Hijau




Hijau merupakan warna yang menyejukkan dan menyegarkan. Warna gabungan biru dan kuning ini amat sinomim dengan warna daun dan merupakan warna dominan untuk pemandangan alam.

Warna hijau juga dikaitkan dengan Islam kerana sering disebutkan dalam Al Quran dan Hadith. Antaranya:

“Penduduk syurga itu bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah” – Ar Rahman : 76

“Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal serta dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka di beri minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih dan suci” – Al Insan : 21

Anas bin Malik juga mengatakan “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah warna hijau”

Menurut kajian, warna hijau dikatakan dapat mengurangkan stress kerana warnanya yang damai. Warna hijau dalam psikologi dan kesihatan dapat menyejukkan saraf, memberikan efek ketenangan dan kesembuhan. Oleh itu, selalulah melihat benda-benda yang berwarna hijau jika anda stress.

Selain daripada itu, warna ini juga dikakakan mempunyai sifat  membangkitkan energi, mengimbangkan emosi, meningkatkan rasa percaya diri dan memberi rasa aman.

Seperti warna pink yang pernah saya ceritakan tempoh hari (sila klik sini), warna hijau juga ada banyak jenisnya.

Oleh itu, jika anda ingin mencari sesuatu yang bewarna hijau, contohnya hadiah, sila pastikan anda memilih warna yang betul.

Bagaimana pula dengan penggemar warna hijau?
Menurut kajian, penggemar warna hijau adalah orang yang romantis, sukakan keindahan dan penggemar suasana alam. Namun begitu, penggemar warna hijau selalu memegang prinsip dan mempunyai keperibadian yang keras. Kerana wataknya yang keras, kata-katanya juga kadang-kala boleh melukakan hati. Namum, golongan ini sebenarnya adalah orang-orang yang baik dan penyayang.

Dalam bidang pekerjaan, golongan ini selalunya memilih pekerjaan yang bersifat ‘teknikal’. Mereka ini dikatakan sangat inovatif dan sukakan kerja-kerja yang berkaitan dengan masyarakat.

Dalam hal percintaan, penggemar warna hijau mengimpikan pasangan yang penuh toleransi dan boleh dipercayai. Mereka juga adalah golongan yang setia dan akan memberikan perhatian kepada pasangannya. Tapi awas, golongan ini juga terkenal dengan sifat cemburu πŸ™‚

Adakah anda penggemar warna hijau?

Sekian. Wassalam

Gambar warna-warna hijau: google

38 thought on “Hijau”

  1. tiga lalat says:

    wak teringat pantun teka teki,

    ambil betik potongkan pisau,
    buah masak pokoknya rendah,
    kecil-kecil berbaju hijau,
    sudah besar berbaju merah .,

    1. admin says:

      Kecil kecil berbaju hijau
      Sudah besar berbaju merah
      Potong betik guna pisau
      Tak kanlah makan sorang-sorang aje ..haha πŸ˜€

      Thanks Wak

  2. paridah says:

    SALAM IDIL ADHA FIDAH MAAF ZAHIR BATIN…KAK SUKAKAN WARNA HIJAU YG LEMBUT…

    1. admin says:

      Hijau warna yang tenang…
      Salam Aidil Adha Kak Paridah. Thanks πŸ™‚

  3. nohas says:

    Salam Aidil Adha, Fidah…pelbagai colour hijau…

    1. admin says:

      Yup…ku lihat hijau kata abam zainal abidin πŸ˜€
      Thanks Nohas

  4. hainom OKje says:

    Setuju….setuju sangat….redup je mata kita kalau memandang hijaukan FS…
    Okje pun suka jugak warna hijau ni…Tengok hijaulah…. Hijau Emerald tema Raya tahun ni….Esok pun nak ulang tayang bahu tu le gamaknya hihi

    1. admin says:

      Amboi..glem glem meletops la mak dengan baju hijau emerald di pagi raya.
      Jangan lupa ambik gambar banyak2…

      Thanks okje πŸ™‚

  5. Mizz Aiza says:

    adik aiza penggemar warna hijau.. warna hijau juga baik untuk mata kita..

