Cerita

Kuning Bukan Kerana BERSIH

Entri ini tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan diadakan di Kuala Lumpur.

Saya hanya ingin kongsikan resipi ikan patin tempoyak yang selalu menjadi hidangan kalau balik kampung. Saja nak tepek resipi kat sini sebagai rujukan. Lagipun ni resipi warisan turun temurun πŸ™‚

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan patin (sederhana besar. Anggaran berat dalam 900gm – 1kg)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ke 4 sudu tempoyak
  • Segenggam daun kesum
  • 10 biji cili padi (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  • 1 asam keping
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata.
  • Masukkan air dan kesemua bahan yang digaul rata tadi ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana.
  • Masukkan ikan. Biar sampai menggelegak. Masukkan daun kesum.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tunggu hingga kuah pekat (mengikut cita rasa masing-masing)
Sekian. Selamat mencuba.

31 thoughts on “Kuning Bukan Kerana BERSIH”

  1. Ikan patin ni mmg sedap, tetapi kekadang ada rasa mcm hanyir sikit dan hanya beberapa kedai yg sy pilih yg mmg tidak mempunyai rasa tersebut. Nak masak ikan ni x berapa reti

    1. Nak basuh ikan air tawar ni memang leceh siket. Selalunya cuci bersih2 especially part kepala. Lepas tu basuh dengan air asam limau…
      Thanks Ummiseri πŸ™‚

    1. Aamiin…moga negara kita terus aman makmur.

      Mula2 dulu tekak jawa saya ni pun tak berapa nak terima…lama2 dah ok..:)
      Thanks Wak πŸ™‚

  2. Wowww sedapnya patin tempoyak FS….. kalau okje suka buh kuah banjir, last sekali hirup kuah. Pergh….nikmat sungguh….

    Tak payah kasi bawang yeh FS….

    1. Kena letak kuah banyak baru best. Kuah pulak kena pekat siket…hihi
      Tak payah bawang..cuma tumbuk cili & kunyit + gaul dgn tempoyak.
      Thanks Okje πŸ™‚

  3. Of course, your article is good enough, majorsite but I thought it would be much better to see professional photos and videos together. There are articles and photos on these topics on my homepage, so please visit and share your opinions.

Leave a Reply