Tips Akhir Menjelang Peperiksaan




Assalamualaikum

Bila hari peperiksaan semakin tiba, debaran juga kian terasa.
Bukan sahaja anak-anak yang mahu mengambil peperiksan, emak bapak dia orang pun sama-sama merasakan debarannya.

Semoga anak-anak kita semua dipermudahkan segala urusan untuk menjawab soalan pepriksaan dan beroleh kejayaan cemerlang. Aamiin.

Jom semak tips akhir menjelang peperiksaan.

Sehari Sebelum Peperiksaan:

  • Pastikan segala keperluan dan peralatan sudah disediakan. Tengok balik pencil box masing-masing, pastikan pensil 2B, getah pemadam, pengasah pensel dan sebagainya sudah ada.
  • Ibu-ibu, sila pastikan juga pakaian anak-anak sudah siap sedia. Baju, seluar, tudung sudah siap digosok…jangan sampai terlewat ๐Ÿ™
  • Baca secara imbas segala panduan dan rumusan penting untuk mata pelajaran yang akan diambil esok.
  • Tidur awal supaya tidak bangun lewat dan anda berada dalam keadaan segar untuk mengambil peperiksaan.
  • Mohon ibu bapa mendoakan kejayaan anda.
Hari Peperiksaan:
  • Bangun awal
  • Sembahyang tahajjud, hajat dan subuh.
  • Jangan lupa bersarapan
  • Pastikan anda membawa segala peralatan dan keperluan
  • Bersalam dan cium tangan ibu bapa
  • Lakukan perkara-perkara berikut:
  1. Membaca Al Fatihah 3x
  2. Membaca Takbir 7x
  3. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW 3x
  • Langkah kanan ketika keluar rumah
  • Bertolak lebih awal ke sekolah
  • Sentiasa bertenang
  • Baca doa dipermudahkan urusan dan doa penerang hati.
Semoga segala usaha kita diberkati.
Aamiin
Sekian. Wassalam.
Gambar: google

24 thought on “Tips Akhir Menjelang Peperiksaan”

  1. hainom OKje says:

    Terima kasih kerana berkongsi FS……Moga mereka dapat menjawab soalan dengan baik.

    1. admin says:

      amiin..aamiin…Thanks Okje.

  2. Dengan bangun lebih awal, termasuk shalat Tahajjud, kemudian melakukan beberapa tips di atas, termasuk membaca al-Faatihah, takbir, dan shalawat Nabi, dan seterusnya, sungguh ini langkah yang bagus sekali. Semoga sukses selalu ya, Mbak.

    1. admin says:

      Semoga usaha dan ikhtiar diberkati serta berhasil.
      Terima kasih Akhmad Muhaimin Azzet

  3. peperiksaan itu apa yah mbak?saya masih kurang tahu..

    1. admin says:

      Seperti ujian atau examination di sekolah.
      Tapi yang ini peringkat nasional.
      Thanks Mr Hendri

  4. nohas says:

    berusaha dan bertawakkal kpd Allah..sentiasa bertenang itu penting..jgn panik bila tengok soalan…

    1. admin says:

      In shaa Allah. Semoga mereka semua bertenang selalu. Dan semoga berjaya juga.
      Thanks Nohas

  5. peperiksaan itu semacam gimana sih mba aku belum ngerti deh ๐Ÿ™‚

    1. admin says:

      Peperiksaan itu seperti ujian atau examination.
      Ini di peringkat primary school atau sekolah rendah untuk anak-anak 12 tahun.
      Thanks Ipah

  6. paridah says:

    semoga anak2 ni melakukan tips nk hadapi exam yg fidah beri..insyaAllah ada ketenangan yg dirasa.

    1. admin says:

      Aamiin…aamiin..
      Thanks Kak Paridah

  7. Masih terbayang waktu peperiksaan, tak boleh tidur malam hehe

    1. admin says:

      Terkenang semasa dulu…Anak saya nampak relax aje, mak dia rasanya yang lebih susah hati ๐Ÿ™‚
      Thanks SP

  8. Hero Borneo says:

    terima kasih kerana berkongsikan panduan ini

    1. admin says:

      Sama2 HB. Ada juga yg saya baru tau.
      Thanks ๐Ÿ™‚

  9. Tips yang baik
    Hasilnya pasti cantik
    Ketenangan tak terusik
    Tidak ada rasa panik

    1. admin says:

      Semoga berjaya
      Berkat dari doa kawan2 semua.
      Thanks Mba Ayu ๐Ÿ™‚

  10. nove hasanah says:

    nice tips untuk anak-anak yang sedang mengikuti ujian (peperiksaan)
    semoga putra-putrinya medapatkan kesuksesan
    amin

    1. admin says:

      Aamiin…aamiin..
      Thanks Mba Nove ๐Ÿ™‚

  11. zaman sy dulu, main redah je. tak de rasa khuatir or takut nak hadap exam besar… ๐Ÿ˜‰

    1. admin says:

      Saya dulu..cuak jugak..haha
      Tapi masa tu tengok Arwah mak saya relax aje..
      Thanks Anies ๐Ÿ™‚

  12. Jari Manis says:

    nice tips..thanks for sharing..boleh apply utk peperiksaan yg lain juga

    1. admin says:

      Terima kasih jugak JM ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Related Post