Uncategorized

Salam Ramadhan 1436H / 2015M

Assalamualaikum
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas segala salah dan silap…
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya dan moga segala amal ibadah kita di terima oleh-Nya..Aamiin

Sedikit perkongsian tentang beberapa kesilapan dalam bulan Ramadhan (oleh : Dr Zaharuddin Abd Rahman)

  • Makan dengan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa
  • Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
  • Tidak memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan berbuka
  • Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
  • Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana solat Terawih
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadah
  • Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi harta haram
  • Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah yang lain
  • Menunaikan solat Terawih di masjid dengan niat ingin meriah
  • Hadir berjemaah solat Terawih tapi tidak berjemaah solat 5 waktu
  • Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak solat subuh berjemaah
  • Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan
Moga kita dapat manafaatkan Ramadhan kali ini sebaiknya.

Sekian. Wassalam.

Foto : Ihsan dari Sahabat

33 thoughts on “Salam Ramadhan 1436H / 2015M”

  1. Alhamdulillah gak terasa besok sudah mulai berpuasa serempak umat muslim, bulan suci yang di tunggu-tunggu oleh setiap umat muslim di bulan suci ramadhan itu penuh dengan keberkahan dan melatih kesabaran 🙂 mohon maaf lahir batin miss Fidah 🙂

    1. Semoga ramadhan kali ni ebih baik dari yang sebelumnya.
      Selamat berpuasa dan minta maaf jika ada salah dan silap
      Thanks 🙂

    1. Peringatan untuk saya dan moga yang lain juga mendapat manafaatnya.
      Selamat berpuasa HB..Maaf jika ada tersilap kata terkasar bahasa
      Thanks 🙂

Leave a Reply