Nilai Ringgit Turun Lagi




Assalamualaikum

Nampaknya nilai matawang kita telah turun lagi pada Jumaat lalu.
Saya bandingkan dengan USD dan juga nilai matawang beberapa negara jiran.
Tak payah nak cerita panjang-panjang jom tengok:

Perbandingan diantara Ringgit Malaysia dangan Matawang Negara Lain

Date USD SGD IDR100 THB100
Dec 14 3.495 2.645 0.0281 10.627
Jan 15 3.624 2.681 0.0287 11.073
Feb 15 3.611 2.662 0.0281 11.154
Mar 15 3.717 2.699 0.0284 11.423
Apr 15 3.571 2.700 0.0276 10.863
May 15 3.652 2.709 0.0276 10.829
Jun 15 3.786 2.809 0.0284 11.205
Jul 15 3.818 2.781 0.0283 10.867
7 Aug 15 3.923 2.829 0.0290 11.151

Nota:
USD : US Dollar (Ringgit Malaysia ke 1 USD)
SGD : Singapore Dollar (Ringgit Malaysia ke 1 SGD)
IDR : Indonesian Rupiah (Ringgit Malaysia ke 100 Rupiah)
THB : Thai Baht (Ringgit Malaysia ke 100 Baht)
**Lagi besar nombor yang dipaparkan, bermakna kita harus keluarkan lebih banyak Ringgit Malaysia untuk pertukaran ke mata wang negara-negara tersebut. Contohnya, pada 7 Ogos 2015, kita harus mengeluarkan RM3.923 untuk mendapatkan 1 Dollar Amerika (1 USD) berbanding dengan RM3.495 pada 31 Disember 2014.

Apakah implikasi sekiranya nilai matawang turun?

  • Jumlah pelancong akan bertambah kerana kos di Malaysia menjadi murah jika dibandingkan dengan nilai matawang negara mereka (tapi ada faktor lain yang akan menarik para pelancong asing. Kestabilan politik dan sosial contohnya….)
  • Keuntungan (ekport) akan bertambah bagi syarikat/perusahaan yang membuat transaksi menggunakan USD
  • Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara akan lebih memahami erti berjimat cermat disebabkan oleh nilai matawang kita yang semakin mengecil πŸ™
  • Semangat untuk membeli barangan tempatan akan meningkat disebabkan kenaikan harga barangan impot.

Dan pastinya ada banyak perkara negatif bila nilai matawang semakin menurun. Nak cakap lebih-lebih pun susah. Jadi, saya cuma mahu mengambil kata-kata dari Pelawak Nabil…”Lu Pikirlah Sendiri”….huhu πŸ™


Sekian. Wassalam

30 thought on “Nilai Ringgit Turun Lagi”

  1. Dunia Zumal says:

    Rasanya banyak kesan negatif dari yang positif tu kan…

    1. admin says:

      Begitulah kira-kiranya…Nak cakap lebih pun susah..huhu
      Thanks Zumal πŸ™‚

  2. paridah says:

    asyik turun jer sudahnya senilai kertas biasa…

    1. admin says:

      Sedihnya kalau jadi macam tu. Nak beli emas..pitih x banyak pulok…huhu
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  3. Makin menurun nmpknya..arap2 ade perubahan positif lps ni

    1. admin says:

      Harapnya begitulah. Looking fwd for something +ve.
      Tapi hari ni nampaknya semakin menurun. Kecuali with rupiah yg maintain at 0.0290, yang lain2 :
      USD = 3.9265
      SGD = 2.8366
      THB100 = 11.1834

  4. Dah tak tau nak fikir apa kalau penurunan ringgit disebabkan derma kepada pemimpin yang nilainya berbilion walhal rakyat masih lagi dihimpit kemiskinan..

    1. admin says:

      Masa untuk merenung dan menilai..
      Thanks SP πŸ™‚

  5. Aniey Yusoff says:

    tak tahu jugak nak cakap apa…huhu sama2 la kita doa yang terbaik dan fikirkan sesuatu…

    1. admin says:

      Sama sama kita doakan yang terbaik..dan harapnya dilakukan sesuatu untuk menangani masalah ini.
      Thanks Aniey πŸ™‚

  6. nor azman says:

    Teruk dah malaysia..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    1. admin says:

      Malaysia Boleh!! πŸ™‚
      Thanks nor azman & salam kenal.

  7. SalbiahM says:

    negatif lagi banyak dari positif sebenarnya..harga barang keperluan dan minyak akan terjejas jugak

    1. admin says:

      Harga barangan import dan barang2 lain pun (sebelum gst) akan naik…
      Thanks Sal πŸ™‚

  8. Hero Borneo says:

    mari kita bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan..

    1. admin says:

      Sememangnya harus bersedia..sebab dah tak tau nak agak apa yang akan terjadi sebab boleh jadi apa saja..Mak pening..huhu πŸ™‚

  9. Semoga segera naik dan stabil lagi yaa…

    1. admin says:

      In shaa Allah. aamiin. Semoga akan menjadi stabil.
      Terima kasih Mr Akhmad Muhaimin πŸ™‚

  10. nohas says:

    kita rakyat marhaen cuma tangan2 kecil yg menggerakkan ekonomi domestik, international level is beyond our capabilities…huhu..foreign debt, international reserve, exchange rate..hanya boleh dgr saja..

    1. admin says:

      Betul tu..tapi sedih jugak bila tengok harga barangan import dah semakin naik. Tu belum gst lagi. Aduhai.
      Thanks Nohas πŸ™‚

  11. Jari Manis says:

    nilai RM jatuh …prob kepada kaki travel seperti JM…perlu lebihkan duit jika nk travel huhhu

    1. admin says:

      Jom menabung..In shaa allah boleh lagi kalau nak gi jenjalan..
      Harapnya keadaan semakin pulih.
      Thanks JM πŸ™‚

  12. Deanna Morni says:

    nilai RM makin jatuh skg ni….huhuuh

    1. admin says:

      Tu lah..hari tu ingat hujan aje yang turun kat Mesia ni..hihi
      Thanks Deanna πŸ™‚

  13. Cikna says:

    Dan hari ni turun lg dh ke angka 4, bersedia utk b'depan dgn kegawatan ekonomi menyimpanla dr skunk….'

    1. admin says:

      Macam tu lah nampak gaya nya..
      Tak boleh nak pakai barangan import ler….huhu
      Thanks Cikna πŸ™‚

    1. admin says:

      Hampir2 gawat…nak buat macam mana…huhu
      Thanks Wak πŸ™‚

  14. sy rs kan, brg tempatan pun naik harga…

    1. admin says:

      Semua orang nak ambik kesempatan….mencik!

Leave a Reply

Related Post