Erti Merdeka (Dari Perspektif Kewangan)




Assalamualaikum

Merdeka bermaksud bebas dari penjajahan. Tapi, bagaimana pula dengan merdeka dari segi kewangan atau financial independence?
Sebenarnya ia membawa pelbagai maksud yang mungkin juga berbeza bagi setiap individu.

  • Tidak Bimbang Tentang Kekurangan Wang. Kalau orang di kampug saya orang menyebutnya sebagai “money is not my problem”… πŸ™‚ Jadi, orang yang merdeka dari sudut kewangan tidak perlu bimbang jika ingin berbelanja sebanyak mana yang dia perlu dan mahu.
  • Hidup Bebas Hutang. Sesetengah orang berkeja untuk membayar hutang. Untuk membeli sesuatu juga harus berhutang. Sedihkan…..Jadi, orang yang merdeka dari sudut kewangan, hidupnya tenang dan tidak dibelenggu hutang. Malahan semuanya boleh dibeli secara tunai dengan rasa senang hati.
  • Mampu Untuk Bersara Awal. Adalah menjadi impian kebanyakan orang untuk bersara atau pencen awal dan setelah itu boleh duduk goyang kaki bersenang lenang. Apa yang dimaksudkan dengan merdeka dari sudut kewangan di sini adalah seseorang itu boleh bersara awal tanpa rasa ragu tentang kos sara hidupnya selepas itu, malahan boleh melakukan segala aktiviti yang tidak dapat, tidak sempat atau tidak mampu dilakukan ketika bekerja.
  • Bebas Untuk Bertukar Kerja. Seseorang yang merdeka dari sudut kewangan juga bebas untuk bertukar kerja atau profession. Jenis atau apakah pekerjaannya tidak bergantung pada jumlah gaji yang diterima tetapi lebih kepada faktor minat atau bentuk pencapaian yang ditentukan sendiri. Contohnya anda boleh membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membuka perniagaan (mengikut bidang yang anda minat) tanpa rasa bimbang tentang masalah duit.
  • Boleh Merealisasikan Segala Impian Anda. Semenjak kecil pasti kita mempunyai impian masing-masing. Merdeka dari sudut kewangan juga bermaksud anda mampu untuk merealisasikan impian anda tanpa perlu rasa bimbang tentang masalah kewangan. Contohnya mempunyai rumah sebesar istana, pergi melancong keliling dunia atau membeli sebuah pulau di kawasan impian anda. Best kan…. πŸ™‚
Apa pula erti ‘merdeka dari sudut kewangan’ bagi anda???
Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : Artikel – Financial Independence (Save Money Magazine).

40 thought on “Erti Merdeka (Dari Perspektif Kewangan)”

  1. paridah says:

    MERDEKA DARI SEGI KEWANGAN AMATLAH MENYELESAKAN KEHIDUPAN BOLEH SAJA MELAKSANAKAN APA YG DIHAJATI…AGAKNYA DPTKH MERDEKAKAN DIRI DI SEGI INI…

    1. admin says:

      Moga2 impian untuk merdeka dari segi kewangan tercapai…
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  2. tiga lalat says:

    hidup bebas hutang tu yg best kann ;p

    1. admin says:

      Memang best. Tak payah pening2 nak pikir bayar hutang.
      Thanks Wak πŸ™‚

  3. Cilembu thea says:

    poin-poin diatas itulah yang sesungguhnya MERDEKA yang hakiki.

    1. admin says:

      Itulah merdeka yang benar..terutamanya bila boleh beli pulau πŸ˜€
      Thanks Mr Cilembu πŸ™‚

  4. Mija says:

    Bebas hutang hati tenang. Rezeki mudah nak masuk. Kan

    1. admin says:

      Hati senang dan jiwa tenang..itu juga mungkin satu kemerdekaan.
      Thanks Mija πŸ™‚

  5. Tidak punya utang itu nikmat yang luar biasa πŸ™‚

    1. admin says:

      Betul tu. Hati tenang kerana hidup tak perlu dibenani hutang.
      Thanks Mr Akhmad πŸ™‚

  6. Assalamualaikum Fidah Shah & rakan2 blogger,

    Betullah apa yang ditulis dalam entry FS, bebas dari belenggu hutang pun merdeka juga.. Kesimpulan, ada duit semua jadi.. In shaa Allah.. πŸ™‚

