Uncategorized

Antara Harga Dan Nilai

Assalamualaikum

“Harga adalah apa yang kita bayar dan nilai adalah apa yang kita dapat”
Walaupun berkaitan, pasti ada maksud yang berbeza diantara harga dan nilai.
Harga bermaksud sejumlah wang yang perlu dibayar untuk sesuatu barang atau perkhidmatan. 
Nilai pula adalah sesuatu yang berguna, mempunyai makna atau berkualiti. Sesuatu perkara/barang dan perkhidmatan dikatakan mempunyai nilai jika ianya memberikan manafaat kepada si pembeli atau penggunanya.

Contohnya jika membeli sebidang tanah pada harga RM100,000. Harga RM100,000 adalah jumlah wang yang perlu dibayar pada si penjual. Tapi, boleh jadi nilai sebanar tanah itu lebih rendah dari apa yang dibayar kerana lokasinya kurang baik atau tidak boleh dibuat sebarang pembangunan ke atas tanah tersebut. Namun, mungkin juga kerana tanah tersebut ada mempunyai ‘sentimental value’ atau nilai yang tersendiri, pasti si pembeli sanggup membelinya pada harga yang ditetapkan (walaupun agak mahal).

Ada juga perkara yang tidak boleh diletakkan harga walau pun ada nilainya. Contohnya ‘harga diri’. Tak pernah pula saya dengar atau baca tentang orang meletakkan harga pada dirinya. Contoh ayat : harga diri saya adalah RM1 juta…huhu. (statement ini tidak ada kaitan dengan harga atau wang hantaran perkahwinan). Pada pendapat saya, harga diri adalah maruah dan nilai tertentu yang ada pada seseorang.

Bagaimana pula dengan kasih sayang?
Kasih sayang yang benar-benar ikhlas juga tidak disandarkan dengan harga. Apalagi jika harganya turun naik mengikut harga pasaran…:D
Tak pernah jumpa pulak orang bagi contoh ayat “Harga kasih sayang saya adalah USD50,000”.
Tapi jangan pernah lupa yang kasih sayang juga mempunyai nilainya yang tersendiri…..dan hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh menentukannya.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Google

34 thoughts on “Antara Harga Dan Nilai”

  1. SESUATU YG TIDAK SENILAI HARGA PATUT DIJAGA SEBAIKNYA SPT NYAWA YG MENAFASKAN KEHIDUPAN..YG MENYEBABKAN BERBHGIA GEMBIRA TERASA INGIN HIDUP SELAMANYA..NAMUN TIADA YG HAKIKI.

  2. meletakkan harga pada sesuatu perhubungan seperti persahabatan, kasih-sayang akan merosakkannya..ukhwahh kerana Allah is priceless..

  3. Kafang tu sesiatu barang yang kita susah nak dapat itulah mungkin bernilai bagi kita…
    Jadinya hendaklah dijaga baik2…supaya berbaloi dengan apa yang dah kita keluarkan/laburkan…

  4. nlai sesuatu adalah sgt subjektif….nilai ditentukan oleh seseorang mgkin berbeza dgn org lain…walau apapun…benda yg bernilai perlu dihargai jgn sampai benda yg bernilai hilang baru kalu nk carik….manusia selalu begitu….menghargai bila kehilangan πŸ™‚

  5. yes saya setuju.. bukan smua harga boleh diletak.. terutama harga diri πŸ˜›
    harga diri kita memang x ternilai harganya…. harga kasih sayang..
    semuanya ada harga yang tak boleh dinilai dgn wang ringgit..
    pngupasan yg mnarik sis πŸ˜›

Leave a Reply