Uncategorized

Iftar

Assalamualaikum..

Waktu senja selalu dikaitkan dengan suasana indah, nyaman dan romantis.
Namun senja di bulan Ramadhan membawa makna yang lebih istimewa kerana ketika inilah seluruh umat Islam sedang menanti waktu untuk berbuka puasa.

Sabagaimana yang disebutkan dari Abu Hurairah R.A
“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-nya kerana puasa yang dilakukan” (H.R Bukhari dan Muslim)

Antara adab berbuka puasa yang dinyatakan dalam hadith:

  • Menyegerakan berbuka puasa apabila telah masuknya waktu atau disebut ta’jil al-iftar.
  • Mulakan berbuka puasa dengan tamar dan air.
  • Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. 
  • Berdoa ketika berbuka puasa. Ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W ” Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika ia berbuka”. Jom ambil peluang in untuk terus berdoa. Semoga segala dosa kita diampunkan dan semua hajat kita tercapai. 
  • Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka puasa. Kata Anas R.A ” Rasulullah S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda : Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat’ – Riwayat Abu Daud, Diya Al Maqdisi dalam Al-Ahdith Al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah juga untuk mereka yang menjamu kita berbuka puasa.
Sekian. Wassalam.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Rujukan utama: Adab berbuka puasa menurut sunah Rasulullah S.A.W (drmaza.com)
p/s : gambar diambil semasa perjalanan pulang ke rumah @ 15 Ramadhan 1436H.

44 thoughts on “Iftar”

  1. waallaikumsalam
    kebahagiaan orang berpuasa memang tiada taranya, merugilah orang yang berkesempatan berpuasa tetapi meninggalkannya, maka kebahagiaan tersebut tidak akan di perolehnya

    1. Selain dari berpuasa, harus juga mengambil peluang sebaiknya untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah di bulan yang mulia ini.
      Terima kasih Mr Cilembu Thea πŸ™‚

    1. @Dzaky Dewan : Tamar itu sepertinya kurma. Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

      @Nove Hasanah: Mbak Nove, terima kasih atas jawapan

  2. Hali miss fidah.. datangnya matahari di sore hari waktu bulan ramadhan sangat di tunggu sekali oleh umat muslim karena semakin dekat dengan waktunya berbuka puasa. Dan berbuka puasa di wajibkan mendahulukan dengan makanan yang manis-manis. Seperti itukah miss fidah? πŸ™‚

    1. Betul. Sebaiknya dengan buah kurma..seperi sunnah nabi.
      Selepa tu, boleh lah kita makan sambal kegemaran.
      Thanks Miss Wida πŸ™‚

    1. Betul Di sebalik puasa yang kadang kala penuh dugaan, pasti ada ganjaran dan hikmah di sebaliknya.
      Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

    1. Lebih baik makan yang manis2 dulu..sebelum makanan yang berat-berat, apa lagi kalau yang pedas.
      Terima kasih kunjungannya Teh πŸ™‚

  3. Orang yang membukakan puasa (menjamu orang yang berpuasa) akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.
    Jadi berlomba-lombalah membukakan puasa untuk saudara kita..

    1. Salam Ramadhan Cheq Eem…
      Keluarga saya pun sama…moga dapat mengambil keberkatan dari amalan sunnah Nabi SAW.
      Thanks Cheq Eem πŸ™‚

  4. Saya ucapkan terima kasih informasinya, semoga informasi yang Anda berikan bisa menjadi infomrasi yang bermanfaat dunia dan akhirat

Leave a Reply