Jam Tangan Wanita




Apa ada dengan jam tangan?
Jam tangan bukanlah hanya sekadar alat pengukur waktu. Ianya telah menjadi aksesori penting untuk pelengkap gaya. Selain daripada itu, jam tangan juga melambangkan personaliti seseorang.

Walaupun jam tangan amat mudah untuk di dapati di pasaran, kita perlu juga tahu tips-tips penting sebelum membelinya. Takut nanti bila dah ‘invest’ dengan jumlah yang mahal, tidak sesuai pula dengan gaya si pemakai. Rugi juga kan..

Untuk entri kali ini, kita akan berbincang mengenai beberapa tips membeli jam tangan wanita. Berbeza dengan rekaan jam tangan lelaki, koleksi jam tangan wanita biasanya diberikan sentuhan feminine dan direka untuk bersesuaian dengan imej wanita itu. Untuk membuat pembelian seutas jam tangan yang baik, anda haruslah mengambil kira beberapa faktor seperti berikut

Tips Membeli Jam Tangan Wanita:
Tips 1

Pertama sekali, beli jam tangan keluaran jenama yang anda percayai dan diketahui umum akan kualiti jam tangan yang dihasilkan. Nama-nama besar seperti Rolex, Police, Tissot adalah antara jenama yang tersohor di dunia. Tapi….biasalah, bila nama besar, harganya juga pasti ‘besar’. Jadi, untuk anda yang mungkin tidak mempunyai budget yang besar tetapi ingin membeli seutas jam tangan yang berkualiti tinggi, anda boleh mengambil Fossil dan Casio sebagai jenama pilihan anda.

Tips 2
Pilih rekaan jam tangan yang ‘simple’ dan ‘clean’. Biasanya rekaan seperti ini lebih ‘elegant’ dan cantik. Ini menjadikan penampilan anda lebih berkeyakinan dan semestinya meningkatkan kerdibiliti anda. Ingat…..LESS IS MORE

Tips 3
Dan tips yang terakhir sekali, pilih rekan jam tangan yang versatile. Atau dengan kata lain, rekaan jam tangan yang boleh anda padankan dengan apa jua jenis pakaian. Untuk rekaan jam tangan seperti ini, anda boleh memadankannya dengan pemakaian kasual seperti jeans dan t-shirt serta sesuai juga untuk pakaian formal seperti baju kurung.



Semoga tips-tips ini berguna bagi sesiapa yang sedang bercadang untuk membeli jam tangan.
Dan kepada sesiapa yang sedang tercari-cari sesuatu yang istimewa untuk dijadikan hadiah hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hantaran pertunangan/perkahwinan atau apa saja ‘occasion’, pastikan jam tangan termasuk dalam senarai hadiah pilihan anda. Selain daripada menjadi alat pengukur masa, jam tangan pastinya bisa menjadi hadiah berharga dan biarkan kenangan itu menjadi detik indah dalam hidup wanita kesayangan anda.

Sekian, Wassalam.

31 thought on “Jam Tangan Wanita”

  1. Kalau bagi wanita, warna jam tangannya apa lalu dipadukan dengan pakaian warna apa gitu… betapa diperhatikan ya… πŸ™‚

    1. admin says:

      Sesetengah orang memang sukakan padanan warna yang sebegitu. Tapi, ramai juga yang memilih warna yang sesuai sengan semua jenis dan warna pakaian contohnya hitam, coklat gelap, silver atau rose gold.

      Terima kasih atas kunjungannya Mr Akhmad Muhaimin Azzet πŸ™‚

  2. kakyon says:

    fosil dan solvil et titus pilihan ky. ringan dan selesa/ sesuai di pakai dengan semua jenis pakaian..

    1. admin says:

      Saya minat jam fossil. Design nya pun ada macam2. Kalau warna pulak, saya suka rose gold
      Thanks Kak Yon πŸ™‚

  3. paridah says:

    jam tangan berjenama mmg jadi pilihan wanita…alah membeli menang memakai…kan.

    1. admin says:

      Betul tu Kak Paridah. Alah membeli menang memakai…yang penting puas hati.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  4. nohas says:

    suka yg simple…

    1. admin says:

      Less is more πŸ™‚
      Thanks Nohas

  5. hainom OKje says:

    Salam Eidulfitri FS….
    Adanya OKje cuma low profile jer hihi…..
    Okje tak pernah beli jam tangan semua cik abang yg belikan…. Terima je seadanya tak kira brand pun….

    1. admin says:

      Syoknya dapat hadiah dari cik abang…
      Jam ni..kalau dijaga dengan baik, in Shaa Allah tahan lama. Saya ada jam yg digunakan masa zaman belajar dulu. Jenama biasa2 aje..Alhamdulillah, masih berdetik.

  6. sangat bermanfaat banget mba fidah tipsnya aku lagi nyari jam tangan nih mba hehehe

    1. admin says:

      Moga bermanafaat Miss Ipah…
      Yuk beli jam..
      thanks πŸ™‚

  7. tiga lalat says:

    chantek kan jam tangan fossil tuu ;p

    1. admin says:

      Apa lagi..beli ler satu πŸ˜€

      Thanks Wak πŸ™‚

  8. Wida Zee says:

    Jam tangannya sangat elegan banget dan casual.. aku suka miss :G

    1. admin says:

      Jom beli jam Zee..
      Pasti bergaya dengan jam baru dilebaran ini πŸ™‚
      Thanks

  9. Ridha Harwan says:

    Saya punya jam tangan kenang-kenangan waktu lepas kerja dulu. Bagus sekali. Saya suka jam tangan yang model metal atau besi.

    1. admin says:

      Jam tangan gaya yang sebegitu pasti sesuai dengan segala jenis dan warna pakaian…
      Pasti ada kenangan indah bersama jam itu…hadiah dari cewe ya?..:D
      thanks Mr Ridha.

  10. mrhanafi says:

    tak pakai jam tangan kerana tugas tidak mengizinkan berbuat demikian..

    1. admin says:

      Boleh dipakai di luar waktu kerja…
      Atau dibeli sebagai hadiah πŸ™‚

      Thanks HB

  11. nove hasanah says:

    Jam tangannya keren.
    Saya sih lebih suka dengan tali pengikat dari baja dibanding tali kulit. Pakai bentuk segiempat atau bulat boleh-boleh saja.

    1. admin says:

      Gaya yang sebegitu pastinya sesuai dengan pelbagai jenis pakaian..
      bentuk oval atau segiempat kelihatannya lebih unik

      Thanks Mba Nove πŸ™‚

  12. Tips yang memberi manfaat..

    1. admin says:

      Thanks SP πŸ™‚

  13. jam tgn brand ni thn lama …

    1. admin says:

      Bak kata Kak Paridah..Alah membeli, menang memakai.

      Thanks Vee πŸ™‚

  14. Khir Khalid says:

    Sesetengah wanita mengambil masa yg sgt lama utk memilih membeli jam tangan.. penat menunggu huhu.. eh.. sesetengah wanita.. mcm ramai pulak jadinya.. πŸ˜€

    1. admin says:

      Tak kan nak pilih sembarangan…melambangkan personaliti tu..
      Dan bukan senang nak mencari yang terbaik antara yang terbaik πŸ™‚

      Thanks Khir.

    1. admin says:

      Mesti comeii

    2. admin says:

      Mesti comeii

Leave a Reply

Related Post