Rasa Seperti Orang Kaya




Assalamualaikum.

Nak merasa jadi orang kaya? Bolehlah cuba amalkan tips di bawah.
Selain daripada dapat merasa macam jadi orang kaya, dapat juga membantu orang lain.

  • Lepas makan di restoran, gerai atau warung, tinggalkan sahaja duit baki/balance yang seringit dua atau beberapa sen tu sebagai tips kepada orang yang ‘serve’ kita. Rasanya tak luak pun duit dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
  • Jika kita singgah solat di mana-mana surau atau masjid, jangan lupa selepas solat seluk poket cari note paling besar untuk disedekahkan di tabung masjid. Manalah tahu, itu mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
  • Cuba ubah tempat shopping barang keperluan harian. Sila ke tempat-tempat seperti kedai kecil, pasar tani dan pasar pagi. Boleh juga tolong peniaga-peniaga kecil. Juga ingat, tak perlu berkira sangat untuk tawar menawar sayur atau lauk-lauk mentah tu, kecualilah harganya melampau sangat.
  • Time nak belikan mainan anak, cuba bawa mereka ke pasar malam. Dengan RM10, macam-macam mainan boleh dibeli. Kalau dibandingkan dengan pasar raya besar, RM10 tu, hanya untuk bayar parking sahaja agaknya
  • Bila naik teksi, genapkan sahaja tambang tu dengan niat untuk bersedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka juga tidak mahu untuk menjadi pemandu teksi. Tak semua orang mampu dan berpeluang untuk naik teksi dan jadi penumpang.
  • Ada kalanya, sewaktu beratur di kaunter mini market, kita terjumpa kanak-kanak merengek mahukan jajan atau gula-gula. Apa salahnya tolong ambil dan bayarkan. Cuba buat mereka tersenyum.
  • Jika kita berpeluang untuk melawat orang sakit di hospital dan sewaktu membeli buah tangan, apa kata belikan extra 1 pack. Berikan pada jiran katil sebelah dan doakan kesejahteraan mereka. Pasti besar nilainya bagi orang yang sedang sakit jika mendapat ingatan yang sebegitu.
Sebenarnya, kita tidak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Semuanya boleh dilakukan bila-bila masa kerana yang penting adalah keikhlasan.
Cubalah praktikkan tips-tips di atas. In shaa Allah kita akan rasa seperti orang kaya dan tidak perlu bimbang akan menjadi papa kedana jika melakukan perkara-perkara tersebut. 
Semoga kita boleh terus menjadi tangan yang memberi….Aamiin
Sekian. Wassalam.
Sumber: Perkongsian dari whatsapp
Gambar : Google
Tags:

41 thought on “Rasa Seperti Orang Kaya”

  1. Penghuni 60 says:

    Terima kasih tipsnya…
    tapi jadi orang kaya itu tidak enak, pusing mikirin hartanya
    πŸ™‚

    1. admin says:

      Makanya jangan terlalu kaya..Jadi yang sedang-sedang saja πŸ™‚

      Terima kasih Penghuni 60

  2. myliferia says:

    Wahhh, baguslah tips ni…thanks

    1. admin says:

      Jom cuba..
      thanks myliferia πŸ™‚

  3. Bagus banget la tip ini..kak fidah kalau buat nie boleh jadi kaya nanti..amin

    1. admin says:

      In shaa Allah…
      terima kasih adik Hanafi πŸ™‚

    2. Hero Borneo says:

      alamak saya jadi adik la pulak hehehe

  4. Wida Zee says:

    Orang kaya namun tetap rendah hati baru di sukai Alloh ya miss hihihi

    1. admin says:

      Betul tu. Walau kaya raya…tapi jangan sombong..
      thanks Zee πŸ™‚

  5. paridah says:

    semoga kita kaya di dunia n akhirat…insyaAllah.

