Kenali Diri Melalui Rambut




Assalamualaikum

Menurut pakar, rambut juga memainkan peranan dalam menentukan personaliti seseorang.

Rambut Lurus 
Orang yang berambut lurus biasanya seorang yang bijak dan ceria serta pandai bergaya. Walaupun mempunyai sifat cemburu, si rambut lurus adalah seorang yang pandai menguruskan sesuatu tanpa pertolongan. 

Rambut kerinting tebal 
Tidak pandai menangani masalah dan kuat cemburu. Namun begitu si rambut kerinting tebal adalah seorang yang romantik dan mempunyai hati berbunga-bunga (dalam hati ada taman). Juga sangat peramah dan mudah untuk didekati. Golongan ini adalah golongan yang tidak suka bermenung dan membuang masa. Tapi awas, selalunya seorang yang degil dan cakapnya saja yang betul πŸ™

Rambut kerinting (ala negro)
Sekali pandang, cute jugak…especially kalau baby girl. Orang yang memiliki rambut jenis ini adalah seorang yang bijak. Namun ada juga beberapa sikap negatif yang tidak begitu disenangi seperti ego, cemburu,  pemilih dan panas baran terutama jika gagal selesaikan masalah

Rambut ikal mayang 
Anda adalah seorang yang bijak dan sentiasa berfikir secara mendalam sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, pandai bergaul dan mudah memaafkan seseorang. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa si rambut ikal mayang mengurai adalah seorang yang comel dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Rambut halus dan lembut 
Dikatakan termasuk dalam golongan genius. Namun begitu, anda juga adalah seorang yang pemilih dan cerewet. Walaupun hatinya baik, golongan ini tidak begitu perihatin dalam menjaga hati pasangan. Antara sikap positif si rambut halus adalah pemaaf, manja dan akan melakukan segala pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Rambut sedikit (Rambut sedikit yang asli, bukan kerana masalah keguguran rambut yang nyata)
Termasuk dalam golongan yang bijak pandai, tetapi selalu berfikiran negatif pada seseorang. Walaupun tidak begitu disenangi kerana egonya yang tinggi, golongan ini amat pandai dalam bidang perniagaan. Kalau termasuk dalam golongan orang kaya, si rambut sedikit pasti akan disukai juga kan :O

Rambut perang (Kalau perang sebab pergi kaler rambut, tidak dikira πŸ™‚ )
Seorang yang dikatakan kurang bijak. Namun ada yang berpendapat bahawa golongan ini sentiasa berfikiran terbuka, pemaaf, cantik serta bijak bersosial. Teringat saya pada cerita Legally Blonde.
Rambut tebal
Golongan yang beruntung kerana tak perlu berbelanja untuk membuat rawatan lebatkan rambut..huhu. Si rambut tebal dikatakan sebagai seorang yang bijak. Namun begitu mereka ini selalunya degil dan cemburu. Tapi jangan bimbang jika pasangan anda termasuk dalam golongan ini kerana mereka sangat romantik dan pandai mengambil hati.
Rambut Kusut
Walaupun rambutnya kusut, golongan ini sangat pandai, berfikiran terbuka, pandai bergaul serta bijak menguruskan sesuatu tanpa bantuan. Tapi, golongan ini terkenal sebagai seorang yang garang dan susah untuk memaafkan seseorang. 
Rambut Palsu
Pendusta, pembohong, suka menabur janji-janji palsu. Jadi, berhati-hatilah jika berkawan dengan golongan ini. Walaupun dianggap sebagai seorang yang kreatif, orang yang menggunakan rambut palsu selalunya adalah seseorang yang takut pada kenyataan. 
Tiada rambut @ Botak
Kalau masih dipandang cute, memang cute lah orang tersebut walau tanpa rambut.. Senang dipandang terutama di waktu malam kerana adanya efek pantulan cahaya…hoho…jangan marah arrr πŸ™‚
Sekian. Hanya sekadar suka-suka. Tak pasti betul atau tidak…huhu
Wassalam.
Sumber: pelbagai
Gambar : Google

41 thought on “Kenali Diri Melalui Rambut”

  1. nak rambut lurus lah…hihi

    1. admin says:

      Hai Lin..lama tak dengar cerita. Jom gi rebonding..hihi
      Thanks πŸ™‚

  2. Wida Zee says:

    Tipe rambutku lurus, halus dan lembut miss fidah. Dan memang aku orangnya cenderung manja serta kalau bekerja sangat giat dan bersungguh-sungguh =d/

    1. admin says:

      Cantik rambutnya tu Zee…
      Moga sentiasa bekerja bersungguh-sungguh & suksess ya.
      Thanks Zee πŸ™‚

  3. nohas says:

    tiada rambut @ botak..penjimat orangnya, takyah beli sampoo, beli sikat, beli minyak rambut, tak yah gi barber..hehe.. dan jg ringkas orangnya..tak yah fikir style rambut..nak belah tengah ke, beli tepi ke…hihi..

