Uncategorized

Berani Kerana Benar, Takut Kerana

Assalamualaikum

Selalu terjumpa pepatah ini. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Tapi, betul ke takut hanya kerana salah?
Kalau dilihat pada kehidupan seharian, memang ada banyak lagi perkara yang menyebabkan seseorang itu berasa takut.

Anda pernah rasa takut?  Tidak kira lah apa keadannya.
Ada orang….

  • Kalau yang sedang belajar, takut tak boleh lulus dalam peperiksaan/ujian
  • Kalau dah habis belajar, takut tak dapat kerja
  • Kalau dah kerja, takut gaji tak cukup
  • Kalau dah berpasangan, takut pasangan curang
  • Kalau dah berkahwin, takut tak dapat anak
  • Kalau dah melahirkan anak/bersalin takut gemuk la pulak

Itu belum lagi kes….
  • Takut hantu, jembalang dan sebagainya
  • Takut pada binatang buas dan berbisa
  • Takut jatuh sakit
  • Takut pada persepsi dari orang lain. 
  • Takut pada kegagalan bila mencuba sesuatu
  • Takut untuk buat keputusan
  • Takut mati (ini sememangnya harusss takut)
Pendek kata, ada macam-macam sebab yang membuatkan orang merasa takut.

Baru-baru ni, saya ada merasa bimbang dan takut pada satu perkara yang berlaku dalam pekerjaan saya (baca: office work). Betul-betul tidak senang hati.
Tiba-tiba terjumpa satu artikel yang isinya menyatakan kenapa kita harus takut pada makhluk. Takutlah pada Yang Maha Mencipta segala makhluk.
Walaupun sebelum itu pernah juga baca artikel yang lebih kurang sama maksudnya, mungkin bacaan kali ini penghayataannya lebih dan terus meresap ke jiwa…huhu. Alhamdulillah, lepas tu memang rasa tenang.
Kadang-kadang kita terlupa yang Allah sentiasa ada. Dan setiap sesuatu yang berlaku, In Shaa Allah ada jalan penyelesaiannya.

Baca juga:
Al Insyirah..sesungguhnya setiap kesusahan, ada kemudahan

Sekian. Wassalam.

Gambar: kakaoTalk

45 thoughts on “Berani Kerana Benar, Takut Kerana”

  1. kadang kita merasakan hal semacam itu sih, tapi kalau di ikutin lama2 tidak baik juga, sebisa mungkin positif selalu minta perlindungan ama allah dengan do'a. πŸ˜€

  2. yang ppenting takut kpd Allah n mengharapkan ketakutan yg membelenggu tanpa sebab dihindari..kdg terlalu berani pun merisikokan diri juga kan…

  3. Setiap kita mmg akan ada rasa takut tapi ia perlu dibendung dgn kewarasan… selebihnya kita serahkan pada Allah swt dgn sepenuh tawakkal kepadaNya, in shaa Allah…

  4. semoga, semuanya cepat beres dan sumber ketakutan Mbak Fidah bisa teratasi
    memang benar, berserah diri pada Allah adalah kuncinya
    semoga kita semua dalam LindunganNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

  5. Takut atau istilah mak seram FS….hihi…..Bulan depan nak seram balik ni …..
    Betul cakap awak FS, redho dan tawakkal ajelah kepadaNya…Insyaallah tenang jadinya….

Leave a Reply