Uncategorized

Diary Mama #UPSR Berakhir & Terakhir

Assalamualaikum

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ke 3 (hari terakhir) sudah tamat.
Hari ini bukan sahaja penamat bagi UPSR tahun 2015, tapi merupakan penamat bagi UPSR keseluruhannya. Peperiksaan/ujian (peringkat kebangsaan) ini mula diperkenalkan pada tahun 1988 bagi menggantikan “Peperiksaan Penilaian Darjah 5”. Dan tahun depan, sejarah baru akan bermula apabila kita memeperkenalkan sistem penilaian yang baru.

Pastinya anak-anak yang mengambil peperiksaan/ujian berasa lega yang amat sangat. Begitu juga dengan emak, bapa, atuk, nenek, abang, kakak dan adik sekelian. Sekarang, barulah dirasakan ‘merdeka’..hihi

Tak sangka juga saya dapat meng ‘up date’ blog untuk tiga hari berturut-turut dalam keadaan yang agak sibuk begini.
Catatan ini sebenarnya hanyalah untuk kenangan peribadi disamping berkongsi tentang apa yang saya rasa. Moga pengalaman ini juga dapat menjadi kenangan manis buat anak saya.

Untuk anak saya, semoga mendapat kejayaan cemerlang.
Syabas… kerana telah gigih untuk melakukan yang terbaik. Kita juga sudah berusaha dan berikhtiar apa yang termampu. Yang penting sekarang, hanya perlu teruskan berdoa dan bertawakkal. Apa pun keputusannya nanti, haruslah di terima dengan hati yang terbuka.
Jika di izinkan Allah, perjalanan hidup ini masih lagi panjang. Pastinya ada banyak lagi perkara yang harus dilalui kelak….. dan ini hanyalah satu titik permulaan untuk kehidupan yang lebih mencabar.

Sekian. Wassalam.

#diarymama
#upsr2015

38 thoughts on “Diary Mama #UPSR Berakhir & Terakhir”

  1. catatan kenangan utk anak2 ya fidah…masa amat cpt berlalu bila anak2 dh masuk tingkatan satu bermulalah fasa remaja pula n catatan mamanya seiring dgn langkah mrk..semoga mrk mahu menyelaknya kembali n membaca rasa seorang ibu yg tertulis di blognya…

    1. Pejam celik..pejam celik..kejap aje dah besar. Saja nak tulis untuk kenangan. Harap-harap dia orang baca nanti..hihi
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  2. Ya dah berakhir tahun ini..akan ada pula sistem pentaksiran.
    Diharap KPM akan telus dan buat yang terbaik untuk kecemerlangan pendidikan di Malaysia

    1. Semoga sistem baru yang bakal diperkenalkan akan lebih baik dalam menilai potensi dan prestasi murid2.
      Thanks Etuza πŸ™‚

    1. Horray…sudah merdeka!
      Selepas exam hari tu sempat juga bawa family ke Penang. Saya pergi kerja…mereka yang berlibur..
      Thanks Mba Nove πŸ™‚

  3. Ingat lagi yg saya antara batch pertama UPSR… eh, awak pun eh.. πŸ˜€ πŸ˜€

    Semoga beroleh keputusan yg cemerlang buat anak… aamiin.. πŸ™‚

  4. so thn depan bukan lagi UPSR pastu apa eh..dulu PMR sekrang PT3…

    good luck utk anak juga…..ye betul ini hanya permulaan byk lagi ujian yg perlu di duduki all the best

Leave a Reply