Menjelang Peperiksaan UPSR




Assalamualaikum

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pelajar darjah 6,  hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
Kalau bercakap tentang peperiksaan, kadang-kadang tu, mama dia yang stress lebih-lebih. Cuma sedaya upaya saya tidak mahu menunjukkan emosi tu depan anak πŸ™

Saya tahu dan anak saya juga tahu yang dia membawa harapan ibu bapanya, guru-gurunya dan sekolahnya. Dan saya juga pasti yang dia sudah berusaha untuk belajar sedaya upaya dan semampunya. Hanya di saat-saat akhir ini, tumpuan harus diberikan pada latih-tubi untuk semua subjek, mengawal emosi supaya tidak ‘pressure’ dan berdoa sebanyak mungkin.

Saya pernah terbaca tentang tip-tips menjelang peperiksaan tulisan Dr Tengku Asmadi, seorang perunding motivasi terkenal. Berikut adalah tips-tips yang dikongsi, (saya telah ringkaskan) yang saya rasa amat berguna untuk saya serta ibu bapa yang lain:

  • Cubalah memahami tekanan yang dihadapi oleh anak. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, anak kita pastinya tahu bahawa mereka membawa harapan keluarga. Cuma jangan biarkan hingga mereka rasa tertekan di saat-saat akhir ini. Katakan pada mereka bahawa apa yang kita harapkan dari mereka adalah melakukan apa yang terbaik mengikut kemampuan mereka. Berusaha dan berdoalah selagi boleh. Rezeki kita Allah yang Maha Menentukan
  • Tingkatkan keyakinan diri anak. Keyakinan datangnya dari persediaan. Semakin banyak persediaan dibuat, in shaa Allah, mereka semakin yakin untuk menghadapi peperiksaan. Buatlah latihan selagi mampu.
  • Memberikan semangat kepada anak dengan kata-kata positif. Sebutlah “Mama yakin, Abang’Kakak/Adik pasti boleh” dan bukannya “Jangan putus asa”. Atau, “Bertenang dan berhati-hatilah bila menjawab pepriksaan” dan bukannya “Jangan gopoh atau jawab tergesa-gesa”
  • Kerjasama sepenuhnya. Hormati waktu ulangkaji anak. Mungkin ahli keluarga boleh sama-sama membaca bahan-bahan yang berfaedah daripada bersembang-sembang kosong, menonton tv atau bermain game. Dengan ini anak akan rasa ‘perjuangan’ mereka dihargai.
  • Kurangkan aktiviti luar. Mungkin dalam masa terdekat ini boleh ubah sedikit jadual kebiasaan daripada keluar membeli belah dan menonton wayang kepada duduk saja di rumah dan manafaakan masa untuk mengulang kaji pelajaran.
  • Elakkan anak dari tidur lewat. Jangan biarkan anak tidur lewat. Galakkan mereka untuk membuat ulangkaji pelajaran di awal pagi. Di waktu ini suasananya lebih tenang dan nyaman.
  • Berikan anak pelepasan tugas harian. Berikan mereka ‘pelepasan’ dari rutin harian seperti mengemas bilik, menjaga adik dan sebagainya. Dengan cara ini, pastinya anak kita merasakan bahawa seluruh ahli keluarga mahukan dia cemerlang.
  • Nyatakan ganjaran dengan jelas. Beritahu anak tentang ganjaran yang akan diberikan jika mereka berjaya dengan cemerlang. Moga-moga ini akan membakar semangat mereka untuk terus berusaha.
  • Ambil cuti. Inilah masanya untuk kita memberikan sepenuh tumpuan pada anak. Usahakan untuk menghantar dan mengambil sendiri anak di sekolah terutamanya di hari peperiksaan. Ingatkan kepada anak, ini adalah usaha kita dan apa pun keputusannya nanti, kita harus terima dengan rasa bersyukur.
  • Banyakkan berdoa dan bersolat hajat. Tidak ada yang lebih penting bagi seseorang anak yang mengambil peperiksaan selain dari doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Inilah masanya untuk terus berdoa dan moga segala urusan anak-anak kita menjawab soalan peperiksaan akan dipermudahkan.
Semoga anak-anak kita yang mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini kan diberikan keputusan cemerlang. In shaa Allah…Aamiin.
Doa penerang hati:
Rujukan utama : Artikel,10 peranan ibubapa menjelang peperiksaan (www. tengkuasmadi.com)
Gambar: Google

34 thought on “Menjelang Peperiksaan UPSR”

  1. paridah says:

    insyaAllah ada usaha pasti jaya kak doakan…mamanya rajin2lah baca yasin n hadiahkan pada anak yg sdg exam..

