Uncategorized

Anak Patung

Assalamualaikum

Pergi ke pasaraya hari tu ternampak anak patung ni. Terus ambik gambar sebab nampak cantik. Saja nak tepek kat sini buat kenangan. Walaupun Akak yang jaga kat area permainan kanak-kanak tu ada jugak jeling-jeling, tapi saya buat ajelah muka tak paham…hoho

Masa saya kecik dulu (baca: sekarang dah besar…haha), anak patung adalah teman baik. Maklumlah, saya tak ada adik beradik perempuan. Jadi, dengan anak patunglah saya bermain dan bercakap (kecuali kalau saya pergi bermain dengan anak jiran tetangga).
Berkawan dengan anak patung ni senang. Anak patung tak pandai merajuk atau marah. Buatlah apa pun. Nak biar macam tu aje, nak tarik rambut, nak seret atas lantai atau sebagainya. Anak patung diam aje. Kalau anak patung tu marah atau menangis, saya cabut lari dulu. Dah kira kes mistik pulak..:D

Pernah juga teringin nak beli anak patung ala-ala mahal bila tengok iklan ‘barbie doll’ kat TV dulu. Tapi, manalah ada duit. Nak mintak kat abah dan mak pun tak berani. Sudahnya sampai sekarang pun tak beli. Pernah juga rasa teringin nak beli, tapi…kalau beli nanti, konfirm orang tanya, sapa pulaklah yang nak main dengan anak patung. Bukannya ada anak perempuan…huhu.

Sebenarnya, bermain dengan anak patung memang begitu sinomim dengan kaum perempuan. Yang dah jadi emak-emak dan akak-akak sekarang pun, mesti kecik-kecik dulu pernah bermain dengan anak patung juga kan?
Pernah juga tertanya-tanya, kenapa budak perempuan suka bermain dengan anak patung. Kenapa bukan anak lelaki? Kenapa budak lelaki lebih suka memilih permainan seperti lori, robot, ultraman, spiderman, batman dan yang sewaktu dengannya.
Pastinya jiwa perempuan tak sama dengan lelaki. Mungkin ciri-ciri feminin yang ada pada seorang perempuan yang menyebabkan mereka suka pada perkara yang lemah-lembut, cantik-cantik, cute-cute…tak gitu?

Sekian. Wassalam

p/s: kawan-kawan semua, masa kecik dulu ada main anak patung tak???

40 thoughts on “Anak Patung”

    1. Saya tak ada adik beradik perempuan…kadang2 dulu ajak adik lelaki saya main anak patung sekali…haha kesian dia.
      Thanks ejulz πŸ™‚

    1. Anak patung kertas pun saya layan dulu. Cantik..mata besar macam kartun jepun. Baju pun ada macam-macam fesyen…
      Thanks Nohas πŸ™‚

  1. Dulu saya sgt takut dgn patung lebih2 lagi bila tengok video citer apa tu… chuky kot huhu… Tp, zaman kanak2 org perempuan dan patung mmg tak boleh dipisahkan.. ada yg bawak ke besar pun ada… πŸ˜€

  2. mestilah ada FS…Daripada patung kertas sampailah patung plastik yg besar baby tu….Last sekali main beranak beranak hahha…Kain dijadikan baby …Lawak betul kalau teringat. Budak sekarang untung ek

    1. Kan…tapi paling best main anak patung kertas. Harga mampu milik. Boleh beli banyak2..tukar-tukar baju. Best kan..
      Thanks okje πŸ™‚

Leave a Reply