Uncategorized

Jiwa Yang Merdeka

Assalamualaikum

Jiwa yang merdeka bermaksud jiwa yang bebas.
Bebas seperti burung yang terbang kah?
Atau bebas bertaburan seperti bintang dilangit?
Hohoho…tak tau pulak saya…:)

Pada pendapat saya, memiliki jiwa yang merdeka bermaksud mempunyai ketenangan hati, jiwa dan minda serta dapat menjalani kehidupan yang bahagia bersama insan-insan tersayang.
Seseorang yang mempunyai jiwa yang merdeka juga mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja serta bebas untuk menyuarakan pendapat serta idea-idea tanpa ada halangan.

Seseorang yang mempunyai jiwa yang merdeka seharusnya boleh  memimpin dirinya, memimpin keluarganya, memimpin masyarakat serta bangsanya.

Tapi, harus juga diingat, walau bagaimana bebas atau merdeka sekalipun, kehidupan kita masih dibatasi oleh kewajipan terhadap Maha Pencipta, hak sesama manusia serta peraturan-peraturan tertentu yang dibina demi menjaga keamanan supaya setiap orang tidak boleh bertindak sesuka hatinya mengikut ‘hukum rimba’.

Bagaimana pula maksud ‘jiwa yang merdeka’ bagi anda?

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

38 thoughts on “Jiwa Yang Merdeka”

  1. SALAM JUMAAT FIDAH.
    MERDEKA TAK BERERTI BEBAS TANPA BATASAN…
    NAMUN MERDEKA AMAT BERMAKNA DALAM ERTIKATA SEBENARNYA SBG ALLAH YG TAAT …

    1. Kita 'hamba' yang merdeka….
      Walau bebas macam mana sekalipun, harus ikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  2. Adoiiii ni soklan akademik FS oiii…..Malas kita nak pikir dah ptg ptg cenggini tau….hihi….
    Emmm…setuju gak ngan pandangan awak tu, bebas tanpa ada halangan tp masih terbatas dengan batasan Agama

    1. Ya, semoga kita mensyukuri dan menghargai apa yang kita ada.
      Merdeka jiwa, merdeka bangsa dan merdeka negara.
      Thanks Zumal πŸ™‚

Leave a Reply