Uncategorized

Tips Pikat Hati Mertua

Assalamualaikum

Ibu Mertua. Satu nama yang kadang-kadang seriau juga untuk disebut, terutamanya kalau kita ingat kembali watak ‘ibu mertua’ dalam filem Ibu Mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Namun,pendapat peribadi saya, tidak kira sama ada zaman dahulu atau sekarang, untuk memikat hati mertua perlukan juga usaha. Jom kita baca beberapa tips untuk memikat hati mertua.

  • Mengambil berat tentang mertua. Selalu-selalulah bertanya khabar dan mengambil berat tentang kesihatannya.
  • Buah tangan. Jika balik ke rumah mertua, bawalah buah tangan yang disukainya. Tidak kiralah dalam bentuk kuih, tudung atau apa sahaja. Arwah emak saya pernah berpesan, ‘bukan nilai harga hadiah tu yang dipandang, tapi tanda ingatan itu lebih bermakna’
  • Sentiasa memaniskan muka. Semua orang pun pasti mempunyai masalah. Tapi, jangan pula buat-buat ‘moody’ bila berada di hadapan mertua.
  • Masak. Setiap mertua pasti mahukan menantu yang pandai masak. Kalau tidak pandai masak, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, hadirkanlah diri di dapur ketika ibu mertua sibuk memasak. Pasti ‘sejuk’ hati mertua jika ada menantu yang menolongnya memotong bawang, memotong sayur, menyuci pinggan mangkuk dan sebagainya.
  • Teman bersembang. Jika mertua anda jenis orang yang suka bersembang, luangkanlah masa untuk melayan ceritanya. Pasti dia akan berasa gembira kerana ada orang yang berminat untuk mendengar ceritanya.
  • Jangan cepat melenting. Bila kita menjadi ‘orang baru’ dalam sesebuah keluarga, pasti ada banyak perkara baru juga yang perlu kita belajar. Sila jangan cepat melenting jika dikritik sekiranya berlaku kesilapan atau ‘cara’ anda tidak begitu ‘kena’ dengan caranya. Bertenang dan bersabarlah.
  • Murah hati. Jangan berkira dengan ibu mertua. Anggapkan ibu mertua sebagai ibu sendiri. Sebagai mana kita membeli hadiah untuk ibu kita, begitu jugalah harus kita lakukan untuk ibu mertua. Ingat, ibu mertualah orang yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan suami tercinta kita.
  • Simpan rahsia rumah tangga. Simpanlah segala rahsia dan keburukan pasangan serta keluarga mertua anda. Janganlah bercerita tentang keburukan tersebut kepada orang lain walaupun dengan ahli keluarga anda sendiri.
Sekian. Sebagai panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri. Semoga yang lain juga mendapat manafaatnya. 
Wassalam

p/s : Untuk Ibu Mertua saya, harapnya masih belum terlambat untuk megucapkan ‘Selamat hari Ibu’. Terima kasih atas segalanya. Semoga ibu mertua saya sentiasa diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya. Aamiin.

Sumber: Pelbagai
Credit: Petikan gambar dari filem ‘Ibu Mertuaku’

18 thoughts on “Tips Pikat Hati Mertua”

Leave a Reply