Kenapa Perempuan Suka Warna Pink?




Assalamualaikum

Kenapa perempuan suka WARNA PINK?
Cuba akak-akak, adik manis, mak cik-mak cik sekelian tengok almari pakaian masing-masing.
Kalau tak banyak, mesti ada sekurang-kurangnya sehelai baju warna pink. Kalau bukan baju, mungkin tudung, selendang, kasut/sepatu atau handbag warna pink.

Warna pink memang sangat sinonim dengan perempuan. Cuba perhatikan. Semenjak baru lahir lagi, kalau baby girl, mesti baju, tuala, sarung bantal, selimut dan aksesorinya (kebanyakannya lah) warna pink.

Pink atau warna merah jambu melambangkan kelembutan, sifat feminin, romantis dan mungkin juga hati yang berbunga-bunga.

Pernah juga terbaca satu kajian dari Dr Anya Hulbert dari University of Newcastle yang menyatakan bahawa secara semula jadi, seseorang perempuan akan memilih warna-warna yang hampir kepada warna merah. Boleh jadi kerana peranan kaum perempuan sejak dahulu adalah untuk memilih bahan makanan untuk keluarga dan selalunya akan memilih bahan atau buah-buahan yang sudah masak (dilambangkan sebagai warna kemerahan).

Tapi awas, warna pink ni ada banyak juga jenis dan adik beradiknya. Tak percaya? Cuba tengok…

Pesanan untuk abang-abang dan pak cik-pak cik. Kalaulah si dia nak hadiah warna pink, kena tanya betul-betul. Nak pink yang macam mana. Jangan pakai hentam kromo aje. Tersalah beli kalu…rugi ooo

Saya pulak, layan juga warna pink ni. Kalau tak nanti…orang kata bersifat ‘kejantanan’ pulak…hahaha πŸ˜€

Tapi kalau ditanya warna kegemaran, saya lebih suka warna purple dan hijau.

Anda pulak bagaimana. Suka tak WARNA PINK?…….

Gambar: Google






31 thought on “Kenapa Perempuan Suka Warna Pink?”

  1. Suka sangat. Rasa kalau takde pink tak cukup ceria. Hehe

    Btw kalau nk order Shaklee saya boleh hantarkn ke mana2 yg fida nk di area bangi inshaAllah. Whatsapp saya k 012-2295680

    1. admin says:

      Pink = perempuan. Sinonim… πŸ™‚

      In shaa Allah..kalau apa2 nanti sy pm. Thanks Nadiah πŸ™‚

  2. Hero Borneo says:

    saya tak kisah warna apa..janji jangan warna pink..sebab kalau lelaki pilih warna pink macam pelik la pulak

    1. admin says:

      Sekali sekali nampak 'jambu'…tak salah Bro…haha πŸ˜€
      Thanks HB

  3. paridah says:

    suka juga pink tapi lbh suka ungu n coklat keperangan…hijau pucuk pisang juga…

    1. admin says:

      Hijau pucuk pisang, kalau kena gayanya..memang nampak exclusive.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  4. Puan Wawa says:

    Wawa suka pink juga, sebab melambangkan kelembutan sebagai seorang wanita..

    1. admin says:

      Pink menampakkan kelembutan. Memang sesuai untuk wanita.
      Thanks Puan Wawa πŸ™‚

  5. kalu pink retro sy suka hahaah

    1. admin says:

      Pwweeeeeettttt πŸ˜€
      Thanks Anies πŸ™‚

  6. raihanah says:

    saya suka purple dan pink. now ni macam suka oren pulak

    1. admin says:

      Oren pun comey..nampak ceria aje
      Thanks Raihanah πŸ™‚

  7. Wida Zee says:

    Warna pink menunjukkan perempuan, dan saya juga termasuk perempuan yang suka dengan warna pink tapi tidak begitu suka-suka banget πŸ˜€

    1. admin says:

      Saya juga suka pink dan ada baju warna pink. Cuma lebih sukakan purple dan hijau.
      Thanks Zee πŸ™‚

  8. pink tu labang perempuan . tapi la ni ada gak lelaki yg minat pink … hehehee

    1. admin says:

      Ada juga budak-budak gen Y kat tempat kerja saya yang pakai baju kaler pink. Metro sexual katanya…hoho
      Thanks Vee πŸ™‚

  9. afiqah says:

    Saya suka warna purple, biru..pink kurang sikit.hihi..to ada jgk baju pink.hehe

    1. admin says:

      Purple still the best..hihi
      Thanks Afiqah πŸ™‚

  10. Dunia Zumal says:

    Kalau zumal suka pink camne???

    1. admin says:

      Rupanya ada taman bunga di sitew… πŸ˜€
      Thanks Zumal πŸ™‚

  11. nove hasanah says:

    Ada banyak variasi warna pink ternyata ya, dan semuanya bernada lembut sehingga disukai perempuan.

    1. admin says:

      Warna2 pastel dan yang sewaktu dengannya.
      Thanks Mba Nove πŸ™‚

  12. Deanna Morni says:

    sy suka biru dan hijau heeheheh

    1. admin says:

      Warna langit dan rumput dibumi πŸ™‚
      Thanks Deanna πŸ™‚

  13. hainom OKje says:

    Yelahkan okje pun suka gak warna pink ni….nampak sweet gitu hihi….. Paling tak suka warna biru….

    Sebenarnya okje suka warna hitam, warna coklat…..warna org tua ek hihi…. dah banyak pulak warna yg dia suka…

    1. admin says:

      Hitam itu menawan…tak gitew πŸ™‚
      Coklat pulak sama macam warna mata kita semua kaler hazel ni kan..kan.. πŸ˜€
      Thanks Okje πŸ™‚

  14. Khir Khalid says:

    Suka klu wanita pakai baju pink.. eh.. πŸ˜€

    1. Jari Manis says:

      JM lah tu sbb JM suka warna pink ahahaha

  15. nohas says:

    warna pink membangkitkan perasaan yg ceria…suka tengok karton 'pink panther'..

  16. terimakasih banyak, sangat menarik sekali…

  17. Jari Manis says:

    me!!me! me! nampak x angkat tangan tinggi2 nih…i'm very fanatik with pink!!! bukan satu tetapi byk baju warna pink dalam almari tu….bila berbaju pink rasa diri ni sweet sangat hihihihihhi

Leave a Reply

Related Post