    1. admin says:

      Haha….good tips untuk cara lebih jimat dan senang kira. Nak bersiap gi mana2 pun senang πŸ˜€
      Thanks Nohas

  4. Ainnul Yaqin says:

    kebetulan rambut saya tebak mbak fidah hehe tetapi saya gak cemburuan koo sungguh wkwkwk #nutupin aib :v :v

    1. admin says:

      Apa benar orangnya tidak cemburu?…harus di confirm sama pacarnya ni..hihi
      Thanks Mr Ainul πŸ™‚

  5. hanibi abna says:

    Ranbut saya lurus dan tebal mas, hehehe… dan tak pernah mengenal yg namanya sisir dan minyak rambut habis mandi.. alhamdulillah item

    1. admin says:

      Boleh dikongsi penjagaan rambutnya..cara ringkas untuk jaga rambut supaya kekal tebal dan sihat πŸ™‚
      Thanks Mr Hanibi Abna πŸ™‚

  6. paridah says:

    WAH MENILIK PERIBADI MELALUI RAMBUT PULAK…MRK YG BERAMBUT KERITING HALUS LAMBAT BERUBAN WALAU USIANYA DH 70-AN..

    1. admin says:

      Wah..mesti rambutnya kekal hitam cantik..
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  7. Dunia Zumal says:

    Fakta ka auta nie Fidah? Hehe ^-^

    1. admin says:

      Hihi…saya refer kat beberapa artikel. Agak konsisten juga infonya..Tapi tak sure betul ke tidak. Buat suka2 je.. πŸ˜€
      Thanks Zumal πŸ™‚

  8. Qaseh Vee says:

    mcm2 jenis rambut ada …

    1. admin says:

      Macam macam ada…
      Thanks Vee πŸ™‚

  9. Betul tu macam2 jenis rambut ada…bunda jenis yang pertama tu kot..

    1. admin says:

      Kalau dibelek betul2, macam macam jenis rambut pun ada…
      Wah..independent orangnya
      Thanks Bunda πŸ™‚

  10. SalbiahM says:

    saya rambut tebal..n kebetulan banyak persamaan

    1. admin says:

      Betul juga agaknya research tu…memang guna banyak sampel kot
      Thanks Sal πŸ™‚

  11. rambut saya tebal mba fidah hehehehe

    1. admin says:

      Romantik ya Miss Ipah..:)
      Thanks

    1. admin says:

      Kasihan banget kan.. πŸ™
      Thanks

  12. jamkho says:

    rambut gundul tengah gimana tuh

    1. admin says:

      Pantulan cahayanya jadi kurang πŸ˜€
      Thanks

  13. salam Syawal Fidah.. lama tak menjenguk sini..
    jenis2 rambut pun pelbagai kan.. kamii kategori rambut ikal kot… hehe

    1. admin says:

      Salam Syawal Atie..apa khabar? Lama menyepi.
      Wah..si ikal mayang mengurai
      Thanks Atie πŸ™‚

  14. ani says:

    ha ha yang suka pakai rambut palsu kasian πŸ™‚ cintanya palsu

    1. admin says:

      Jadinya….jangan mudah terpedaya pada cinta palsu.
      Thanks Ani πŸ™‚

  15. Salam ziarah Fidah Shah..

    Rambut pun boleh baca personality kita? Hurrrmmmmm so skrg saya tahu apa personality saya..

    1. admin says:

      Hanya sebagai panduan.tak sure tahap kebenarannya πŸ˜€
      Thanks LZ :).

  16. nove hasanah says:

    wah…asyik nih
    rambut saya lurus… berarti… πŸ™‚
    Ini kan cuma buat main-main saja ya Mbak, bukan sungguhan…
    Tapi, agak-agak kena juga sih..
    Loh!?!?!!!

    1. admin says:

      Haha..yang mana tu Mba Nove πŸ˜€
      Terima kasih kunjungannya.

  17. Jari Manis says:

    mcm ada betul nya lah

    1. admin says:

      Harapnya macam tu lah…
      Boleh buat rujukan..hihi
      Thanks JM πŸ™‚

  18. Deanna Morni says:

    waaa….sy xtau sy bwh kategori mn hihihi

    1. admin says:

      Jom gi rebonding…nanti boleh masuk kategori rambut lurus πŸ˜€
      Thanks Deanna πŸ™‚

  19. Aniey Yusoff says:

    Masa kecik2 dulu rambut kerinting sikit bila dah besar jadi ikal mayang pulak hihi..

  20. hahahah sy nak perasan sket boleh x? sbb betul tu hahahaha

Leave a Reply

Related Post