Hobby

Cup Cake

“Mama..Afiq nak cup cake. Bila mama nak buat untuk Afiq?” anak bungsu saya menuntut janji. Memang pernah berjanji padanya, tapi belum berkesempatan kerana minggu lepas saya memang sibuk dengan urusan kerja.

Selain sibuk, saya sebenarnya tidak begitu minat dengan bab-bab ‘baking’ ni…
Teringat zaman muda remaja dulu (baca: sekarang masih muda juga, cuma tak remaja..huhu), kalau arwah mak minta saya menolongnya buat kek, pasti mulut muncung se-depa…

Demi menunaikan janji, petang tadi saya beroperasi. Resipi kek, saya ambil dari resipi Kak Ikin Kasut Tinggi, akak di office yang terkenal dengan kek orennya. Tapi saya modify resipi beliau untuk jadikan cup cake.

Resipi :

Bahan-bahan

  • 250gm butter
  • 160gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 250gm self raising flour (tepung naik sendiri)
  • Parutan kulit oren (dari sebiji oren). Saya gunakan jenama sunkist. Sila pastikan labelnya dicabut dulu. Jangan parut dengan label sekali arrr 🙂
  • Sedikit jus oren (saya guna 2 sudu sunquick)
Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 160°c sementara kita beroperasi dengan bahan-bahan kek.
  • Pukul butter dan gula kastor hingga kembang
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji
  • Setelah adunan sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Setelah adunan sebati, masukkan parutan kulit oren dan jus oren.
  • Susun kertas kek cawan (cup cake) di atas dulang pembakar. Masukkan adunan hingga 3/4 cawan penuh.
  • Bakar selama 25 ke 30 minit pada suhu 160°c
Setelah kek masak, sedia untuk dimakan.
Kalau nak tambah icing warna warni kat atas kek tu, boleh cuba resipi icing/buttercream dari coursemate saya masa di kolej dulu, Kak Zana, yang baru saja memenangi pertandingan membuat kek di kawasan jajahannya.. 🙂

Bahan- bahan:
  • 150mg krimwell (boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek)
  • 50mg shortening (saya guna butter)
  • 200mg gula icing
  • Pewarna – ikut suka nak warna apa (semestinya saya gunakan warna kegemaran: purple, hijau dan putih..hehe)
Cara-cara:
  • Putar krimwell dan shortening/butter hingga kembang
  • Masukkan gula icing yang telah diayak
  • Putar hingga gebu.
  • Setelah gebu, asingkan mengikut bahagian warna yang diperlukan.
  • Tambahkan warna-warna kegemaran dan hias kek mengikut kreativiti masing-masing.
Selamat mencuba 🙂
Wassalam.

We make a living by what we get. But we make a life by what we give

26 thoughts on “Cup Cake”

    1. Hehe…thanks Bunda. 🙂
      Saya ni pun sekali sekala aje nak buat kek. Sama lah..tak minat sgt baking. Ni pun sebab dah janji dengan anak. Rajin pulak dia meneman saya buat kek semalam.

    1. Thanks Kak Paridah.
      Saya ni memang jarang buat kek…apa lagi nak main icing2 ni..leceh siket nak bersihkan peralatan… 🙂

    1. Sebenarnya beli lagi mudah…cuma yang ini, saya mahu penuhi hajat anak saya yang mahukan kek buatan mamanya 🙂
      Terima kasih Miss Ipah

Leave a Reply