Uncategorized

Maaf, saya tersilap

 

Melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.

 

Pernah atau biasa mengalaminya?
Saya mengalaminya baru baru ini. Betul betul tak sengaja. Tak berniat langsung.

 

Bila kesilapan dah berlaku, saya terfikir kembali, malah terfikir berulang
ulang kali…macam mana boleh berlaku? Kenapa saya tidak lebih berhati hati
supaya kesilapan itu tidak berlaku?…
Kalau nak cerita mengenai perasaan masa tu, macam-macam pun ada. Kesal,
bersalah, malu…aduhai. Tapi apakan daya, masa yang berlalu tidak boleh ditarik
kembali dan apa yang boleh dibuat hanyalah minta maaf dan teruskan kehidupan
seperti biasa.

 

Berbicara mengenai maaf, apakah cara yang terbaik untuk melakukannya?
Sesetengah orang berpendapat, meminta maaf haruslah juga di sertakan
dengan mengaku kesilapan yang telah dilakukan dan mencari jalan untuk membetulkan
keadaan supaya kesilapan tersebut tidak berulang lagi.
Benarkah begitu???
Saya tak pasti, tapi saya harap, itulah cara yang terbaik.

 

Sekian. Wassalam.

1 thought on “Maaf, saya tersilap”

Leave a Reply