Adi Putra : Kisah Si Genius Matematik



Assalamualaikum.

Suatu ketika dahulu, negara kita heboh dengan kemunculan adik Adi Putra bin Abdul Ghani, seorang anak kecil yang sangat pintar di dalam ilmu matematik,  Di lahirkan di Perak pada 27 Januari 1999, beliau adalah seorang hamba Allah yang diberi kelebihan luar biasa dibidang matematik, terutamanya algebra, trigonometri dan darab antara 5 ke 6 digit semanjak usianya 6 tahun.

Pada tahun 2011, Adik Adi Putra juga pernah melancarkan buku, ‘Seni Matematik Islam’ yang memuatkan 12 daripada 235 formula matematik ciptaannya.

Soalnya, di mana adik Adi Putra sekarang?

Saya terbaca tentangnya di satu artikel di mStar Online. 
Menurut artikel tersebut, beliau kini banyak menghabiskan masa untuk memenuhi undangan sekolah dan universiti serta kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matamatik luar biasa miliknya. Selain daripada itu, Adik Adi Putra juga menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.

Namun, sehingga sekarang adik Adi Putra masih belum memiliki sebarang kelayakan  akademik secara bertulis. Beliau juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu kerana faktor usia.

Menurut adik Adi Putra, cita-citanya untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya. Beliau juga pernah melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, namun behadapan dengan masalah dana kewangan.

Kalau saya menjadi Adik Adi Putra, apa yang saya akan buat ya?…eeehhhh

Sebenarnya, saya tidak mahu komen apa-apa tentang sistem pendidikan Malaysia yang sememangnya sudah diatur dan dirancang dengan teliti. Namun, pada saya, harus juga ada rancangan atau dana khas untuk golongan istimewa seperti Adik Adi Putra.

Mungkin dengan cara itu, ada banyak lagi genius-genius baru yang akan muncul dan boleh dibimbing, diasah serta diberi peluang mengikut kebolehan masing-masing. Bukankah dengan cara itu akan dapat melahirkan lebih banyak para ilmuan yang luar biasa kepintarannya, dapat memberi manafaat kepada masyarakat sekeliling, mengharumkan nama negara serta memartabatkan lagi umat Islam.

Siapa tahu kita bakal melahirkan para cendikiawan seperti Al-Khawarizmi dan Al-Buzjani yang terori-teorinya masih terkenal sehingga kini. Siapa tahu….

Sekian. Wassalam.

Gambar dan rujukan utama : mstar Online

48 thought on “Adi Putra : Kisah Si Genius Matematik”

  1. Cilembu thea says:

    waw potensiluar biasa pada di putra sangatlah wajib di tiru dan diuarkan keseluruh pelosok negeri sebagai referensi bagi anak-anak kita agar berupaya juga mengikuti pola dan caranya belajar matematika hingga memiliki kemampuan yang luar biasaseperti Adi Putra.

    1. admin says:

      Betul. Semoga beliau diberi peluang untuk terus belajar serta menjadi inspirasi buat anak-anak kita. Golongan seperti inilah yang akan menjadi pelapis pada para ilmuan hari ini.
      Terima kasih Mr Cilembu Thea & Salam Jumaat πŸ™‚

    2. Cilembu thea says:

      apa yang telah dimiliki oleh Adi Putra seyogyanya memang wajib ditiru anak-anak kita, terutama cara belajarnya…ya kak

    3. admin says:

      Setuju Mang. Teknik yang digunakan patut juga diikuti. Siapa tahu subjek matematik yang mungkin susah bagi sesetengah orang, akan menjadi subjek yang mudah.
      Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

  2. paridah says:

    anak yg bijak begini potensinya dlm math jarang kita ada sepatutnya kebolehan dirinya terus diteroka n jangan biarkan dirinya seorang mencari-cari arah sudahnya akan tersesat sbb xsemestinnya dia bijak math tapi bijak pula berurusan dgn protokol pendidikan kita yg susunannya sedemikian rupa…kena melalui itu ini situ sini begitu begini….