    1. admin says:

      Betul tu. Orang kata, kalau mata tengah stress, elok kalau kita pandang benda2 warna hijau.
      Thanks Aiza πŸ™‚

  6. Achmad Fazri says:

    Warna hijau cocok untuk warna rumah. karena telihat lebih terang bisa menyehatkan mata

    1. admin says:

      Kalau untuk dinding, cantik juga kalau bewarna hijau. Tapi kalau saya, tidak mau yang terlalu terang.
      Thanks Achmad Fazri πŸ™‚

  7. Khir Khalid says:

    Saya penggemar hijau dan memang romantis.. eh… πŸ˜€

    1. admin says:

      Hambbooiii….hijau mana tu Khir?
      Thanks πŸ™‚

  8. Desa Seibaru says:

    saya seneng warna hijua, biru. merah putih. saya hijaunya seneng yang namanya seafom

    1. admin says:

      Cantik kan..hijau sememangnya nampak tenang.
      Thanks Desa Seibaru πŸ™‚

  9. nove hasanah says:

    hijau… warna yang bagus
    saya suka chartreuse dan shamrock
    Oh ya… Selamat merayakan Idul Adha bersama sanak keluarga

    1. admin says:

      Warna nya boleh hilangkan stress.
      Thanks Mba Nove πŸ™‚

  10. Ya saya penggemar warna hijau πŸ™‚

    1. admin says:

      Warnanya cantik dan beri ketenangan…
      Thanks Nabihah Arrose πŸ™‚

  11. Qaseh Vee says:

    saya penggemar hijau … saya suka melihat alam berbanding laut … saya sukakan warna hijau untuk hiasan dalaman rumah . amat menyegarkan …

    1. admin says:

      Untuk hiasan rumah, pokok berdaun pun dah cantik dan nampak simple. Tak perlu banyak sangat bunga2 takut nampak semak.
      Thanks Vee πŸ™‚

  12. aku bukan penggemar warna hijau. tapi kalau seandainya disuruh milih warna wijau, aku bakalm ilih yang hijau mint…enak dipandang mataa

    1. admin says:

      Coba di lihat lama2..pasti warnanya nampak cantik..hihi
      Thanks Reski Amalia πŸ™‚

  13. saya bukan penggemar warna hijau… apa2 pon nice sharing sis.. πŸ˜€

    1. admin says:

      Terima kasih kunjungannya Ikhwan.
      Salam AidilAdha πŸ™‚

  14. Eksa Studio says:

    Wah saya suka warna hijau, karena hijau kesannya lebih kalem.. Hehe

    1. admin says:

      Warna untuk merasa tenang dan lebih percaya diri (orang kata lah)
      Thanks Eksa. Salam Aidiladha πŸ™‚

  15. Bunda_nora says:

    Padan lah masa bunda muda2 dulu selalu dengar orang cakap….penggemar warna hijau ni seorang yang cemburu….

    1. admin says:

      Hijau tanda cemburu…cemburu tanda sayang…ehhh
      Selalunya orang kata macam tu lah..hihi
      Thanks kunjungannya Bunda. Salam aidiladha πŸ™‚

  16. Dunia Zumal says:

    Zumal nak warna hijau juga laa

    1. admin says:

      Haha…tak rugi pilih hijau. Cantik
      Thanks Zumal πŸ™‚

  17. tak sangka warna hijau selalu di sebut dalam quran..

    hidup pa*!!!

    ehehe

    1. admin says:

      In shaa Allah
      Thanks πŸ™‚

  18. cantik template ni. kemas dan ringkas

    1. admin says:

      Thanks Nik Khazami. Salam kenal πŸ™‚

  19. SalbiahM says:

    saya suka warna hijau..terutama sekali mint dan apple green.memang penyayang orangnya..romantis mungkin jugak kot? belum berkesempatan nak uji..hehehe

  20. kak ngah…green lover…dari kecik smpi ke tua…semuanya nak hijau… ;-|

Leave a Reply

Related Post