    1. admin says:

      In shaa Allah. Akan dilakukan dan terus berdoa.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  2. Hero Borneo says:

    anak sulung saya akan menghadapi ujian UPSR tahun ini..

    1. admin says:

      Anak sulung saya juga. Moga semuanya berjaya mendapat keputusan yg cemerlang. Aamiin
      Thanks HB πŸ™‚

  3. anak menakan sy bakal menduduki upsr jg thn ni…rs nyer mama dia mmg cuti laa tuuu (busy memanjang)

    1. admin says:

      Tu lah…busy tak busy..kena cuti jugak. Nak bagi moral suppprt..
      Thanks Anies πŸ™‚

  4. Jika anak merasa yakin
    Belajar rajin
    Nilai bagus sudah menjamin
    Karena doa ibu bapak sebening angin…

    1. admin says:

      In shaa Allah.
      Moga semyanya dipermudahkan. Aamiin.
      Thanks Mba Ayu πŸ™‚

  5. Farah Diana says:

    semoga dipermudahkan segalanya.. πŸ™‚

    mak ayah saya.. tiap kali anak2 exam mesti diorang berpuasa sunat.. πŸ™‚

    1. admin says:

      Aamiin. Moga diterangkan hati dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
      Thanks Diana πŸ™‚

  6. Dunia Zumal says:

    Moga anak2 yang bakal menduduki exam nie dipermudahkan segalanya…

    1. admin says:

      Aamiin…aamiin..terima kasih atas doanya.
      Thanks Zumal πŸ™‚

  7. Semoga calon exam UPSR dipermudahkan untuk menjawab exam… Berdoa selalu untuk kejayaan mereka.. aamiin πŸ™‚

    1. admin says:

      Aamiin. Terima kasih atas kunjungan & doanya πŸ™‚

    2. admin says:

      Aamiin. Terima kasih atas kunjungan & doanya πŸ™‚

  8. melani says:

    makasih tipsnya gan

    1. admin says:

      Sama-sama πŸ™‚

  9. Tips dan doa yang penting sekali itu. Makasih banyak nggih πŸ™‚

    1. admin says:

      Sama -sama.
      Terima kasih juga atas kunjungan πŸ™‚

  10. nove hasanah says:

    Bagus sekali tipsnya, sebagai seorang guru saya yakin jika tips-tips ini dilaksanakan dengan baik maka anak-anak akan dapat mencapai prestasi sesuai potensi mereka masing-masing. Great blog entry, Mbak.

    1. admin says:

      Terima kasih Maba Nove. Moga anak-anak ini dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.
      Thanks Mba Nove πŸ™‚

  11. semoga lancar ujian nya ya mba πŸ™‚

    1. admin says:

      Aamiin. Thanks Ipah πŸ™‚

  12. Deanna Morni says:

    semoga dipermudahkan urusannya yerr πŸ™‚

    1. admin says:

      Aamiin. Thanks Deanna πŸ™‚

  13. Qaseh Vee says:

    semoga ibu dan anak yang akan melalauinya dipermudahkan segala urusannya …

    1. admin says:

      Aamiin..aamiin Ya Rabbal'alamin
      Thanks Vee πŸ™‚

  14. adik sy UPSR tahun ni~~

    1. admin says:

      Sama -sama kita doakan semoga mereka memdapat keputusan yang cemerlang.
      Thanks Diyana πŸ™‚

  15. Khir Khalid says:

    Semoga dipermudahkan dan berjaya menduduki upsr dgn cemerlang… aamiin.

    Maaf lama tak berkesempatan singgah.. kurang berblog lately huhu.. πŸ˜€

    1. admin says:

      Saya pun dah lama tak singgah ke blog Khir πŸ™
      Sorry.
      Aamiin…thanks doannya. Semoga anak saya dan pelajar2 yg mengambil peperikssan ini memdapat keputusan yg cemerlang.

  16. nohas says:

    berusaha..yg selebihnya berdoa dan bertawakkal kpd Allah..

    1. admin says:

      In shaa Allah. Akan diusahakan…
      Thanks Nohas πŸ™‚

  17. Jari Manis says:

    betul…si mama lebih seteres dari anak….ehh…cam lah JM ada pengalaman kan hihih

Leave a Reply

Related Post