Tanda-Tanda Anda Mempunyai Masalah Kewangan




Assalamualaikum

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, GST, harga barang-barang (sebelum GST) yang kian meningkat serta kadar pertukaran wang asing yang semakin tinggi, pasti sedikit sebanyak memberi impak kepada aliran tunai kita.
Selain daripada itu, jumlah pendapatan individu, bilangan tanggungan serta cara perbelanjaan juga memberi kesan. Tanpa sedar, kita mungkin sedang menghadapi masalah kewangan.

Jom semak, tanda-tanda jika anda mempunyai masalah tersebut.
Jangan sampai di tahap kritikal baru kita mahu bertindak.

  • Kadar kebergantungan pada kad kredit sangat tinggi. Perbelanjaan harian anda hampir semuanya bergantung pada kad kredit. Penggunaannya juga sudah hampr ke tahap maksimum (credit limit). Pembayaran pula, sentiasa berada di tahap minimum. 
  • Terpaksa meminjam wang dari kawan, keluarga, ceti, along bukit beruntung atau sesiapa sahaja untuk menampung ketidakcukupan perbelanjaan bulanan anda. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran tunai anda berada di tahap kritikal.
  • Mempunyai masalah untuk menampung perbalanjaan harian. Masalah akan menjadi lebih ketara apabila hujung bulan hampir tiba. Anda mula menghitung hari, bilakah tibanya hari gaji kerana wang di saku atau baki wang di akaun simpanan sudah kering kontang.
  • Melambatkan pembayaran segala bil. Tidak dinafikan bahawa hidup kita memang dikelilingi dengan pelbagai bil. Just name it. Bil elektrik, bil air, bil telefon dan macam macam bil lagi. Lebih parah jika anda hanya mampu membayar sebahagiannya sahaja, manakala yang selebihnya akan dibayar pada bulan hadapan.
  • Tidak mampu untuk mambayar segala kos maintenance rumah dan kereta secara teratur. Walaupun tempat tinggal dan kenderaan adalah 2 perkara penting dalam kehidupan harian kita, anda terpaksa menunda segala kos perbelanjaan yang berkaitan dengannya kerana tidak cukup wang.
  • Anda masih berkira kira atau merasakan wang untuk membayar sewa rumah atau ansuran bulanan rumah (bagi yang telah membeli rumah) tidak cukup.
  • Tidak mampu untuk membeli apa jenis insuran sekalipun. Insuran nyawa (life insurance), insuran pendidikan untuk anak, insuran perubataan serta insuran-insuran yang lainnya semua dipandang sepi.
  • Wang tabungan atau simpnan kini mulai susut. Sepatutnya makin hari wang simpanan makin bertambah. Kata orang, sedikit sedikit biar lama-ama jadi bukit. Tapi ini sudah dikira kes tarah bukit pulak. Agak kritikal juga ni. Apalagi jika tiada wang langsung wang untuk di simpan sebagai kegunaan di saat-saat kecemasan.
  • Tidak mempunyai wang atau simpanan untuk pelan selepas bersara. 

Pasti susah juga jika kita sudah mempunyai simptom-simptom masalah kewangan.
Oleh itu carilah jalan penyelesaian yang terbaik sebelum masalah menjadi lebih kritikal.

Mulakan dengan menyimak perbelanjaan bulanan dan membuat belanjawan keluarga. 
  • Pastikan anda berbelanja secara disiplin 
  • Anda seharusnya sentiasa ada lebihan tunai dan mampu untuk menyimpan sejumlah wang di setiap bulan
  • Ubah gaya hidup dan jauhi pembaziran πŸ™‚
Saya pasti, semua orang mahu hidup bebas dari segala bebanan hutang serta mempunyai jiwa yang merdeka. Baca juga erti kemerdekaan dari perspektif kewangan.
Ingat, bijak berbelanja, hati bahagia…:)
Sekian. Wassalam.
Rujukan: Save-money magazine
Gambar: Google

43 thought on “Tanda-Tanda Anda Mempunyai Masalah Kewangan”

  1. SalbiahM says:

    Alhamdulillah, so far belum ada tanda-tanda tu..tapi tak bermakna boleh boros.kena ada simpanan jugak. Thanks for sharing, kak Fidah

    1. admin says:

      Betul tu Sal..kena berhemah kalau berbelanja. Lebih2 lgi time macam ni
      Thanks πŸ™‚

  2. nohas says:

    kdg2 gaji kecil, setiap bulan habis utk bayar benda2 asas saja..ramai jg yg cari side income..

    1. admin says:

      Kos sara hidup juga semakin meningkat..huhu
      Thanks Nohas πŸ™‚

  3. Wida Zee says:

    Mata uang asing semakin naik, yang hidupnya menengah kebawah semakin sengsara karena kurangnya ekonomi. Hmm gimana ini dunia????

    1. admin says:

      Aduhai..kesihan kita kan…
      Terutamanya di golongan pertengahan dan bawah..pastinya terasa kenaikan harga barang.
      Thanks Zee πŸ™‚

  4. Achmad Fazri says:

    Harus menabung kalau ingin belanja sesuatu, tidak boleh ketergantungan dengan kartu kredit.. hemat pangkal kaya. semoga saja kurs dolar semakin turun…

    1. admin says:

      Bergantung pada kad kredit sangat bahaya. Silap2 tak tahu yang kita sudah terlebih belanja dari sepatutnya.
      Thanks Achmad Fazri πŸ™‚

  5. Fatimah says:

    mesti pinter mengatur keuangan

    1. admin says:

      Betul tu. Seharusnya lebih bijak. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
      Thanks Fatimah πŸ™‚

  6. rasa-rasanya dah tahap kritikal ni..
    hehehe…
    wang besar wang besar kita putar
    lagi ….

