Uncategorized

Dinner

Assalamualaikum

Di sebabkan anak saya teringin nak makan nasi arab kabsah (kambing), maka…dinner malam ni kat sebuah restoran nasi arab di Kajang.

Dan di sebabkan Mama dia kononnya berdiet (hahaha…diet lah sangat) dan tak mahu makan nasi, jadi pilihlah hummus dan roti sebagai hidangan. Kira menu sihat la tu…. πŸ™‚

Hummus ni sebenarnya adalah campuran kacang kuda (yang telah di blend halus), bawang putih, jus lemon, tahini (sejenis bahan dari bijan) dan juga sedikit garam.
***Sedikit info tentang kacang kuda (chickpeas) – Ia merupakan sumber terbaik untuk fiber, folat, karbohidrat, protein dan zink. Kacang ni juga rendah lemak… πŸ™‚

Untuk efek lebih sihat, tambahkan juga minyak zaitun dalam hidangan (seperti gambar)

Minyak zaitun pula, memang tidak dinafikan kebaikannya. Antara khasiat minyak zaitun (olive oil) adalah mencagah penyakit jantung dan stroke, membunuh sel kenser, mengurangkan dan memulihkan radang sendi dan pastinya ada banyak lagi kebaikan.

Dan untuk triple impact sihat, jangan lupa minum green tea….hohoho

Anda pulak, makan apa malam ni? πŸ™‚

Sekian. Wassalam

19 thoughts on “Dinner”

  1. selalu makan kacang kuda rebus saja…kalau ke restoran Arab, memang pekena nasi mandy atau nasi kabsah..sekali-sekala takpe..hehe..

  2. Malam ni makan sambal ikan bilis petai, ikan tongkol kari ngan daun ubi cicah pecal segera……

    Amboi diet nasi ek….jeles ar okje cenggini. Rugi pulak tak makan nasi Arab kalau dah sampai restoren Arab hihi…
    Kalau okje mesti tak selera FS sebab kuah dia tu cenggitu……mesti nak ada ayam atau daging jugak

Leave a Reply