Cerita

Sedetik Lebih

Assalamualaikum
Entri kali ini tiada kaitan dengan lagu Anuar Zain!

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang peristiwa sejarah dunia yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir…..iaitu ‘mencuri’ masa manusia dengan mempercepatkan waktu 30 minit di Semenanjung Malaysia untuk disamakan dengan dengan waktu Sabah dan Sarawak pada 11.30 malam, 31 Disember 1981. 

 Peristiwa itu telah disaksikan oleh jutaan manusia di televisyen apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad ‘dipusingkan’ setengah jam!

Alasan Tun Mahathir ketika membuat keputusan untuk mempercepatkan masa di Semenanjung adalah untuk beri lebih banyak masa siang (daylight saving). Selain daripada itu, perubahan waktu juga dilaksanakan untuk memudahkan urusan rasmi bagi kedua tempat yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Waktu tersebut juga adalah sama dengan bandar-bandar besar lain seperti Hong Kong, Manila dan Beijing.

Kerana tindakan Tun itu juga Singapura telah mengkaji dan menyelaraskan waktu mereka sama dengan Malaysia.
Sebelum itu, waktu di Indonesia hanya 30 minit lewat dari Malaysia, tapi sekarang perbezaan waktunya telah menjadi 1 jam.

Dulu saya sering tertanya-tanya, kenapa waktu berbuka rakan-rakan saya di Sabah dan Sarawak lebih cepat berbanding di sini. Mana tak nya..mereka berbuka puasa pada sekitar jam 6.30 pm sedangkan saya menunggu sehinga jam 7.30 pm baru boleh berbuka puasa!

Selain dari faktor kedudukan, rupa-rupanya ini adalah antara sebab utama…huhu

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : radiuse.blogspot.com
Gambar: Swiss Watch Gallery (edited by Idah)

35 thoughts on “Sedetik Lebih”

    1. Keputusannya dikatakan memberi lebih banyak masa siang untuk orang semenanjung…Semoga kita lebih menghargai waktu.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

    1. Tum Mahathir adalah seorang tokoh negarawan yang sangat dihormati. Pastinya ketupusn yang dibuat itu telah mendatangkan impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
      Terima kasih kunjungannya Mr Cilembu Thea πŸ™‚

    1. Saya pun baru tahu bila ada kawan yang bercerita. Tahun 1981, umur saya kecik sangat lagi…hihi
      Itu antara sebab kenapa agak jauh perbezaan waktu berbuka puasa antara semenanjung dan sabah sarawak. Pernah juga ke Sabah, dan harus hati-hati dengan waktu solatya…takut terlepas…huhu
      Thanks Atie πŸ™‚

    1. Antara objektif utama pelarasan waktu atau kenapa waktu piawai Malaysia diperkenalkan adalah untuk memudahkan urusan bagi kedua pihak.
      Terima kasih Nohas πŸ™‚

    1. Hanya sesetengah tempat di Malaysia yang waktu berbukanya lebih cepat dari Indonesia. Kalau di tempat saya, waktunya malah lebih lambat kerana kedudukan tempat…
      Terima kasih Rianda & Dzaky πŸ™‚

  1. kerana faktor tempat dan ufuk matahari, menjadikan perbedaan waktu berbuka.. aku ga tahu apa bijak atau tidak yang dilakukan Tun M.. Moga puasa kita semua diterima Allah..

    1. Aamiin..moga puasa kita semua diterima Allah.
      Memang ada perbezaan waktu terbit matahari diantara Sabah dan Semenanjung. Namun, aplikasi waktu piawai di Malaysia masih boleh diterima pakai kerana kedudukannyan tidak begitu jauh dan saiznya yang tidak begitu besar.

      Kalau di Indonesia mungkin susah juga ya..kerana faktor kedudukan dan luasnya. Contohnya, waktu terbit matahari di Jakarta mungkin tidak sama dengan dengan Sulawesi atau Papua…
      (rasanya begitu…maaf Teh, kalau tersalah)

      Terima kasih juga atas kunjungannya πŸ™‚

  2. jadi waktunya dulu di samakan ya waktunya. tapi kalau buka puasa itu kan tetap melihat bulan dan ditentuakan oleh munculnya bulan pada malam hari yang umumnya di tandai dengan azan magrib ya sista.

    1. Betul tu Mbah…boleh juga dikatakan jam sama tapi waktu berbeza.
      Walau jam diselaraskan tapi waktu terbit dan terbenamnya matahari adalah tetap mengikut kedudukan tempat masing-masing.
      Terima kasih kunjungannya Mbah πŸ™‚

  3. I’m writing on this topic these days, baccarat online, but I have stopped writing because there is no reference material. Then I accidentally found your article. I can refer to a variety of materials, so I think the work I was preparing will work! Thank you for your efforts.

  4. Thank you very much for sharing. Your article was very helpful for me to build a paper on gate.io. After reading your article, I think the idea is very good and the creative techniques are also very innovative. However, I have some different opinions, and I will continue to follow your reply.

Leave a Reply