Uncategorized

Nafas Baru

Assalamualaikum.

Sewaktu mencari cari pakaian untuk ke majlis ‘open house’ sahabat saya, ternampak pulak baju yang dah agak lama terbiar sepi.
Rasa teringin nak buat ‘enhancement’ kat baju tu. Sebenarnya, bukan apa pun, cuma tambah (border) lace kat lengan aje. Cari punya cari, inilah ‘material’ yang harganya paling berpatutan sekali dalam sebuah kedai menjual lace di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR).
Dan inilah juga hasilnya….Dalam erti kata lain, ‘selamat’ duit Mak Ngah. Tak perlu sibuk-sibuk nak pergi beli baju baru…hoho

Sebab fenomena seperti ini jarang-jarang berlaku, saja nak tepek gambar kat sini sebagai kenangan.  
Walaupun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, best jugak sebenarnya buat benda ni. 
Selain daripada baju nampak lain siket kerana diberi nafas baru (eceh…hihi), dapat juga jimatkan belanja.
Lagipun, memang tidak seharusnya kita membazir, terutamanya sewaktu semua harga barang naik..:(
Jadi, mana-mana baju yang masih elok dan boleh lagi dipakai, gunakan sajalah sebagai langkah berjimat. Tak gitu?
Sekian. Wassalam

22 thoughts on “Nafas Baru”

    1. Boleh bergaya sambil berjimat πŸ™‚
      Di sini hampir semua barang kos nya meningkat selepas adanya gst (tax)..
      Thanks Mang Lembu πŸ™‚

  1. CM mmg dah biasa recycle sbb badan tak naik , baju 20 thn lepas pun masih simpan sbb masih blh pakai cuma cari kedai lace x jumpa lagi . rupanya ada kat TAR ya …

    1. Untungnya…maintain.
      Saya beli kat kedai Osman, Jalan Tar. Kalau kat Gulatis dan Jakel pun ada, tapi harganya pun sesuai dengan batu yang bergemerlapan πŸ™‚
      Thanks CM

  2. Bagusnya, warna pita bordir hitam cocok sekali dengan warna bajunya.
    Pandai pula menjahitnya dengan jarum tangan supaya nampak rapi dan menyatu-padu.
    Kreatif nih, buat tampilan baru pada baju yang ada.

    1. Saya belum berapa pandai menjahit Mba Nove, hanya tahu sedikt-sedikt sahaja.
      Jahit tangan sebab di rumah belum ada mesin jahit πŸ™‚
      Thanks Mba Nove.

Leave a Reply