    1. admin says:

      Waalaikumsalam..
      Ada duit..semua jadi mudah. In shaa Allah…dengan izinNya juga.
      Thanks LZ πŸ™‚

  7. Em Albar says:

    sepertinya saja masih berlum merdeka merdeka amat, hahahaha

    1. admin says:

      Ayuh..mari kita berusaha supaya hidup lebih 'merdeka'.
      Thanks Mr Em Albar πŸ™‚

  8. nove hasanah says:

    Mudah-mudahan kita semua yang membaca entry ini juga dalam kemerdekaan dari perspektif keuangan,
    orang yang kaya itu tidak mesti banyak uangnya, yang terpenting berkah dan cukup..
    cukup beli rumah..
    cukup beli mobil bagus…
    cukup buat jalan-jalan.. Uppss!!!! (hehehe…)

    1. admin says:

      Moga2 hasil yang kita perolehi mendapat berkah..in Shaa Allah.
      Jadi, boleh membeli apa yang diingini. Kalau pergi jalan-jalan ajak saya ya πŸ™‚
      Thanks Mbak Nove πŸ™‚

  9. bebas dari hutang gak punya hutang baru lah merdeka πŸ˜€

    1. admin says:

      Betul sekali.
      Moga hidup kita semua bebas hutang…aamiin.
      Thanks Miss Ipah πŸ™‚

  10. bebas utk membantu org lain …

    1. admin says:

      betul tu..merdeka dalam betuk kewangan juga jika boleh membantu orang laon tanpa halangan
      Thanks CM:)

  11. Hero Borneo says:

    saya nak merdeka kewangan supaya boleh membuka cawangan yang kedua…he..he..gurau tetapi macam serius..amin

    1. admin says:

      Nak bisness apa pulak kali ni ?..Banyak cawangan nampak… πŸ˜€
      Thanks HB

    2. Hero Borneo says:

      tak la banyak dua cawangan kira ok tu..

    3. admin says:

      Nope…in english we still call is as plural (more than one kira banyak ler tu)…huhu πŸ˜€

  12. kejatuhan ringgit tu dah umpama dijajah dah tu haha…lame2 negara lain beli malaysia

    1. admin says:

      Memang terasa perit….harap2 keadaan akan menjadi pulih. In shaa Allah.
      Thanks Belang Tarung

  13. Erti merdeka
    Bebas segalanya
    Tidak takut kurang uang atau harta
    Dan memilih cinta yang hati suka

    1. admin says:

      Aku ingin hidup merdeka
      Merdeka wang, merdeka jiwa

      Thanks Mba Ayu πŸ™‚

  14. Desa Seibaru says:

    saya brarti orang yang merdeka. saya bebas ber post ria. πŸ™‚ salam kenal mba

    1. admin says:

      Semoga menjadi orang merdeka, selamanya. in Shaa Allah.
      Thanks Desa Seibaru. Salam kenal juga πŸ™‚

  15. jamkho says:

    orang tak sedar klo bebas beribadah adalah suatu kemerdekaan

    1. admin says:

      Setuju..kita hamba tapi merdeka.
      Thanks πŸ™‚

  16. tiadanya tekanan secara sepihak adalah suatu kemerdekaan

    1. admin says:

      Antara erti kemerdekaan yang sebenar..
      Thanks πŸ™‚

  17. Pd sy, wang bekerja utk kita bkn kita bekerja utk wang

  18. nohas says:

    semua yg diatas..kena plan our life dari awal utk capai financial freedom…

  19. Khir Khalid says:

    Bila dh mcm2 lalui.. bagi saya paling seronok klu dpt berjemaah di masjid setiap waktu, dgr kuliah, minum2 kopi , menulis, jln2 mana2 dsb tapi income masuk.. kene usaha ke arah tu.. retire young.. in shaa Allah..

  20. Jari Manis says:

    belum merdeka dari segi hutang huhuhhu

  21. Maria Firdz says:

    Moga dapat merdeka cepat… Moga Allah permudahkan..

  22. Siqah Hussin says:

    Bebas dari hutang.. itu yang paling siqah nak.. moga dapat merdeka cepat..

Leave a Reply

Related Post