Uncategorized

Sentuh dan Pergi

Sentuh dan pergi adalah direct translation untuk Touch ‘n Go.

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 9 September 2015, urusan pembayaran tol di beberapa plaza tol terpilih adalah hanya menggunakan khidmat Touch ‘n Go (dan SmartTag). Bayaran tunai tidak lagi digunakan.

Saya adalah pengguna tegar Touch ‘n Go dan saya tidak menafikan tentang betapa mudahnya menggunakan perkhidmatan ini. Ianya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, pengguna tidak perlu beratur panjang dan tidak perlu menunggu lama untuk membayar tol.

Saya menyokong inisiatif menggunakkan mykad sebagai alternatif supaya pengguna tidak perlu membeli kad Touch ‘n Go. Saya juga setuju dengan cadangan untuk menambahkan lagi kaunter-kaunter tambah nilai supaya lebih mudah untuk kita menggunakan perkhidmatan ini.
Namun, bagi pengguna yang tidak kerap menggunakan perkhidmatan ini (contohnya golongan yang menggunakan highway hanya dua atau tiga kali setahun) tetapi telah menambah-nilai sejumlah wang ke dalam kad itu, bukankah sedikit sebanyak akan mengganggu aliran tunai si pengguna? Dan pada masa bilakah wang yang tidak digunakan (dalam kad) itu dapat dikembalikan? atau adakah ‘nilai’ wang yang ada di kad itu akan terus terbiar hinggalah si pengguna menggunakan highway lagi?

Kad Touch ‘n Go

Saya tidak menolak tentang sebarang kemajuan teknologi termasuk konsep e-payment yang diaplikasikan dalam perkhidmatan Touch ‘n Go ini. Tapi, mungkin ada beberapa perkara yang perlu juga diberi perhatian:

  • Perkhidmatan Touch ‘n Go perlu diperluaskan lagi untuk pembayaran-pembayaran lain seperti parking (sesetengah tempat sudah digunakan) dan urusan jual beli di kedai. Sekurang-kurangnya dapat juga memaksimumkan perkhidmatan yang sedia ada. Bukankah cashless lebih baik. Dan bagi golongan yang tidak kerap menggunakan highway, boleh juga menggunakan ‘nilai’ wang yang sudah di tambah (reload) dalam kad Touch ‘n Go untuk ‘berbelanja’ ke tempat lain. Tak adalah duit itu akan terbiar sepi.
  • Urusan untuk ‘refund’ juga harus lebih dipermudahkan terutama bagi golongan yang tidak begitu aktif menggunakan perkhidmatan ini. Penting tu. Bukankah dalam keadaan ekonomi sekarang, segala Ringgit dan Sen diambil kira.
  • Pastikan juga lorong Touch ‘n Go tidak menjadi sesak (seperti lorong tunai sekarang), bila semua orang telah menggunakan perkhidmatan ini. Mana tahu, akibat masalah kesesakan yang tidak dapat diselesaikan, semua orang disuruh menggunakan perkhidmatan SmartTag (baca : lalu dan pergi tanpa sentuh) pula selepas ini.

p/s : Ini adalah sekadar pendapat peribadi.

Sekian. Wassalam

Gambar kad TnG : Google

39 thoughts on “Sentuh dan Pergi”

  1. Touch and Go ni ada pro dan kontra jugakan.. mcm kami yg jarang balik sana, bila bawa kereta kena lah bayar tunai… huhu..
    memang kena perbanyakkan kaunter utk mengelak kesesakan terutama bila musim perayaan…kan Fidah.. πŸ™‚

    1. Saya rasa agak menyusahkan orang yang jarang guna perkhidmatan ini. Patut masih ada alternatif untuk bayar tunai.
      Thanks Atie πŸ™‚

  2. dari judulnya Touch n Go, kirain saya tentang cerita cinta πŸ˜€ ternyata nama Tol yaa πŸ˜€ haha ketipu sama judul πŸ˜€

  3. Saya pun berpendapat seperti tuan hanafi, yelah bukan semua org duduk di bandar yang mempunyai tol… seperti saya… jarang sekali ke melalu jalan tol..

    1. Sepatutnya pengguna masih diberi pilihan untuk bayar tunai. Agak menyusahkan juga bagi yang jarang guna.
      Thanks Best Sham πŸ™‚

  4. touch n go memudahkan kerja menjimat masa…la ni semua nk cepat jer janji xjem…buat yg setiap hari melalui tol mmg penting tu yg jadi masalah kalau tinggal di pedalaman n sesekali terpaksa gunakan lebuhraya bertol.

    1. Kesian orang yang jarang2 guna tapi terpaksa 'bayar' perkhidmatan ini. Yang tak berapa best, sudah reload, susah pula nak refund..huhu
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  5. mungkin orang yang jarang menggunakan tol akan rasa terbeban, tapi kalau yang selalu guna, memang touch n go ni pilihan yang baik..

    setuju bab refund tu!saya oernah kad patah, nak mintak refund duit berapa belas dlam tu pun, punyalah lama…

    1. Kannn….perkhidmatan refund seharusnya lebih cekap. Kesianlah orang dah reload duit, tapi tak berapa nak guna.
      Thanks Sal πŸ™‚

  6. itulah saya tengok dengan pelaksanaan ini semakin sesak di plaza tol, terutama tol duke (sebab tol duke tak besar mana). kalau banyak pos tol tu tak jadi isu sangat sebab jalan pun besar.

    1. Yup..some car park dh guna. Kalai naik lrt & komuter pun dah ada pilihan guna touch & go. Ok jugalah..tak payah beratur panjang nak beli tiket.
      Thanks Nohas πŸ™‚

    1. Dapat juga kurangkan kos penyelenggaraan tol. Moga ultimate efek nya nanti, tol menjadi lebih rendah…Harapan rakyat πŸ™‚
      Thanks CM πŸ™‚

    1. Yang ni..memang ada jugak jadi. Kalau dah time2 q panjang tu…alahai..tu pun kalau kereta belakang nak bagi laluan πŸ™
      Thanks Wak πŸ™‚

  7. Betul pendapat awak tu FS….Kesian jugak kat depa yg tak berapa nak guna TnG nikan….membaziaq pulak duit depa hihi….

    Tp sepatutnya tak leh dihapuskan terus, kalau org yg mmg tak de langsung TnG tu camne pulak

    1. Kesian sebanarnya kat org yg jarang guna perkhidmatan ni…tak pasal2 kena top up. Patut masih kekalkan option utk bayar cash.
      Tq Okje πŸ™‚

  8. Pilihan terbaik menggunakan touch n go.. 1 kad pelbagai guna.. Kini touch n go boleh digunakan ketika menaiki lrt, komuter, bas rapid kl,bayar parking kereta dan pelbagai lagi..

  9. Prepaid satu jer agenda yg ramai tak suka bila dilihat dari sudut perniagaan.. ia menguntungkan pihak pengeluar terlebih dahulu sebelum pengguna menggunakannya. Belum apa2 dah dapai tunai utk rolling.. sebab tu ada diantara org yg sanggup bersusah payah bayar tunai sebab difikirkan duit tu terkait dgn masalah2 negara… wallahualam. Apa pun, saya lebih selesa guna touch n go.. tapi tak perlu nak tutup lorong tunai. Kot2 ada yg tercicir kad, kan niaya jadinya… πŸ˜€

Leave a Reply