Sewing Diary

Mesin Jahit

Alhamdulillah…Setelah beberapa ketika membuat tabungan, akhirnya si dia idaman kalbu yang berwarna kelabu ini selamat tiba di rumah.

Mesin jahit mudah alih ini mempunyai 32 corak jahitan, jahitan lubang butang 1 langkah, pemasukan benang automatik, lampu LED dan beberapa perkara lain. Memang agak user friendly untuk saya yang baru nak belajar jahit lurus ni.
Nak tulis lebih-lebih pun, saya bukannya pandai sangat pasal mesin jahit. Lagipun entri kali ini tidak ditaja oleh SINGER…hahaha πŸ™‚

Jadi, weekend lepas memang busy siket. Mana nak belek-belek mesin jahit, nak baca manual dia, nak berangan angan nak jahit apa, nak tengok you tube pasal cara buat beg, nak pergi kedai membeli peralatan jahitan dan pergi open house yang masih berbaki…ehhh

Dan akhirnya terhasilah…

Walaupun potongan dan jahitanya masib tidak sempurna, tapi dalam hati tetap berbunga-bunga dan hidung pun kembang kempis bila anak-anak memuji..”Cantiknya beg yang Mama buat”…hihi..
“Mak siapa???”
“Mak saya”…(teringat kat dialog satu cerita kartun kegemaran anak-anak. πŸ˜€ )
Yang part kualiti jahitan dan yang sewaktu dengannya tu, nanti mama dia boleh develop skill pelan-pelan. In shaa Allah, masih ada masa lagi nak belajar dan terus belajar….. Tak gitew Mak Jah, Kak Leha dan Long Senah…haha

Ok. Sekian saja untuk cerita kali ni.

Wassalam.

36 thoughts on “Mesin Jahit”

    1. Baru dapat memang semangat berkobar-kobar.
      Tengok dulu momentumnya lagi 3 atau 4 bulan. Harap masih maintain..hihi
      Thanks Anies πŸ™‚

  1. Bestnya, saya pun teringin nak ada mesin jahit sendiri… hahhaha padahal tak reti menjahit pun… cuma bila tgk tutorial jahitan berkobar2 pulak semangat nak menjahit tu…

    1. Mesin baru…semangat pun berkobar kobar..
      Harap semangat tu maintain dan mesin tu x jadi alat perhiasan…hihi
      Thabks CM πŸ™‚

    1. Alhamdulillah..tercapai hajat nak beli mesin jahit. Cuma perlu practise and belajar lagi supaya hasilnya lebih memuaskan.
      Thanks HB πŸ™‚

    1. Saya tak begitu pandai menjahit sebenarnya..dulu2 masa arwah mak ajar, tak nak belajar betul2..
      Dah tua2 ni barulah nak belajar2 balik…hihi
      Thanks LZ πŸ™‚

    1. Thanks…kalau dapat jahit sendiri dan family, kira banyak jugak dpt jimat. Esp kalau time raya…in shaa Allah. Baru nak belajar2 ni..
      Thanks Nohas πŸ™‚

Leave a Reply