Uncategorized

Strategi ‘Win Win’

Ketika memarut kulit oren untuk dijadikan salah satu bahan untuk cup cake tempoh hari, saya teringat pada satu kisah yang pernah diceritakan di  krusus yang pernah saya hadiri.
Kisah tentang buah oren. Katakanlah ketika saya mahu membeli oren tersebut, hanya tinggal SEBIJI sahaja oren di pasar. Saya memerlukan kulit oren tersebut untuk di buat kek atas permintaan anak saya. Tapi, di waktu yang sama, ada seorang pemuda ingin membeli oren itu juga untuk isterinya yang ingin memakan buah oren. Apakah jalan penyelesaian terbaik?

Kalau diambil jalan penyelesaian paling mudah dan adil, belah saja oren itu menjadi dua, Tapi, adakah itu solusi yang terbaik?

Pada saya TIDAK kerana saya cuma inginkan kulit oren dan pemuda itu mahukan buah oren. Jadi, alangkah baiknya jika dapat berbincang dan mengetahui masalah sebenar supaya kaedah penyelesaian masalahnya nanti dapat memberi faedah yang maksimum kepada kedua pihak. Itulah yang sebenarnya dipanggil ‘Win Win Solution’

Dalam hidup ini, kita memang tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Namun, terserah pada diri kita untuk berfikir dan menyelesaikannya. Apa yang akhirnya kita akan dapat, bergantung ada apa yang kita lakukan.

Tidak dinafikan bahawa strategi ‘win win’ juga sangat berkait rapat dengan kaedah ‘problem solving’.
Berikut adalah beberapa kaedah tentangnya:

  1. Mengetahui masalah sebenar (root cause) yang dihadapi
  2. Bertukar maklumat dan informasi yang relevant dengan masalah yang dihadapi. Perlu juga teknik tentang ‘bertanya soalan’ yang betul.
  3. Membina kepercayan (terhadap orang serta maklumat yang diperolehi)
  4. Jadilah pendengar yang baik. Skill mendengar juga penting supaya kita tidak mendapat maklumat yang salah atau tidak jelas. Bukankan ini akan mengelirukan?
  5. Perlu juga perasaan simpati dan timbang rasa.
  6. Berbincang secara effektif tentang beberapa jalan penyelesaian (possible solutions)
  7. Berfikirlah secara kreatif dan pilihlah jalan penyelesaian yang terbaik serta dapat memberi faedah maksimum kepada kedua pihak.
Semoga tips ini bermanafaat. Tidak kiralah masalah di pejabat, di rumah, di kawasan kejiranan atau sebagainya, pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik jika kita menanganinya dengan bijak dan sabar.
Sekian. Wassalam.

If you define the problem correctly, you almost have the solution – Steve Jobs

Sumber: Nota semasa kursus
Gambar: Google.

27 thoughts on “Strategi ‘Win Win’”

    1. Betul tu Kak Paridah. Harus juga mencari kaedah penyelesaian yang erbaik untuk memberi faedah maksimum dan menggembirakan semua pihak.
      Thanks Kak Paridah 🙂

    1. Saya akan kupas kulitnya semasa di pasar…mengabihkan boreh aje nak ikut dia balik rumah semata mata nak ambik kulit oren 😀

    1. Setuju Okje. Secara relitinya, akan ada benda2 lain nak kena consider. Especially bila nak jaga hati orang.
      Thanks ya…

      P/s : mak dah abih bercuti ke?..hihi

  1. saya rasa saya ni seorang yg pengalah kak fidah.
    sebab kalau ada something happened between saya dengan seseorang, saya cenderung membiarkan orang tersebut memilikinya.
    for me, nevermind. mungkin Allah nak beri sesuatu yg lebih baik utk saya.
    hurmm..

  2. Setuju sgt.. kebanyakkan org susah nak menjadi pendengan yg baik.. semua nak bercakap.. mana 'win-win' nya di situ. Perkongsian yg baik utk renungan dan panduan semua.. 🙂

  3. benar sekali..win-win situation, semua yg terlibat akan senang hati..

    teringat 7 habits of effective people – Habit 4 : Think win-win, Habit 5: seek first to understand, then to be understood.

Leave a Reply