Uncategorized

Andai Kita Terjatuh

Assalamualaikum

Entri atau postingan kali ini bukanlah untuk menceritakan tentang ringgit Malaysia (RM) yang kian jatuh kerana ceritanya akan menjadi panjang.
Walaupun kejatuhan ringgit akan menyebabkan harga barangan import semakin mahal dan kuasa ‘melancong’ kita ke luar negara semakin kurang, namun ada juga pihak yang mengatakan kejatuhan ringgit akan meningkatkan lagi industri pelancongan di Malaysia. Para pelancong akan suka kerana kos di Malaysia akan menjadi murah (bagi mereka) disebabkan nilai mata wang mereka yang kukuh. Selain dari itu, para pengeksport akan mendapat manafaat yang besar kerana barangan eksport negara kita akan menjadi ‘murah’ dan secara tidak langsung, permintaan terhadap barangan tersebut akan meningkat…katanya-lah..

Sebenarnya entri kali ini adalah untuk berkongsi tips tentang apa yang perlu anda buat jika terjatuh, terutamanya di tempat awam. Pasti malu kan. Berikut adalah beberapa tips untuk cover malu 🙂

  • Kalau terjatuh kerana tersepak batu atau benda-benda lain – Jangan terus bangun, sebaliknya anda cuba baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Selepas itu, barulah bangun bila tiada orang nampak.
  • Kalau terjatuh dari basikal – Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi berkali kali supaya orang ingat yang anda sedang buat lawak jenaka.
  • Kalau terjatuh tangga -Terus bersilat, seolah-olah anda sedang cuba dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
  • Kalau terjatuh di dalam longkang – Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat. Pasti orang akan menyangka yang anda adalah seorang yang amat perihatin dengan kebersihan.
  • Kalau terjatuh ketika naik bas – Jeritlah kuat-kuat. “Oiii!! Apa tolak-tolak ni?”…walaupun tiada orang di belakang anda.
  • Kalau terjatuh di depan bus stop – Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang datang menolong. Jika tiada orang yang datang membantu, baring terus sampai malam dan bila tiada lagi orang di bus stop itu..haa..inilah masa yang sesuai untuk bangun.
  • Kalau jatuh tergelincir di lantai dansa licin – Tariklah kawan (atau sesiapa sahaja di sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama. Jadi, anda tidaklah berasa malu sorang-sorang…kan?…
Sekian untuk tips kali ini :D:D
Wassalam.
Sumber : FB
Gambar : Google

32 thoughts on “Andai Kita Terjatuh”

  1. ADA YG JATUH TERUS DH XBOLEH BANGUN MCM KAK NI..KALAU TERJATUH CEPAT2 BANGUN SEMULA XPAYAH FIKIRKAN APA2 DISEKELILING YG PENTING SELAMATKAN DIRI…SALAM RAMADAN FIDAH.

    1. Kalau jadi macam tu, yang penting sekali selamatkan diri.
      Moga tak ada yg serious..
      Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa K.Paridah. Terima kasih ya 🙂

  2. terjatuh di tempat sepi mungkin engga bakalan malu ya mba kalo di tempat umum mungkin malunya tingkat dewa deh 🙂 soalnya saya pernah jatuh di depan umum padahal cuma tersandung saja sih yaaah di ketawain kan sakitnya tuh disini 😀

    1. Pastinya malu…
      Tapi kalau ada cowok ganteng yang menolong…lumayan juga ya. Hahaha…(***just kidding)
      Terima kasih kunjungannya 🙂

  3. andai kamu terjatuh, masih ada sahabat yang sanggup menopangmu. kalaupun tidak, dia pasti akan mengulurkan tangannya meraihmu, walau kamu terjatuh dalam jurang yang dalam sekalipun. kalau kamu terjatuh dan merasa sakit, masih ada sahabat yang akan merawatmu dengan kasih sayang, dan dia akan selalu setia menemanimu.

    namun ketika kamu tertawa, sahabat rela tidak ikut merayakannya. dia tersenyum tulus melihat kebahagiaan itu. itulah sahabat yang harus kita sayangi dengan kasih sesungguhnya.

    1. Semoga saya ada sahabat yang begitu…aamiin
      Yang akan sentiasa menyokong saya dalam apa jua keadaan
      Yang sama merasa kesakitan walau di wajah masih lagi cuba tersenyum

      Terima kasih kunjungannya Mbah.
      Maaf ya, sudah lama tak berkomenter di sana
      Salam Ramadhan 🙂

    1. Terima kasih Mba Mysweet Ladyluck….eerrrrr..maaf, mau dipanggil apa ya?
      Salam kenal
      Sudah di follow blog di sana dan dibaca resep2 nya. Saya mahu belajar tentang makanan arab…:)
      Terima kasih ya & Salam Ramadhan

    1. Syabasss Inspector Sahab…
      Lepas tu..kena sambung aksi guling-guling macam cerita lakonan Amitabh Bachchan and Jaya Bachchan…
      Thanks HB 🙂

  4. Hihi…..sanggup ye baring sampai malam, sebab nak cover malu punya pasal. Okje pernah jatuh FS sebab terpelicuk, pakai kasut tinggi punya pasal. Buat muka toye jerlah hah

  5. Kalau terjatuh ketika naik bas – Jeritlah kuat-kuat. "Oiii!! Apa tolak-tolak ni?"…walaupun tiada orang di belakang anda. <<< nanti orang takut lak tengok kita hahahahhaa

Leave a Reply