okje ni. Pakai mana yg ada jer….dahlah penganggurkan huhu

  4. dulu saya suka pakai shawl . sekarang dah balik semula pada tudung bawal . klu nak pegi majlis tertentu baru menggayakan tudung . tapi saya mmg tak pakai tudung syria sbb mcm org tua lak wpun mmg dah tua … heheheee

    1. Sebenarnya pakai bawal lagi rasa konfident kot.
      Tudung belit2 ni, kalau time tak 'menjadi' boleh jugak rasa kelapa leper semacam je..hihi
      Thanks Vee πŸ™‚

Leave a Reply