    1. admin says:

      Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk beliau..sayang jika dibiarkan bakat2 luar biasa begini.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  3. Ridha Harwan says:

    Wah saya jadi ingat teman saya yang pintar matematika juga jadinya.
    Umur 6 tahun sudah tahu trigonometri, hebat.

    1. admin says:

      Kelebihan yang luar biasa..satu anugerah dari Allah.
      Terima kasih Mr Ridha πŸ™‚

    2. Ridha Harwan says:

      Terima kasih kembali. πŸ˜€

  4. SalbiahM says:

    anak-anak bijak macam ni perlu dibimbing agar tak tersalah langkah..nampak macam xde apa, tapi diorang ni biasanya stress dan selalu emosi tak stabil..semoga cita-cita adik Adi Putra tercapai walau apa pun salurannya.Semoga dia tak kalah dengan dugaan dunia.

    1. admin says:

      Mungkin susah jugak nak seimbangkan antara kelebihan luar biasa yg diberikan dengan perkara2 'biasa' yg ada disekeliling.
      Thanks Sal πŸ™‚

  5. waktu sekolah paling males pelajaran ini matematika πŸ™‚ tapi adik adi putra hebat ya semoga cita-cita adik adi putra tercapai amiiiin

    1. admin says:

      Saya juga belajar maths hanya sebagai syarat lulus peperiksaan..hihi
      Thanks Miss Ipah πŸ™‚

    1. admin says:

      Adik genius ni Lyn..sayang juga kalau bakatnya terbiar sepi.
      Thanks πŸ™‚

    1. admin says:

      Pernah juga terdengar orang cerita pasal kes tu.
      Moga ada jalan terbaik untuk beliau…yang 'win win' saya rasa…
      Satu pihak menyediakan segala kemudahan..dan di satu pihak lagi menerima dengan terbuka..wallahua'lam.

    1. admin says:

      Ya…tapi sayang jika kelebihan itu dipersiakan.
      Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

  6. Adi Putra ni memang bijak Fidah..sama macam Sofea Yusuf dulu.. tapi tulah nasib mereka tak terbela.. ntah lah susah nak ckp..sebab formula2 Adi Putera ni diguna pkai di Brunei.. tapi di negara kita?? kesian.. dia anak luar biasa..cuma mgkin kurang pendedahan….

    1. admin says:

      Patut ada special program untuk orang2 terpilih seperti ini… waste of talent..sayang kan

  7. Wah, hebat sekali Adi Putra! πŸ™‚

    1. admin says:

      Kelebihan yang luar biasa.
      Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

  8. sue sue says:

    Tak suka math! kenapa adiputra pandai sgt Math! hahaha..jeles!

    Singgah Blogwalking….:)

    jemput baca entri tentang masalah "wanita"
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

    1. admin says:

      Nak jeles jugak…huhu
      Thanks Sue sue πŸ™‚

  9. Miz Eija says:

    Salam perkenalan Sis Fizah :)… eija tak teror math sgt T_T… tak fail tak dapat A… hahaha…. Sis jemput singgah blog eija yer

    # follower 62 ^_^

    1. admin says:

      Salam perkenalan..
      Dah tak ingat macam mana saya belajar math masa kat sekolah dulu..huhu
      Terima kasih ya…sudi follow blog ni πŸ™‚

  10. sis melihat dr sudut sikap . adi putra berhenti belajar dulu sbb boring . dan mungkin ibu bapany tdk jumpa formula utk cari jln yg terbaik utknya …

    1. admin says:

      Moga ada jalan penyelesaian terbaik…
      Something really out of box…perhaps..
      thanks CM πŸ™‚

  11. Gee Lion says:

    Kata orang, program Permata Pintar ada menyediakan ruang untuk budak cilik genius seperti Adi Putra. Cuma dlm kes ini, AP & keluarga telah menolak pelawaan dari PP utk menyertai program mereka. Ntahlah, kita pun dengar banyak versi tak tahu nak menilai mana satu lebih solid ceritanya.