    1. admin says:

      Ya Halim..kita putar lagi..Wang Besar..Wang Besar!! πŸ˜€
      Thanks Lin πŸ™‚

  7. Eksa Studio says:

    Alhamdulillah belum ada tanda tandanya mbak πŸ˜€
    Hehe

    1. admin says:

      Moga sentiasa bebas dari masalah kewangan..
      Thanks Eksa πŸ™‚

  8. Terimakasih, postingan-nya sangat bagus sekali. Senang sekali berkunjung ke blog anda. saya bantu share ya gan? semoga dapat bermanfaat buat kita semua. Amin πŸ˜€ πŸ˜€

    1. admin says:

      Peringatan untuk saya juga. Moga manafaat
      Thanks πŸ™‚

  9. hainom OKje says:

    Pening kalau pikir pasal hutang ni kan FS….Sekarang ni kita tolong tengok org bayar hutang tiap tiap bulan. Sian laki kita. Insyaallah…..kalau kita tak berbelanja melebihi pendapatan, hutang dpt dikawal kot….

    1. admin says:

      Duit..duit..boleh sakit kepala kalau pikir pasal duit…pak menteri kata ubah gaya hidup…huhu
      Thanks Okje πŸ™‚

  10. satria saqti says:

    Memang perlu sesangat ni pendapatan sampingan. Kalau tak memang tak cukuplah gaji nak tampung kehidupan.
    Apa Yang Berlaku Terhadap Orkid Di Sabah ?

    1. admin says:

      Kesian kita kan…golongan pertengahan dan bawahan dan rasa kesannya.
      Thanks Satria Saqti πŸ™‚

  11. Hero Borneo says:

    usahakan sedaya mungkin untuk mencari duit lebih agar masalah kewangan dapat diselesaikan

    1. admin says:

      Kena rajin, inovatif dan gigih.
      Thanks HB πŸ™‚

  12. Jie Susanos says:

    emm..nasib blum ada lg tanda2 tersebut..

    1. admin says:

      Alhamdulillah..pening kepala kalau dah start ada masalah duit.
      Thanks JS πŸ™‚

  13. paridah says:

    pandai urus bajet tiadalah masalah kewangan….kan fidah.

    1. admin says:

      Kena ambil langkah..jimat dan senang kira.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  14. moga dijauhkan dari segala masalah di atas ..huhu..tak sanggup rasa nya Fidah dgn pelbagai kenaikan kos… sy skrg ni duk berjimat dgn kurangkan shopping online…haha

    1. admin says:

      Sekarang pun saya dah kurang usha2 ig…kalau tak, ada aje yg nak dibeli..huhu
      Thanks Atie πŸ™‚

  15. Dunia Zumal says:

    Zumal ada gak petanda tu nasib tak ada kad kredit jew. Hehe ^-^

    1. admin says:

      Jom kita buat kempen jimat cermat…hihi
      Thanks Zumal πŸ™‚

  16. Khir Khalid says:

    Pernah merasai tanda2 tu dan tanda2 tu lah jadi guru yg mengajar utk tak nak merasakannya lagi huhu. In shaa Allah kdg2 frugality tu lebih baik dari bergaya tapi sakit poket. Asalkan kenaq caranya oklah kan, in shaa Allah. Thanks sharing Fidah.. πŸ™‚

    1. admin says:

      Pengalaman ada lah guru terbaik..
      Moga terus maju jaya di masa hadapan…aamiin.
      And jangan lupa kat member2 laks….huhu
      Thanks Khir πŸ™‚

  17. hidup seorang ni , senang nak urus kewangan . janji tak boros berbelanja dan ada simpanan … alhamdulilah .

    1. admin says:

      Teringat kat kempen jimat dan senang kira.
      Thanks CM πŸ™‚

  18. nove hasanah says:

    tips keuangan yang bagus, apalagi pada saat perekonomian sedang lesu dan krisis.

    1. admin says:

      Moga manafaat untuk kita semua.
      Thanks Mba Nove πŸ™‚

  19. Ririe Khayan says:

    kalau dalam peribahasan di Indonesia, Jangan besar pasak daripada tiang. Jadi harus pandai-pandai mengatur keuangan agar tetap bisa saving untuk keperluan yang tak terduga

    1. admin says:

      Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini memang harus berjimat cermat.
      Terima kasih atas kunjungan. Salam kenal πŸ™‚

  20. Arghhh takutnya nak hadapi masalah kewangan…kena menyimpan dari sekarang

    1. admin says:

      Tu lah…memang kena berjimat cermat dr sekarang… πŸ™
      Thanks MV

  21. alhamdulillah… so far so good… bersyukur dgn apa yg ada

  22. Ikram Zikri says:

    setakat ni saya takda lagi mengalami tanda2 tersebut.mungkin sbb masih bujang dan kurang tanggungan.bagi yg berkeluarga mungkin sedikit terkesan dgn kos sara hidup yg semakin meningkat.tapi tulah skrg ni pun kena beringat utk masa dpn.kena bijak berbelanja ikut keperluan.

  23. Siqah Hussin says:

    alhamdullilah. untuk sekarang semuanya okay lagi. harap berterusan begitu. dengan keadaan ekonomi sekarang, kena sentiasa beringat dalam berbelanja..

Leave a Reply

Related Post