Uncategorized

Syukur Alhamdulillah

Allah S.W.T berfirman; Maksudnya ” Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah’ (Surah Al-Baqarah 2:172)

Alhamdulillah, kita telah menunaikan kewajiban berpuasa di hari ke-2 Ramadhan. Bersyukur juga kerana di kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk contohnya  makanan, tempat tinggal yang selesa dan juga kesihatan untuk kita meneruskan kehidupan. Kalau difikirkan, terlalu banyak nikmat kurniaan Allah yang tidak terhitung oleh kita.

Kenapa perlu bersyukur:

  • Bersyukur dapat memberikan ketenangan. Dengan bersyukur kita dapat menjauhkan banyak perkara negatif seperti marah, kecewa, gelisah dan sebagainya.
  • Bersyukur dapat memberikan rasa kecukupan. Dapat bernafas juga merupakan satu nikmat. Dengan bersyukur kita akan sentiasa melatih diri kita supaya sentiasa berterima kasih dengan kurniaan Allah yang tidak terhitung banyaknya.
  • Bersyukur dapat membersihkan jiwa. Manusia yang jiwanya bersih akan merasa semakin dekat dengan Penciptanya dan sedar bahawa segala nikmat itu adalah kurniaan Allah yang harus dipergunakan ke arah kebaikan.

Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Sekian. Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan semoga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Wassalam.

29 thoughts on “Syukur Alhamdulillah”

  1. Mudah-mudahan juga saya selalu menjadi pribadi yang selalu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan Alloh untuk saya dan sekeluarga πŸ™‚

  2. sebenarny syukur itu meliputi banyak hal dalam kehidupan…diberikan nafas dan kesadaran aja itu sudah suatu rizki yang luar biasa, makanya kita wajib bersyukur….

    1. Terima kasih juga atas kesudian kunjungan balik.
      Moga kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat dan kurnia dari Nya.
      Thanks JM πŸ™‚

Leave a Reply