    1. admin says:

      Semoga ada jalan untuk Adik AP meneruskan pelajarannya. Kalau program yg sesuai tak ada kat sini, apa salahnya hantar dia ke tempat yg lebih sesuai.
      Thanks Gee πŸ™‚

    1. admin says:

      Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

  12. Khir Khalid says:

    Org genius mcm dia ni jangan di biarkan.. semua pihak terutama peringkat kepimpinan perlu memberi bimbingan, sokongan dan saluran yg sebaiknya agar ia membawa manfaat sepenuhnya kepada negara. Tak semua org yg malas belajar tu tak pandai.. mungkin cara pembelajaran konvensional tak bersesuaian dgn penerimaan minda mereka… keperihatinan dan kreativiti sgt perlu agar dpt menyungkil 'the very best' dalam diri setiap insan.. Semoga beliau terus berjaya!!!

    1. admin says:

      Sepatutnya kita melihat apa kelebihan yg ada padanya and berilah bantuan yg sesuai dengan keadaannya. Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik utk hamba Allah yg istimewa ini.
      Tq Khir πŸ™‚

  13. adi putra punyai kelebihan ilmu matematik yang sayang dipersiakan begitu sahaja..

    1. admin says:

      Bakat dan kelebihan adalah satu anugerah. Jangan sekali dipersiakan.
      Thanks HB πŸ™‚

  14. Hero Borneo says:

    kalau saya macam adi putra saya akan cipta satu sistem yang boleh menjana duit dengan mudah dan automatik biar cepat-cepat jadi jutawan

    1. admin says:

      Dan saya pulak nak buat investment kat Adik AP…20% pun jadilah :D:D

  15. Buku Online says:

    adi putra memang insan terpilih..satu dalam sejuta

    1. admin says:

      Sebab itu bakatnya tidak boleh dipersiakan…
      Moga akan dapat mengharumkan nama agama dan bangsa…seperti para ilmuan terdahulu.
      thanks buku online πŸ™‚

  16. Waooo pinter matematik
    Pasti hatinya baik
    Kelak peminatnya cantik-cantik
    Dan pasti negara melirik

    1. admin says:

      Menjadi harapan agama, bangsa dan negara
      Moga dia berjaya
      Anugerah Allah jangan dipersia

      Thanks Mba Ayu πŸ™‚

  17. Sy pernah beberapa kali brkunjung ke rumah beliau di gombak.
    Pd sy adik ady bukan setakat genius dia adalah anugerah kepada Malaysia. Kisah adik ady mirip dgn kisah Hang Nadim. Kerana ade org2 yg pentingkan tengkolok diri sendiri, kepentingan umat sejagat diketepikan. Politik malaysia lah penyebab adik ady "disimpan". Ayh nya pernah cerita bagaimana negara England n US pernah lamar utk ambik adik ady ni utk stay kat sana. Tp dia tolak. Sb dia kata dia nak majukan negara ni dan org melayu.
    Harap cita2 adik ady tercapai.

    1. admin says:

      Harap ada jalan penyelesaian terbaik untuk adik Adi Putra…
      Ini adalah satu anugerah yang sepatutnya dipelihara.
      Niat untuk majukan agama, bangsa dan negara sepatutnya dilihat sebagai satu jihad.
      Jadi, apakah yang sepatutnya kerajaan dan juga rakyat Malaysia buat untuk kes2 yang sebegini.
      Terima kasih komen dan kunjungannya.

  18. Amy J says:

    oh susah juga kalau xde kelayakan lagi disebabkan faktor usia. hmmm… tapi nasib baik impian dia, dia x kuburkan macam tu je. harap dia berjaya mengejar impiannya. in Shaa ALLAH

  19. Unknown says:

    sepatutnya follow je program akademik biasa,,,sekolah etc,,,sabar aje..ada masanya untuk menulis math derivation nanti…kalau ikut saluran biasa, boleh je 24-25 dah ada phd math..dah tu jadila Profesor ke apa ke..

Leave a Reply

Related Post