    1. admin says:

      Aamiin..semoga kita kaya di dunia dan akhirat.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  6. tipsnya terimakasih gan

    1. admin says:

      Terima kasih juga atas kunjungan πŸ™‚

  7. Salam Syawal Fida..lama pcl tak kunjung sini, bagusnya tips yg disenarai tu..cuma mampu tak mampu kita nak buat. kadang seluk selalu poket masa kat masjid..berkira itu ini maka note paling besar nilainya di simpan rapi. "Ya Allah ringankan lah tanganku untuk bersedekah dgn nilai yg lebih besar dari sebelumnya…"

    1. admin says:

      Aamiin..semoga kita sentiasa menjadi golongan pemberi.
      Thanks PLC. Selamat hari raya & maaf zahir batin. Maaf juga sbb dah lama tak ke sana.

  8. Mang Tuvli says:

    rasanya saja sudah seperti orang kaya, padahal kenyataannya sudah jadi orang kaya, yang terpenting adalah kaya hati…dong yah

    1. admin says:

      Semoga kita menjadi orang yang kaya hati..dan juga yang benaran kaya. Aamiin.

      Terima kasih Mang Tuvli

  9. insya alloh akan praktikan tips yang di atas mba hehehe terimakasih banyak tips nya sangat bermanfaat πŸ™‚

    1. admin says:

      Jom praktikkan..
      In shaa Allah akan menjadi orang kaya..aamiin.
      Thanks Ipah πŸ™‚

  10. Nak cuba lah tips nya..

    1. admin says:

      Silakan.
      Terima kasih atas kunjungan. Salam kenal πŸ™‚

  11. Alhamdulillah..banyak peluang utk memberi:-) tq share

    1. admin says:

      In shaa Allah. Semoga dimurahkan rezeki selalu. ..Aamiin
      Thanks Suhaila πŸ™‚

  12. Dunia Zumal says:

    Tips yang baik, mungkin kita lebih mulia dari orang kaya…

    1. admin says:

      In shaa Allah. Semoga diberikan balasan yang baik atas niat yang baik. Aamiin.
      Terima kasih atas kunjungan

  13. makcikkantin says:

    salam singgah Fidah,
    Tips yang bagus……

    1. admin says:

      Sama-sama MCK.
      Terima kasih juga atas kunjungan.

  14. Pha Is says:

    nice tips.. boleh cuba amalkan..

    1. admin says:

      Silakan…
      Thanks Pha Is.

  15. Hahaha boleh juga, jadi orang kaya yang cuma merasa.

    1. admin says:

      Semoga murah rezeki selalu…aamiin
      Thanks Fahri

  16. nohas says:

    syukran berkongsi tips ni..kdg2 small acts give big impact…

    sekarang ni pekedai2 runcit byk yg gulung tikar sbb ada hypermarket, supermarket…competition is high..

    1. admin says:

      Betul tu..kadang2 nampak kecil tapi besar maknanya pada yang lain.
      Harus juga kita support peniaga2 kecil untuk mereka terus maju.
      Thanks Nohas πŸ™‚

  17. permatamama says:

    kadangkala sekecil2 perkara adalah sangat bermanfaat dan boleh menjadi kita kaya.. Semoga kita menjadi orang kaya yang sedrhana dan tidak sombong

    1. admin says:

      In shaa Allah. Aamiin.
      Semoga kita menjadi orang kaya yang tidak sombong.
      Thanks permatamama πŸ™‚

  18. oh andrian says:

    saya suka tips nya, semoga bisa jadi orang kaya dan tentunya hati juga kaya.
    oiya jangan lupa bersyukur,itu adalah hal kecil,tapi begitu nikmat πŸ˜€

  19. CM klu beli dgn org melayu , jarang tawar menawar …

  20. nove hasanah says:

    Ini tips yang benar-benar oke punya.
    Banyak nasehat kebaikan dalam membina hubungan sesama manusia sekaligus beribadah kepada Allah melalui sedekah.
    Keren Mbak.

  21. SalbiahM says:

    makin banyak kita bersedekah, makin murah rezeki

  22. Wah boleh juga nih tips nya terutama yang sedekah tuh selain merasa jadi orang kaya juga mendapat banyak pahala πŸ™‚

Leave a Reply

Related Post