Uncategorized

Tips Berbelanja Di Pasar Ramadhan

Assalamualaikum

Ada orang panggil Pasar Ramadhan…ada juga orang dah ringkaskan namanya menjadi Param
Namun apa yang penting, apakah tujuan orang ke sana. Mestilah untuk mencari juadah berbuka puasa. Pasti banyak makanan, kuih muih dan segala jenis air di jual di sana. Tapi jangan terlebih berbelanja pulak ya…sebab sebelum berbuka puasa, memang semuanya nampak best. Cuba kita pergi pasar Ramadhan selepas berbuka puasa..

Berikut adalah tips berjimat belanja jika ke Pasar Ramadhan:

  • Tetapkan budget. Bawa sejumlah wang yang diperlukan sahaja. Secara tidak langsung akan mendisiplinkan diri untuk membeli makanan yang betul-betul perlu dan mahu sahaja.
  • Fokus pada makanan yang hendak dibeli. Contohnya nasi ayam atau nasi bariyani. Jadi tidaklah kita melencong ke gerai soto, mee bandung, mee rebus, nasi lemak atau kambing golek…
  • Buat survey dulu..kalau larat, buat satu pusingan di Pasar Ramadhan pilihan anda. Mungkin nasi ayam kedai paling hujung lebih sedap dari kedai paling depan. Kan dan menyesal tak tengok dulu..
  • Mana yang sedang berdiet tu..lagilah kena beringat. Selalu-selalulah tengok baju kebaya idaman yang hendak dipakai di waktu hari raya nanti sebelum ke Pasar Ramadhan. Pasti akan menambah motivasi supaya tidak membeli makanan berlebihan…huhu
Kalau nak mudah bawa barang-barang, boleh ikut tips brother ni πŸ˜€

Sebenarnya, saya jarang ke pasar Ramadhan. Bukanlah sebab rajin sangat nak memasak, tapi sebab tak sempat. Selalunya sampai rumah dah agak lewat…mana nak berebut ambik anak di rumah pengasuh (selalunya di bulan Ramadhan pengasuh pesan supaya ambil anak awal) dan kalau pergi pun, pilihan dah tak berapa menarik.
Jadi, untuk judah berbuka puasa, kalau sempat masak, saya masaklah apa yang termampu. Kalau rasa-rasa tak sempat, beli ajelah makanan di cafe tempat saya bekerja…hihi..senang juga kan πŸ™‚

Sekian. Wassalam.
Selamat Berpuasa.

Gambar : whatsapp.

28 thoughts on “Tips Berbelanja Di Pasar Ramadhan”

    1. Masak sendiri lebih bagus sebenarnya..lebih sihat dan jimat..Rasa pun boleh adjust2 ikut citarasa sendiri
      Thanks Vee πŸ™‚

  1. Jarang banget pergi ke pasar lebih sering ke warung yang banyak jual sayur mayur aja lebih deket dan nggak perlu keluarin uang untuk ongkosnya. Paling kalau ke pasar cuma hari untuk menuju lebaran saja soalnya harus ada banyak yang dibeli hehehe

    1. Kalau sudah dekat lebaran, mesti lagi banyak barangnnya ya..
      Pastinya meriah kalau pasar di sana…jadinya teringin pergi shopping ni πŸ™‚

    1. Saya suka masak sendiri sebenarnya….lebih sesuai dengan tekak..hihi
      Kalau gi param…mesti macam-macam nak beli.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  2. Dari tahun 2003 hingga 2007 saya tak pernah missed jual pasar ramadan.. jadi org perantara ambil dalal jual kuih2 dan lauk2 di kawasan sri gombak. Lumayan & ramai yg saya kenal dari pasar Ramadan ni. Cash is king.. Tp sejak dah kaya ni tak lagi berniaga di pasar Ramadan huhu.. perasan je lebih walhal dah tak larat dah hahaa.. tulah org melayu meniaga πŸ˜€ πŸ˜€

    1. Laa……baru nak invest 20%…hihi
      Menarik jugak berniaga pasar ramadhan ni kan…tapi kena ada product power la kot…
      Thanks Khir ..

  3. Betul tu begitulah sepatutnya….jangan rambang mata ikut nafsu lapar… bila dah berbuka tak termakan.. membazir…

    Bunda jarang ke Param…pergi pun cari makanan biasanya kuih muih yang teringin jer… kadang tu kirim kat anak2 jer 2 3 macam kuih dan lauk….tak rambang mata kan…

  4. bazar Ramadhan ni masa zaman belajar dulu memang menjadi pilihan.sekarang pun kalau pergi untuk kuih-muih dan air.main course prefer masak sendiri.thanks for the tip, sis.kurangkan juadah, tingkatkan ibadah.Selamat berpuasa!

Leave a Reply