Uncategorized

Jangan Terpedaya

WANITA:
20an   : Mengancam
30an   : Macam-macam
40an   : Terancam
50an   : Semacam
60an   : Susah dah nak cam

LELAKI
20an   : Bergaya
30an   : Bercahaya
40an   : ‘Di Pertengahan Usia’
50an   : Tak boleh percaya
60an   : Dah tak bermaya

Sahabat-sahabat ku….
JANGAN TERPEDAYA dengan usia MUDA
Kerana syarat MATI tidak harus TUA

JANGAN TERPEDAYA dengan tubuh SIHAT
Kerana MATI tidak harus SAKIT

JANGAN TERPEDAYA dengan HARTA kekayaan
Kerana Si Kaya pun tidak pernah menyiapkan kain kafan untuk dirinya meskipun hanya selembar

Mari terus berbuat BAIK
Berniat untuk menjadi lebih BAIK
Berkata yang BAIK-BAIK
Memberi nasihat yang BAIK
Meski pun tidak ramai orang yang mengenali mu atau tidak suka dengan nasihat mu
Cukuplah ALLAH mengetahui niat mu

Jadilah bagai JANTUNG
Yang tidak TERLIHAT tapi terus BERDENYUT setiap saat
Hingga kita dapat terus HIDUP
Berkarya, berkongsi pengetahuan dan memberi manafaat di sekeliling kita….sehingga diberhentikan oleh Nya

Sekian. Peringatan untuk diri sendiri. Moga yang lain juga mendapat manafaat.
Wassalam.

Sumber: Whatsapp

P/S : Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk. Cuma merakamkan peristiwa semalam di mana kunci kabinet saya telah patah dan saya tidak dapat untuk membuka pintu kabinet tersebut. 
Nasib baiklah ada beberapa orang rakan sekerja yang agak berbakat dalam bidang pertukangan…..eeeeeeemmmmmm
Akhirnya, pada pukul 4.45 pm semalam, pintu kabinet tersebut berjaya di kopakkan….huhu

17 thoughts on “Jangan Terpedaya”

    1. Moga kita dapat menjalankan amanah tersebut dengan sempurna demi mendapat keberkatan dan limpahan kasih sayang-Nya…aamiin
      Terima kasih kunjungannya Mr Cilembu Thea

    1. Betul. Kalau difikir fikirkan…takut juga ya…
      Semoga bekalan amalan kita di terima…aamiin ya Allah
      Thanks Farah Diana 🙂

    1. Muda lagi adik Eija ni…
      Betul tu. Hidup harus seimbang, Atau lebih baik, buat untuk akhirat, tapi dunia tetap ada bahagiannya.
      Thanks Eija 🙂

  1. Insyaallah FS….. buat baik dengan ikhlas insyaallah Allah akan membalasnya, sentiasa berfikiran positif, insyaallah datangnya pun yg baik baik…Tak gitu FS hihi

Leave a Reply