Uncategorized

Sesak di Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Kuala Lumpur = Kesesakan jalan raya
Sinonim kan…kecuali di pagi raya atau hari-hari tertentu di mana semua orang KL balik ke kampung masing-masing.

Menurut kajian, warga KL ‘terperangkap’ hampir 250 juta jam setahun disebabkan oleh kesesakan jalan raya. Dan pastinya keadaan itu sangat merugikan masa, tenaga dan produktiviti.
Berikut adalah antaa penyebab kesesakan lalulintas di KL:

  • Terlalu banyak kenderaan. Menurut statistik jumlah pendaftaran kereta meningkat pada kadar yang tinggi setiap tahun.
  • Kebergantungan warga KL terhadap pengangkutan awam adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan bandar-bandar seperti Tokyo, Seoul, Singapura dan Hong Kong….eeemm kenapa ya? Pendapat peribadi saya, mungkin kerana perkhidmatan pengangkutan di bandar-bandar tesebut lebih cekap dan juga jaringan perjalanan ke destinasi-destinasi pilihan juga lebih banyak. Jadi, hanya dengan menaiki pengangkutan awam sahaja, mereka boleh ke mana-mana destinasi pilihan dengan mudah.
  • Harga dan sewa kebanyakan rumah yang berhampiran dengan khidmat pengangkutan awam adalah lebih mahal. Jadi, pada warga yang tidak mampu untuk membeli atau menyewa di kawasan tersebut, terpaksa juga memiliki dan menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja walaupun hanya kenderaan jenis murah atau terpakai.
  • Kegagalan perlaksanaan flexi working hour di kebanyakan syarikat yang menawarkan kerja. Ini ditambah lagi dengan kemasukan kenderaan-kenderaan besar yang pastinya akan menyempitkan lagi jalan raya terutamanya di waktu-waktu puncak/ utama.
  • Terlalu banyak persimpangan dan lampu isyarat.
  • Kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya. Lebih malang jika kerja-kerja tersebut dibuat pada waktu-waktu puncak di mana sebahagian jalan raya terpaksa di tutup bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dijalankan.
  • Kemalangan jalan raya
  • Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Tidak dinafikan bahawa pelbagai usaha telah pun di buat untuk menyelesaikan masalah ini contohnya dengan menaik taraf mutu pengangkutan awam serta menempatkan polis trafik di waktu-waktu utama bagi mengawal lalu lintas.
Disamping itu, mutu dan sistem jaringan jalan raya juga terus diperbaiki antaranya dengan mewujudkan lebih banyak lebuh raya (highway) yang pastinya akan menambahkan lagi perbelanjaan tol..huhu

Masalahnya sekarang, jalan raya masih terus sesak dan adakah inisiatif yang dibuat masih tidak mencukupi?

Semoga masalah ini akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
Semoga perjalanan kita juga selamat ke destinasi masing-masing.

Sekian. Wassalam.

Baca juga : Ingin Ubah Tapi….

gambar : google
sumber : Artikel, Rethinking urban transport and cost of high car ownership (The Edge (Malaysia)), Seksanya Memandu di Kuala Lumpur (www. utusan.com)

28 thoughts on “Sesak di Kuala Lumpur”

  1. xtau la nak bagi solusi apa dah pasal jammed ni. sebab manusia semua nak pakai kereta masing2. bukan salah jalan pun. salah orang yang terlalu mementingkan diri sendiri

    1. Akak paling tak suka kalau orang suka suki potong Q…lepas tu nak menghimpit tak tentu pasal…huhu..sabo aje lah
      thanks Amy πŸ™‚

    1. Semuanya demi keselesaan….naik public transport pun..kadang2 kena berdiri. Tu belum kira kalau rosak…..aaarrrgghhhh!
      Thanks Shahirah πŸ™‚

  2. Saya dah amalkan menggunakan pengangkutan awam klu ada urusan di KL.. mmg tak larat meredah jem. Takpelah klu kena berjalan jauh sikit.. exersize.. workout biar sado hoho.. πŸ˜€

  3. selagi berlaku pertambahan manusia n kenderaan kesesakan pasti berlaku dimana-mana lagi2 di musim perayaan…walau dibina jalanraya berselirat atas bawah di kotaraya kl ni confirm jammed juga…

  4. ramai orang yang bawak kereta sebab kena hantar anak gi sekolah dulu..
    tapi masalah jam ni bagi saya sebab pembangunan KL yang tak terancang..kat situlah shopping complex, pejabat,sekolah..tu yang jadi semak dan sesak.kalau kita asingkan macam kat Madinah mesti takde masalah

    1. Sepatutnya macam tu lah…ni bangunan merata alam. Kalau pengangkutan awam cekap macam di Hong Kong contohnya..mungkin boleh jadi alternatif yang bagus utk kurangkan kesesakan..
      Thanks Sal πŸ™‚

    1. Moga-moga dijauhkan dari kecelakaan.
      Pernah juga ke Jakarta, memang kondisinya lebih kurang sama seperti di Kuala Lumpur kalau di waktu pagi.
      Terima kasih Defa πŸ™‚

Leave a Reply