Uncategorized

Belajar Dari Pengalaman

Untuk pertama kalinya saya mencuba resipi agar-agar cendol.
Sila kasi chance saya tepek gambar kat sini sebagai kenangan.
Sebab saya juga refer pada blog lain utuk mendapatkan resipinya, sila ke link ini untuk mendapatkan resipi asal.

Selama ni, berkali-kali nak buat, cuma tak ada kesempatan. Malas pun ada…haha πŸ™‚
Nasib baik dapat juga beroperasi. Walaupun suami dan anak-anak kata rasanya sudah menepati piawai (dalam erti kata lain, agar-agar habis dimakan dan tiada orang sakit perut…huhu) tapi saya rasa ada bahagian-bahagian lain yang masih boleh diperbaiki.

Selain daripada dapat makan agar-agar cendol, apa yang penting bagi saya juga adalah mendapat pengalaman baru. Kalau tidak cuba membuatnya, pastinya saya masih tidak tahu cara-cara membuat agar-agar cendol (secara praktikal) dan tidak dapat mengkaji apakah kekurangan yang ada serta bagaimana caranya untuk memperbaiki kelemahan tersebut di masa hadapan.

Mungkin kerana itu juga sesetengah orang menyuruh kita belajar sendiri dari pengalaman. Walaupun ini hanya satu pengalaman kecil, tidak mustahil jika ianya boleh menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

Moral of the story:

  • Jangan takut untuk mencuba. Remember..every accomplishment starts with the decision to try.
  • Jangan takut atau kecewa jika tersilap melakukannya. Belajar dari pengalaman dan kesilapan, mungkin itu lebih baik. Remember…mistakes are the stepping stones to learning.
  • Bersedia untuk menerima kritikan yang membina dan cuba untuk memperbaikinya. Manalah ada manusia yang sempurna dan tidak semua orang boleh berjaya pada percubaan kali pertama.
  • Sentiasa positif…walau kadangkala susah nak buat.
Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Moga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Sekian. Wassalam.

18 thoughts on “Belajar Dari Pengalaman”

  1. kena rajin mencuba..kalau tak kita tak tau samada kita boleh lakukannya atau tak..mencuba tidak semestinya sekali je..mesti kena berkali-kali untuk menghasilkan yang terbaik kan..

  2. MUSIM PANAS NI SEDAP KALAU MKN AGAR2/PUDING TIKA BERBUKA PUASA KAN…CANTIK MENJADI PUDING FIDAH WALAU PERTAMAKALI MENCUBA…KENA IKUT RESEPI DGN BETUL…TAPI YG DH BIASA KEDAPUR RESEPI TU CUMA ASASNYA YG PENTING PERLU TAHU..

    1. Thanks K.Paridah…
      Sebagai salah satu experiment..sebenarnya banyak lagi kuih atau jenis masakan yang saya kena belajar dan pebaiki.
      Bila dah rasa tua ni tiba-tiba minat pada masak memasak ni timbul..haha πŸ™‚

  3. jangan takut melakukan kesalahan. karena dari sana kita di didik menjadi dewasa dan memahami apa yang kita lakukan.

    1. Pengalaman sendiri adalah antara guru yang terbaik. Moga terus belajar dari kesalahan dan dapat membaiki kelemahan yang ada.
      Terima kasih Mbah πŸ™‚

  4. Okje pun tak pernah cuba buat agar agar cendol FS … menjadi nampaknya tu.

    Betul…betul ….buat kuih ni mmg kena cuba sendiri dulu barulah jadi perfect….

    Okje pun jenis mls FS nak buat kuih ni kecuali tekak sendiri yg teringin hihi

Leave a Reply